Wednesday, 22 February 2017

Korean Drama Review: Goblin

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang... Apa khabar semuanya hari nii? Hari nii aku nak story mory tentang sebuah drama Korean yang menjadi kegilaan ramai dan mendapat raking tertinggi. Aku nii bukan laa peminat tegar sangat citer-citer Korean sebab kengkangan kerja aku yang kerap outstation dan banyak report yang aku kena settlekan so masa free tuu kurang laa sikit.
Oleh kerana selalunya awal-awal tahun nii belum ada lagi kerja luar yang perlu aku buat....aku pun ter....tarik la pulak nak layan citer Korean nii. Aku pun mula laa dengan drama bertajuk Goblin. Yang aku muskil sikit...setahu aku goblin nii makhluk yang hodoh tapi pelakon Korean nii semuanya lawa-lawa. haaa....haaa...haaa....



Goblin adalah sejenis makhluk supernatural yang muncul dalam kisah-kisah fiksyen dan fantasi. Makhluk ini memiliki tinggi berkisar antara 30 cm sampai dengan 2 m. Biasanya kulit mereka berwarna hijau seperti daun. Dalam cerita rakyat Eropah, Goblin merupakan bangsa peri atau makhluk supernatural. Ukuran tubuh mereka kecil dan kadangkala tidak terlihat oleh mata manusia. Mereka dilukiskan sebagai makhluk kecil berwarna hijau dan bertelinga runcing.



Goblin juga digambarkan sebagai makhluk aneh kerdil, nakal, bahkan terkadang jahat. Mereka dikaitkan dengan pelbagai kemampuan, magik dan penampilan yang semuanya tergantung pada cerita dan negara asal tersebut. Goblin juga dikaitkan dengan api dan memiliki kemahiran untuk menciptakannya serta menyukai emas. Menurut versi lain Goblin merupakan bangsa makhluk yang buas dan ganas. Mereka tinggal di gua-gua yang gelap atau di bawah tanah.

Ok...sekarang aku nak masuk bab drama Korean ni pulak...drama nii ada unsur flashback ke zaman silam dengan 16 episode. Jalan cerita nii memang menarik dan aku menyukainya kerana ayat-ayat yang digunakan memang sempoi dan kelakar. Kisah love story yang ada suka dan dukanya.
Drama ini dibintangi oleh beberapa orang pelakon terkenal iaitu Lee Dong Wook, Gong Yoo, Yoo In Na,  dan juga Kim Go Eun. Drama ini telah ditulis oleh Kim Eun Sook dan diarahkan oleh pengarah terkenal yang juga pernah mengarah cerita  Descentants Of The Sun iaitu Lee Eung Bok.




Ceritanya mengenai Goblin (Gong Yoo), seorang orang lelaki yang kacak dianggarkan berusia 900 tahun dan bosan dengan kehidupan abadinya. Satu-satunya cara untuk menamatkan riwayatnya adalah dengan mencabut pedang yang tertusuk didadanya yang hanya dapat dilakukan 'pengantin perempuan Goblin' iaitu Euntak  (Kim Go Eun), Euntak mempunyai kelebihan dapat melihat hantu dan roh.

Euntak tidak sepatutnya lahir tapi kelahiranya terjadi apabila ibunya meminta Goblin menyelamatkan kandungannya ketika dia sedang bertarung nyawa akibat dilanggar lari. Euntak selalu hidup dalam kesedihan setelah ibunya meninggal dunia pada usia Euntak 9 tahun. Malaikat maut iaitu reaper pun sentiasa mengejarnya kerana dia tidak sepatutnya hidup.


Reaper (Lee Dong Wook), ditugaskan untuk membunuh Euntak, kemudiannya bertemu dengan Sunny (Yoo In Na) seorang jelitawan sebuah kedai makan yang menyebabkan beliau jatuh hati. Pada hari jadi yang ke 19....Euntak telah bertemu dengan Goblin dengan tidak sengaja...Setiap kali Euntak meniup lilin/api...Goblin akan muncul di hadapan Euntak. Klimak citer ini apabila Goblin dan Reaper berkongsi rumah dan menjerumuskan kedua-duanya kepada isu yang rumit kerana  mereka perlu bergelut antara perasaan dengan tugasan.


Goblin pula serba salah dengan perasaan dan kehidupannya. Kalau pedang didadanya dicabutkan...dia akan mati tetapi dia tidak sanggup untuk meninggalkan Euntak. Bagaimana seterusnya kisah cinta mereka yea...korang kena tengok sendiri. Korang memang akan suka dan puashati tengok citer nii. Santai dan tidak memberatkan otak korang untuk memikir sebab ada unsur kelakar. Aku bagi 5/5 bintang untuk citer nii. Lokasi untuk drama nii pun menarik dan cantik.

Sekian.

No comments:

Post a comment