Tuesday, 28 February 2017

Book Review: Jangan Biar Dia Masuk

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai semua...semoga semuanya ceria-ceria hari nii yea. Aku nak buat book review hari nii. Pada awalnya aku memang tak nak beli novel nii...sebab covernya menakutkan dan aku risau aku terbawa-bawa igauan dalam tidur. Namun apabila housemate aku kata novel nii best...so aku pun mengirimnya pada kawan aku untuk membeli novel ini di pesta buku Karang Kraf yang lalu.

Aku mengambil masa yang lama untuk mula membacanya kerana housemate aku kata...ramai yang mendapat gangguan setelah membaca novel ini. Aku tunggu sehingga diri aku benar2 dah bersedia dan kuatkan diri untuk membacanya.


Bila sudah memasuki beberapa helaian bacaan....ternyata novel ini sangat berbeza dan buat aku jatuh cinta. Seronok membacanya tanpa henti... Jom aku cerita tentang novel ini kat korang....

Laqqus, keturunan syaitan yang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan ALLAH. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahir tiga zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan. Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Dev , Suraya, Laila dan Ray dah, dihantui dengan satu per satu siri kejadian aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu. Mereka ketakutan. Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi, mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan! Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Adika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya?

Kisah ni sebenarnya bermula dengan..... tiga beradik, Ambarningsih si kakak sulung, Ambarsari si anak tengah dan Ambarwati si anak bongsu. Ketiga-tiga mereka ni walaupun lahir dari rahim yang sama, tapi perwatakan jauh beza. Macam langit dengan bumi. Ambarningsih pengamal ilmu hitam yang tegar, akan tetapi, ada cerita di sebalik amalan ilmu hitam tersebut. Hati Ambarningsih menjadi kering sekering keringnya dan hitam legam. Tidak mahu menerima sebarang nasihat daripada darah dagingnya sendiri. Dia percaya, seluruh penduduk kampung akan berterima kasih dengannya kerana hasil usahanya, kampung mereka akan sentiasa berada dalam aman sejahtera.

Ambarsari pula seorang gadis yang lurus bendul. Dalam bahasa lainnya, bodoh-bodoh alang. Sifat yang keanak-anakan tu hanya mampu difahami oleh adik bongsunya Ambarwati. Ambarsari diserap semangat gamelan, akibat tindakan Ambarsari yang memainkan bonang gamelan peninggalan gemulah mboknya, Anje.  Tetapi bonang tersebut mempunyai semangat yang bertindak melindungi diri-diri yang menjadi kesayangan semangat tersebut.

Ambarwati pula seorang gadis yang warak dan patuh pada perintah ALLAH. sering cuba menasihati Ningsih untuk kembali ke pangkal jalan, tetapi tidak dipedulikan oleh Ningsih.


Apabila jembalang laut tidak mahu menerima acak-acak korban yang disediakan oleh Ningsih. Jembalang Laut tersebut mahukan korban darah dara sunti sekiranya mahu kampung tersebut selamat dan nelayan boleh mencari rezeki tanpa gangguan. Seluruh penduduk kampung menentang. Hanya Lanang yang setia di sisi Ningsih. Tetapi Lanang tidak sedar, dirinya hanya dijadikan kambing hitam oleh Ningsih. Lanang bertukar menjadi wong menyak. Orang minyak. Lanang membuat onar seperti arahan Ningsih dan memperkosa serta membunuh setiap dara sunti. Tetapi Lanang gagal membuat onar terhadap Muliati. Keadaan bertambah teruk bila Ningsih memutuskan talian persaudaraan dengan Sari dan Wati. Seterusnya, Sari dan Wati turut berada dalam senarai korban seterusnya. 

Cerita kemudiannya beralih ke zaman sekarang, Defi, Maya, Suraya, Laila dan Rafidah bersahabat baik dan merancang bercuti ke kampung Defi di Bachok. Maya cuba dihalang oleh Mariam, ibunya. Ada rahsia yang disembunyikan oleh Mariam. Mariam meminta bantuan Wadi yang seterusnya mengarahkan Haris untuk mengekori mereka berlima. Nek Sirih tidak menyambut baik kedatangan mereka ke situ dan cuba menghalau mereka pulang terutama sekali Maya. Sikap Lutfi yang aneh. Keadaan menjadi kelam kabut bila Laila menjadi korban wong menyak.


