Tuesday, 14 February 2017

Rumah Baruk...Pembinaan Dan Seni Binanya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Hai korang semua. Semoga hari nii korang ceria-ceria saja yea. Jom ikut aku naik belon ke negeri Sarawak untuk melihat rumah tradisional kat sana yang menarik lagi unik. Masyarakat di Sarawak mempuntai pelbagai jenis rumah...yang selalu kita dengar ialah rumah panjang... Tetapi ada lagi satu jenis rumah yang sangat menarik minat aku untuk menerokainya iaitu Rumah Baruk.

Rumah baruk adalah merupakan sebuah rumah dimana di sini diletakkan atau digantung tengkorak musuh yang dipuja dari masa ke semasa atas sebab tertentu. Ianya juga disebut dengan istilah  Panggah atau Pasah. Secara tradisinya  rumah Baruk ini terdiri dari 3 jenis bentuk binaan dalam penempatan rumah panjang, iaitu
I) Berbentuk segi lapan

ii) Berbentuk bulatan, dan

iii) Berbentuk segiempat  sama atau segiempat bujur.




Fungsi rumah Baruk yang dibina berasingan dari rumah panjang ini ialah tempat untuk mengadakan upacara keagamaan, perayaaan, rumah tetamu dan sebagainya. Bentuk senibina dan saiz rumah baruk ini adalah berbeza antara satu kampong dengan kampong yang lain. Rumah Baruk ini juga disebut sebagai Rumah Panggak, Balui atau pun Kepala Rumah.
Bentuk binaan  bergantung pada keluasan  atau bentuk mukabumi ianya didirikan. Ketinggian nya adalah lebih kurang 5 hingga 30 kaki.  Ianya juga menjadi bangunan utama dalam sesuatu sistem rumah panjang Bidayuh dan dibina berasingan dari rumah panjang dan lebih tinggi dari rumah panjang

Selalunya kayu jati digunakan untuk membina tiang rumah Baruk ini  manakala lantai dan dinding  diperbuat dari buluh. Bumbung nya pula diperbuat dari daun pokok sago atau daun palma, tetapi di Kampong Annah Rais, atap zing digunakan dan didinding dengan papan biasa.
  
Selain tempat pemujaan tengkorak beberapa aktiviti sosial juga dijalan kan di rumah Barok ini seperti tempat bermesyuarat antara  penduduk, menyambut sesuatu perayaan seperti hari gawai atau perayaan yang berkaitan ugama yang lain. 

Selain itu  ia juga digunakan sebagai tempat tidur untuk anak lelaki yang masih belum berkahwin, tempat tidur para tetamu lelaki dan juga tempat berehat kaum lelaki setelah penat bekerja disamping mereka berbual dan bertukar tukar fikiran.

Wanita dan kanak kanak dilarang masuk kecuali  semasa pesta gawai  diadakan  Sebarang jenis buluh dan tumbuhan paku pakis juga adalah dilarang dibawa masuk kedalam baruk.
  
Baruk menjadi keperluan utama kepada masyarakat Bidayuh dalam sesebuah kampong dan ianya dianggap sebagai bangunan utama yang mesti didirikan dan ianya juga sebagai lambang kebanggaan dan juga sebagai simbol penguasaan dan pemilikan pada  sesebuah kawasan yang diduduki oleh suka kaum ini.

Baruk dibina diatas tiang tiang yang banyak dan tinggi yang mana ia hanya  boleh dimasuki dengan melalui sebuah tangga yang dikenali sebagai trap door, yang mana ianya terletak dibahagian paras lantai. 


Ruang dalaman  rumah ini agak mudah susunatur nya dimana ditengah tengahnya terdapat tempat api dan  disekelilingnya pelantar kecil dibina. Tetapi Rumah Baruk di Kampung Annah Rais tiada pelantar kecil dibina dan hanya dibiarkan kosong. Pelantar kecil atau ruang kosong ini ialah ruang untuk mereka menjalan aktiviti berkaitan manakala tempat api ini adalah untuk mengasap tengkorak yang digantung diatas nya dan juga digunakan untuk memasak makanan jika ada upacara tertentu dijalan kan disini.


Tetapi kini memang susah nak cari rumah baruk yang ori dan kebanyakkannya telah dimodenkan dengan rekabentuk yang lebih simple. Mungkin disebabkan kemahiran yang membuatnya telah tiada dan mungkin juga untuk mencari bahan-bahan pembinaannya sudah agak sukar ditemui.

Rekabentuk rumah baruk kini telah dikomersilkan....dengan dijadikan hotel, restoran, kelab dan sebagainya. Senibina begini korang boleh lihat di kawasan waterfront Kuching, Sarawak.

Sekian.

No comments:

Post a comment