Friday, 24 February 2017

Mencuba Untuk Mewarna Batik...

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Semoga sihat-sihat jer hendaknya yea. Hari nii aku nak citer tentang seni batik. Batik memang dah terkenal serata dunia.... Batik memang sangat cantik dipandang. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Kalau dahulu..... masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden seperti cop dan juga printing...






Batik mula diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Aku difahamkan.... batik berasal dari Negara Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa ‘tik’ yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Tetapi batik Indonesia dan batik Malaysia mempunyai banyak perbezaan dari segi corak dan juga warna.


Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya negeri Kelantan dan Terengganu, yang merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik di negara ini. 





Hasil-hasil batik tempatan yang tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya melambangkan satu kemahiran kerjatangan yangg unik dan kreatif di kalangan tukang-tukang batik tanah kita. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Diantara kain atau fabrik asas yang digunakan adalah kain bahan asli yang terdiri daripada Kain Kapas (cotton), Sutera (Silk), Linen dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga penggunaan kain-kain bahan tiruan seperti Kain Polyester dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sesetengah kain-kain tiruan ini tidak dapat menggunakan beberapa jenis warna-warna asli atau dye kerana ianya tidak dapat tidak sesuaikan.


Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak.  Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. 



Mewarna memainkan peranan penting dalam proses menghasilkan batik yang cantik dan indah. Pada awalnya, warna-warna semulajadi digunakan secara meluas dalam pembuatan batik. Kemudian pelbagai warna telah digabung seperti campuran warna yang kontra, gelap dan cerah, dan pelbagai teknik warna diaplikasikan untuk mewarna batik. Antara teknik-teknik batik adalah Teknik Alfa, Teknik Semburan Angin (Air Brush), Teknik Menarik, dan lain- lain. Pengeluar dan pereka batik tempatan sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan tentang penggunaan warna-warna batik supaya warna tidak mudah luntur dan menampilkan warna-warna menarik serta mengikut perkembangan warna semasa.


Setelah siap diwarnakan sepenuhnya, permukaan batik hendaklah disapu dengan sodium silicate sepenuhnya untuk menjamin semua bahagian warna dimatikan. Pastikan kedua-dua bahagian atas dan bawah kain benar-benar diseliputi bahan pemati warna itu. Biarkan selama 8 hingga 12 jam.

Merebus merupakan proses terakhir dalam pembuatan batik. Kain akan direbus di dalam larutan air bercampur serbuk soda (soda ash) mengikut sukatan. Tujuan merebus kain adalah untuk menanggalkan liln dan lebihan pewarna pada kain batik. Kemudian kain batik dibasuh menggunakan air bersih dan dijemur ditempat yang teduh dan berangin. Setiap batik yang dihasilkan akan melalui proses merebus, walau apa pun teknik dan jenis kain yang digunakan untuk menghasilkan batik tersebut.
Setelah direbus, kain perlu dibasuh dan dibilas dengan pelembut kain. Pastikan kain benar-benar bersih dan kemudaian dijemur hingga kering. Harga sehelai batik bergantung kepada jenis kain, corak serta pembuatannya.

Aku memang sangat minat untuk cuba membuat batik... peluang yang aku selalu dapat adalah apabila ada program yang melibatkan agensi Kraftangan. Bolehlah aku cuba skill untuk mewarna batik...sebab selalunya diorang bagi free tanpa sebarang bayaran. memang menyeronokkan...

Sekian.

No comments:

Post a comment