Setiap watak didalam novel ini berkaitan antara satu sama lain. Novel ini banyak flashback....tetapi digarap dengan sangat baik dengan pengisian yang padat lagi menarik serta kejutan. Aku bagi 5 bintang untuk novel ini....dan aku sedang meneruskan bacaan sambungannya di Jangan Biar Dia Masuk 2....

Sekian.

Monday, 27 February 2017

Lawatan ke Trick Eye Museum Singapore

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai semua.... Apa khabar korang hari nii? Jom aku nak ajak korang gi ke Singapura jalan-jalan. Seronok rasanyer bila dapat peluang untuk ke Trick Eye Museum Singapore ini... tetapi tak puas kerana masa yang diberikan terhad dan masa aku pergi tuu pulak cuti sekolah dan terpaksa menunggu lama serta berbaris panjang.



Trick Eye adalah singkatan dari Trick of the eye, merupakan teknik seni yang merubah lukisan dua dimensi menjadi gambar tiga dimensi melalui penggunaan ilusi optik. Dengan ini, lukisan 2D yang tergantung di dinding, lantai dan siling muzium terlihat seperti muncul dari permukaan dan seolah-olah hidup.
 
 



Korang kena kreatif dan bersahaja apabila bergambar di dalam muzium ini untuk memberikan kesan yang menarik pada gambar korang. kalau tak ia umpama macam tak logik laaa....
Tiket masuk berharga SGD 25 untuk Dewasa dan SGD 20 untuk kanak-kanak. Korang kena beli dulu sebelum beratur untuk masuk ke dalam muzium ini. Di hadapan ruang legar kuanter ini juga terdapat beberapa lukisan 3D yang korang boleh bergambar.




Pastikan korang buat selamba dan jangan malu-malu. Kalau korang datang dalam kumpulan lagi mudah dan seronok untuk bergambar. Tapi jangan risau...bagi yang kurang kreatif dan tiada idea nak berposing....kat bahagian lantai ada ditunjuk anak panah... area mana sepatutnya korang ambik gambar tersebut. Selain itu ada juga ditunjuk cara untuk bergambar.


Dalam muzium dua tingkat ini memang terdapat banyak gambar 3D...aku sendiri pun kepenatan nak bergambar...akhirnya tak semua gambar yang dapat aku terokai dengan masa yang terhad. InshaAllah ada kesempatan di lain hari...aku ingin singgah kali ke dua ke muzium ini.

Sekian.

Sunday, 26 February 2017

Filem Review : The Railway Children

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Jom aku nak ajak korang layan satu filem yang best nii. Filem yang berkisahkan kekeluargaan. Railway Children ini karya asalnya dari sebuah buku oleh Edith Nesbit dan mula diterbitkan pada tahun 1906. Edith Nesbit mendapat idea dari Stesen Keretapi Chelsfield yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau.



Berkisahkan sebuah keluarga yang terpaksa berpindah dari London ke Yorkshire setelah bapanya dipenjarakan atas tuduhan menjadi pengintip kerajaan. Di Yorkshire mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan dan kena berjimat cermat. Tiga orang adik-beradik ini sentiasa menjalani kehidupan dalan keadaan yang ceria kerana si ibu seorang yang positif. Mereka selalu ke stesen keretapi  untuk bermain sehingga dikenali ramai.




Klimaks cerita ini bila si ibu jatuh sakit dan mereka tiada duit untuk membeli ubat. Tiga beradik ini meminta pertolongan daripada seorang pegawai stesen untuk mendapatkan ubat-ubatan ibu mereka. Cerita ini telah dijadikan drama tv sebanyak 4 kali dan filem sebanyak 2 kali (1970 dan 2000).  





