Tuesday, 28 February 2017

Book Review: Jangan Biar Dia Masuk

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai semua...semoga semuanya ceria-ceria hari nii yea. Aku nak buat book review hari nii. Pada awalnya aku memang tak nak beli novel nii...sebab covernya menakutkan dan aku risau aku terbawa-bawa igauan dalam tidur. Namun apabila housemate aku kata novel nii best...so aku pun mengirimnya pada kawan aku untuk membeli novel ini di pesta buku Karang Kraf yang lalu.

Aku mengambil masa yang lama untuk mula membacanya kerana housemate aku kata...ramai yang mendapat gangguan setelah membaca novel ini. Aku tunggu sehingga diri aku benar2 dah bersedia dan kuatkan diri untuk membacanya.


Bila sudah memasuki beberapa helaian bacaan....ternyata novel ini sangat berbeza dan buat aku jatuh cinta. Seronok membacanya tanpa henti... Jom aku cerita tentang novel ini kat korang....

Laqqus, keturunan syaitan yang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan ALLAH. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahir tiga zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan. Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Dev , Suraya, Laila dan Ray dah, dihantui dengan satu per satu siri kejadian aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu. Mereka ketakutan. Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi, mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan! Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Adika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya?

Kisah ni sebenarnya bermula dengan..... tiga beradik, Ambarningsih si kakak sulung, Ambarsari si anak tengah dan Ambarwati si anak bongsu. Ketiga-tiga mereka ni walaupun lahir dari rahim yang sama, tapi perwatakan jauh beza. Macam langit dengan bumi. Ambarningsih pengamal ilmu hitam yang tegar, akan tetapi, ada cerita di sebalik amalan ilmu hitam tersebut. Hati Ambarningsih menjadi kering sekering keringnya dan hitam legam. Tidak mahu menerima sebarang nasihat daripada darah dagingnya sendiri. Dia percaya, seluruh penduduk kampung akan berterima kasih dengannya kerana hasil usahanya, kampung mereka akan sentiasa berada dalam aman sejahtera.

Ambarsari pula seorang gadis yang lurus bendul. Dalam bahasa lainnya, bodoh-bodoh alang. Sifat yang keanak-anakan tu hanya mampu difahami oleh adik bongsunya Ambarwati. Ambarsari diserap semangat gamelan, akibat tindakan Ambarsari yang memainkan bonang gamelan peninggalan gemulah mboknya, Anje.  Tetapi bonang tersebut mempunyai semangat yang bertindak melindungi diri-diri yang menjadi kesayangan semangat tersebut.

Ambarwati pula seorang gadis yang warak dan patuh pada perintah ALLAH. sering cuba menasihati Ningsih untuk kembali ke pangkal jalan, tetapi tidak dipedulikan oleh Ningsih.


Apabila jembalang laut tidak mahu menerima acak-acak korban yang disediakan oleh Ningsih. Jembalang Laut tersebut mahukan korban darah dara sunti sekiranya mahu kampung tersebut selamat dan nelayan boleh mencari rezeki tanpa gangguan. Seluruh penduduk kampung menentang. Hanya Lanang yang setia di sisi Ningsih. Tetapi Lanang tidak sedar, dirinya hanya dijadikan kambing hitam oleh Ningsih. Lanang bertukar menjadi wong menyak. Orang minyak. Lanang membuat onar seperti arahan Ningsih dan memperkosa serta membunuh setiap dara sunti. Tetapi Lanang gagal membuat onar terhadap Muliati. Keadaan bertambah teruk bila Ningsih memutuskan talian persaudaraan dengan Sari dan Wati. Seterusnya, Sari dan Wati turut berada dalam senarai korban seterusnya. 

Cerita kemudiannya beralih ke zaman sekarang, Defi, Maya, Suraya, Laila dan Rafidah bersahabat baik dan merancang bercuti ke kampung Defi di Bachok. Maya cuba dihalang oleh Mariam, ibunya. Ada rahsia yang disembunyikan oleh Mariam. Mariam meminta bantuan Wadi yang seterusnya mengarahkan Haris untuk mengekori mereka berlima. Nek Sirih tidak menyambut baik kedatangan mereka ke situ dan cuba menghalau mereka pulang terutama sekali Maya. Sikap Lutfi yang aneh. Keadaan menjadi kelam kabut bila Laila menjadi korban wong menyak.


Setiap watak didalam novel ini berkaitan antara satu sama lain. Novel ini banyak flashback....tetapi digarap dengan sangat baik dengan pengisian yang padat lagi menarik serta kejutan. Aku bagi 5 bintang untuk novel ini....dan aku sedang meneruskan bacaan sambungannya di Jangan Biar Dia Masuk 2....

Sekian.

No comments:

Post a comment