Saturday, 25 February 2017

Stor Peluru Jugra Monumen Sejarah Di Jugra


Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai...hai..korang semua apa khabar hari nii. Semoga ceria-ceria yea hendaknya. Hari nii aku nak ajak korang pergi melawat ke tapak bersejarah di negeri Selangor. Dulu kawasan ini merupakan daerah pentadbiran Selangor. Kini ianya hanya tinggal bangunan-bangunan lam ayang terbiar dan menunggu rebah ke bumi.


Kedudukan monument yang aku nak citer ini... agak tersorok dari pandangan ramai menyebabkan tapak tinggalan sejarah ini kurang mendapat perhatian pengunjung. Stor Peluru yang terletak di Bukit Jugra merupakan ruang bagi menyimpan kelengkapan-kelengkapan perang, khususnya peluru-peluru serta alat-alat bedilan. Terletak berhampiran dengan tapak bekas Pejabat Daerah Lama, bangunan berbentuk dome ini dibina daripada simen serta mempunyai sebuah pintu.


Ia juga dilengkapi dengan lubang udara yang berfungsi sebagai ruang aliran udara di dalam stor peluru ini. Dilihat dari sudut Geografi, tempat ini terletak berhadapan dengan aliran Sungai Langat. Kedudukan yang strategik ini dipercayai bagi memudahkan proses pengangkutan peluru ke kawasan-kawasan berhampiran, mahupun ke tempat penyimpanan. Stor peluru di Bukit Jugra merupakan stor pertama yang dijumpai di negeri Selangor.


Kalau korang ke Jugra...jangan lepaskan peluang utnuk melihat monumen ini...tetapi korang kena melalui jirat Cina untuk sampai ke tapak ini dengan jalan tanah merah. Sebelum tiba ke tapak ini korang akan melintasi Bangunan Bekas Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat yang tinggal struktur sahaja.

Sekian.

No comments:

Post a comment