Tiga beradik ini sangat baik hati dan ringan tulang. Mereka sentiasa membantu sesiapa yang memerlukan dan sentiasa support antara satu sama lain. Cerita ini memberikan moral yang positif kepada korang dan aku menyukainya. Aku bagi 5/5 bintang untuk cerita ini.

Sekian.

Saturday, 25 February 2017

Stor Peluru Jugra Monumen Sejarah Di Jugra


Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai...hai..korang semua apa khabar hari nii. Semoga ceria-ceria yea hendaknya. Hari nii aku nak ajak korang pergi melawat ke tapak bersejarah di negeri Selangor. Dulu kawasan ini merupakan daerah pentadbiran Selangor. Kini ianya hanya tinggal bangunan-bangunan lam ayang terbiar dan menunggu rebah ke bumi.


Kedudukan monument yang aku nak citer ini... agak tersorok dari pandangan ramai menyebabkan tapak tinggalan sejarah ini kurang mendapat perhatian pengunjung. Stor Peluru yang terletak di Bukit Jugra merupakan ruang bagi menyimpan kelengkapan-kelengkapan perang, khususnya peluru-peluru serta alat-alat bedilan. Terletak berhampiran dengan tapak bekas Pejabat Daerah Lama, bangunan berbentuk dome ini dibina daripada simen serta mempunyai sebuah pintu.


Ia juga dilengkapi dengan lubang udara yang berfungsi sebagai ruang aliran udara di dalam stor peluru ini. Dilihat dari sudut Geografi, tempat ini terletak berhadapan dengan aliran Sungai Langat. Kedudukan yang strategik ini dipercayai bagi memudahkan proses pengangkutan peluru ke kawasan-kawasan berhampiran, mahupun ke tempat penyimpanan. Stor peluru di Bukit Jugra merupakan stor pertama yang dijumpai di negeri Selangor.


Kalau korang ke Jugra...jangan lepaskan peluang utnuk melihat monumen ini...tetapi korang kena melalui jirat Cina untuk sampai ke tapak ini dengan jalan tanah merah. Sebelum tiba ke tapak ini korang akan melintasi Bangunan Bekas Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat yang tinggal struktur sahaja.

Sekian.

Friday, 24 February 2017

Mencuba Untuk Mewarna Batik...

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Semoga sihat-sihat jer hendaknya yea. Hari nii aku nak citer tentang seni batik. Batik memang dah terkenal serata dunia.... Batik memang sangat cantik dipandang. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Kalau dahulu..... masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden seperti cop dan juga printing...






Batik mula diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Aku difahamkan.... batik berasal dari Negara Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa ‘tik’ yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Tetapi batik Indonesia dan batik Malaysia mempunyai banyak perbezaan dari segi corak dan juga warna.


Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya negeri Kelantan dan Terengganu, yang merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik di negara ini. 





Hasil-hasil batik tempatan yang tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya melambangkan satu kemahiran kerjatangan yangg unik dan kreatif di kalangan tukang-tukang batik tanah kita. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Diantara kain atau fabrik asas yang digunakan adalah kain bahan asli yang terdiri daripada Kain Kapas (cotton), Sutera (Silk), Linen dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga penggunaan kain-kain bahan tiruan seperti Kain Polyester dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sesetengah kain-kain tiruan ini tidak dapat menggunakan beberapa jenis warna-warna asli atau dye kerana ianya tidak dapat tidak sesuaikan.


Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak.  Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. 



Mewarna memainkan peranan penting dalam proses menghasilkan batik yang cantik dan indah. Pada awalnya, warna-warna semulajadi digunakan secara meluas dalam pembuatan batik. Kemudian pelbagai warna telah digabung seperti campuran warna yang kontra, gelap dan cerah, dan pelbagai teknik warna diaplikasikan untuk mewarna batik. Antara teknik-teknik batik adalah Teknik Alfa, Teknik Semburan Angin (Air Brush), Teknik Menarik, dan lain- lain. Pengeluar dan pereka batik tempatan sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan tentang penggunaan warna-warna batik supaya warna tidak mudah luntur dan menampilkan warna-warna menarik serta mengikut perkembangan warna semasa.


