Sunday, 5 February 2017

Belimbing Buluh...Buahnya Kecil Tetapi Penuh Dengan Khasiat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Korang pernah tengok pokok belimbing buluh tak? Masa aku kecil-kecil dulu memang selalu aku tengok pokok nii sebab ada tumbuh di depan rumah opah aku. balik sekolah jer pergi ambik buah belimbing nii...sebab buahnya rendah jer...aras-aras tanah jer... bergautan. Jadi mudah laa untuk dipetik.

Belimbing buluh nii enak dicampurkan ke dalam masakan selain dijadikan sambal untuk membuka selera. Dipercayai buah ini berasal dari Asia Teranggara dan kemungkinan besar dari Indonesia. Sungguhpun begitu, ia mempunyai taburan di seluruh kawasan tropika yang lembap. Cara penanamannya cukup mudah. Guna sahaja teknik mencambahkan biji dan ia akan tumbuh dengan baik tanpa sebarang masalah. Paling penting bekalan air untuknya haruslah cukup dengan tanah yang mudah ditembusi air.


Belimbing buluh biasa dimakan mentah, dibuat sambal, acar, jeruk, kari atau dijadikan sirap. Bukan setakat itu sahaja, ia juga sesuai diperam bersama garam seterusnya digunakansebagai perencah masakan selain dibancuh untuk diminum. Buah diawet dengan garam dan dijadikan minuman herba bagi merawat batuk kokol, perut memulas, panas badan, seriawan usus serta penyakit tekanan darah tinggi.

Bahagian daunnya boleh dimanafaatkan dengan cara direbus dan dimunum untuk mengubat masalah bengkak pada dubur, melegakan demam panas, merawat diabetes, penyakitseriawan usus (skurvi), mengecutkan tisu bagi rawatan selepas bersalin dan pelabagai lagi. Gunakan air rebusannya untuk disapu di seluruh muka untuk merawat masalah jerawat dan beguk. Boleh juga ditumbuk lumat daunnya kemudian ditampal pada bahagian kulit agar masalah batuk, bisul, gatal-gatal, reumatisme dan sifilis semakin berkurangan.


Bahagian bunga buah belimbing ini sesuai direbus kemudian ditambah sedikit gula sebagai rawatan batuk khusus untuk kanak-kanak.

Berdasarkan beberapa khasiat di atas, jelas terbukti bahawa buah belimbing buluh ini mendatangkan banyak manafaat terhadap kesihatan selain rasanya yang masam-masam. Namun ia juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk mencuci logam bagi menghilangkan kotoran.
(sumber: Mingguan Wanita)

Sekian.

No comments:

Post a comment