Thursday, 9 February 2017

Rumah Panjang Di Kampung Anna Rais, Sarawak

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,
hai korang semua. Apa khabar hari ni? Jom ikut aku naik belon lagi....kita pergi ke Bumi Kenyalang...untuk melihat rumah tradisional kat sana. Kali nii aku nak cerita tentang sebuah rumah di mana korang kena naik 'belon' untuk sampai ke sini. Iaitu rumah panjang yang terletak di Kampung Anna Rais, Sarawak. Ini merupakan rumah panjang yang pertama aku sampai dan masih ada ciri-ciri tradisional dari segi rekabentuk dan juga kebudayaannya. Di mana rumah panjang ini menggunakan dinding dan lantai buluh. Apabila aku memijak lantainya...seakan berayun-ayun.

Tiada profail bertulis yang lengkap  mengenai Kampung Annah Rais ini yang boleh kami perolehi dari Pejabat Daerah Pandawan kecuali sedikit maklumat daripada  En Paymore Pawan, Pembantu Tadir, Pejabat Daerah Kecil Padawan  secara lisan dan juga hasil daripada pemerhatian sahaja. Menurut En Paymore kampung ini telah berusia lebih dari 200 tahun. 

Kampung Annah Rais ini terletak dalam Daerah Padawan Kecil dan lebih kurang 100 km dari Bandaraya Kuching dan 1 jam setengah perjalanan jika berkenderaan kes ana. Ketua Kampung atau pun Ketua Kaum di sini ialah  En . Diminic Ton AK Jaok, dan beliaulah yang banyak membantu dalam memberi maklumat mengenai rumah panjang ini.


Seperti  rumah panjang suku suku lain di Sarawak, senibina rumah panjang Bidayuh juga adalah  pelbagai tetapi masih dibina mengikut susunan yang teratur dan dihubungkan antara satu blok dengan satu blok yang lain dengan jambatan buluh yang panjang.


Di kampung  ini terdapat 5 buah blok rumah panjang dan mempunyai ruang yang terbuka. Secara keseluruhan terdapat 55 buah unit rumah dari 5 buah blok yang sedia ada dan setiap  unit kediaman adalah untuk kediaman sebuah keluarga.. Di samping rumah panjang di sini juga terdapat rumah rumah moden yang berasingan antara satu sama lain (sebuah sebuah).

Rumah panjang ini diperbuat daripada kerangka yang diperbuat daripada kayu (tiang dan alang) manakala bahagian dinding pula diperbuat daripada kulit kayu.


Manakala lantai pula diperbuat daripada buluh yang telah dibelah-belah dan bumbung rumah pula menggunakan atap yang diperbuat daripada jerami kuning atau lalang atau pun daun palma.



Selalunya paku tidak digunakan dalam pembinaan sesebuah rumah panjang tetapi sebaliknya menggunakan tali rotan atau akar kayu yang dipanggil tali nout atau ijok terutama dalam sistem penyambungan.
Namun demikian dengan  arus pembangunan dan pemodenan ada juga unit unit rumah di Kampung Annah Rais ini telah diubahsuai dengan menggunakan papan biasa sebagai dinding, zing sebagai atap, papan sebagai lantai dan paku digunakan dalam pembinaan ini, ini adalah kerana untuk keselesaan dan mereka telah mampu untuk membeli bahan bahan tersebut dan mudah pula didapati di pasaran.
Jumlah  keseluruhan penduduk Kampung Annah Rais ini ialah 1154 orang. Kebanyakan pekerjaan penduduk kampung ini lah bertani iatu dengan menanam padi, getah,  jagung,  lada hitam dan lain-lain.  Di sekeliling rumah panjang juga ditanam dengan pelbagai tanaman untuk kegunaan sendiri seperti pisang, mangga, ubi kayu, kelapa, durian belanda dan keladi.
Selain itu disekitar  rumah panjang ini juga terdapat  2 buah rumah Baruk, kedai runcit yang dimiliki oleh kaum Cina dan  kedai cenderahati.


Di dalam setiap perkampungan Masyarakat Bidayuh seperti rumah panjang Annah Rais ini, adalah satu kemestian untuk membina Rumah Baruk. Di kampung ini terdapat dua rumah baruk kerana 2  blok rumah dari 5 blok rumah panjang yang sedia ada dipisahkan oleh sungai (Sungai Semadang). Berkemungkinan sebuah lagi Baruk dibina kerana keadaan yang sukar untuk menyeberang sungai untuk pergi ke Baruk yang satu lagi jika ada sesuatu upacara yang ingin dilakukan.
Suatu waktu dulu tiada jambatan yang menghubungkan antara blok yang terpisahkan dengan sungai ini. Semasa kerja-kerja penyelidikan ini dilakukan jambatan yang dibina telah pun runtuh akibat tanah runtuh ditebing sungai berkenaan.
Tapi sayangnya disebabkan arus pemodenan yang ada sekarang ini...kebanyakkan rumah panjang yang asli adalah sukar untuk korang lihat. Yang ada sekarang telah diubahsuai menggunakan kepingan papan atau plywood. Untuk melihat yang ada ciri-ciri tradisional...korang bolehlah ke Taman Budaya Sarawak. Pelbagai jenis rekabentuk rumah tradisional pelbagai kaum peribumi boleh korang lihat dan menerokai.

Sekian.

2 comments:

  1. bagusnya infomasi ini.. Saya gunakannya untuk project saya. Jangan risau, saya akan guna link ini di reference saya. Terima kasih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan...tiada masalah. Tujuan blog ni dibuat adalah untuk berkongsi ilmu. Sama-sama.

      Delete