Setelah siap diwarnakan sepenuhnya, permukaan batik hendaklah disapu dengan sodium silicate sepenuhnya untuk menjamin semua bahagian warna dimatikan. Pastikan kedua-dua bahagian atas dan bawah kain benar-benar diseliputi bahan pemati warna itu. Biarkan selama 8 hingga 12 jam.

Merebus merupakan proses terakhir dalam pembuatan batik. Kain akan direbus di dalam larutan air bercampur serbuk soda (soda ash) mengikut sukatan. Tujuan merebus kain adalah untuk menanggalkan liln dan lebihan pewarna pada kain batik. Kemudian kain batik dibasuh menggunakan air bersih dan dijemur ditempat yang teduh dan berangin. Setiap batik yang dihasilkan akan melalui proses merebus, walau apa pun teknik dan jenis kain yang digunakan untuk menghasilkan batik tersebut.
Setelah direbus, kain perlu dibasuh dan dibilas dengan pelembut kain. Pastikan kain benar-benar bersih dan kemudaian dijemur hingga kering. Harga sehelai batik bergantung kepada jenis kain, corak serta pembuatannya.

Aku memang sangat minat untuk cuba membuat batik... peluang yang aku selalu dapat adalah apabila ada program yang melibatkan agensi Kraftangan. Bolehlah aku cuba skill untuk mewarna batik...sebab selalunya diorang bagi free tanpa sebarang bayaran. memang menyeronokkan...

Sekian.

Wednesday, 22 February 2017

Korean Drama Review: Goblin

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang... Apa khabar semuanya hari nii? Hari nii aku nak story mory tentang sebuah drama Korean yang menjadi kegilaan ramai dan mendapat raking tertinggi. Aku nii bukan laa peminat tegar sangat citer-citer Korean sebab kengkangan kerja aku yang kerap outstation dan banyak report yang aku kena settlekan so masa free tuu kurang laa sikit.
Oleh kerana selalunya awal-awal tahun nii belum ada lagi kerja luar yang perlu aku buat....aku pun ter....tarik la pulak nak layan citer Korean nii. Aku pun mula laa dengan drama bertajuk Goblin. Yang aku muskil sikit...setahu aku goblin nii makhluk yang hodoh tapi pelakon Korean nii semuanya lawa-lawa. haaa....haaa...haaa....



Goblin adalah sejenis makhluk supernatural yang muncul dalam kisah-kisah fiksyen dan fantasi. Makhluk ini memiliki tinggi berkisar antara 30 cm sampai dengan 2 m. Biasanya kulit mereka berwarna hijau seperti daun. Dalam cerita rakyat Eropah, Goblin merupakan bangsa peri atau makhluk supernatural. Ukuran tubuh mereka kecil dan kadangkala tidak terlihat oleh mata manusia. Mereka dilukiskan sebagai makhluk kecil berwarna hijau dan bertelinga runcing.



Goblin juga digambarkan sebagai makhluk aneh kerdil, nakal, bahkan terkadang jahat. Mereka dikaitkan dengan pelbagai kemampuan, magik dan penampilan yang semuanya tergantung pada cerita dan negara asal tersebut. Goblin juga dikaitkan dengan api dan memiliki kemahiran untuk menciptakannya serta menyukai emas. Menurut versi lain Goblin merupakan bangsa makhluk yang buas dan ganas. Mereka tinggal di gua-gua yang gelap atau di bawah tanah.

Ok...sekarang aku nak masuk bab drama Korean ni pulak...drama nii ada unsur flashback ke zaman silam dengan 16 episode. Jalan cerita nii memang menarik dan aku menyukainya kerana ayat-ayat yang digunakan memang sempoi dan kelakar. Kisah love story yang ada suka dan dukanya.
Drama ini dibintangi oleh beberapa orang pelakon terkenal iaitu Lee Dong Wook, Gong Yoo, Yoo In Na,  dan juga Kim Go Eun. Drama ini telah ditulis oleh Kim Eun Sook dan diarahkan oleh pengarah terkenal yang juga pernah mengarah cerita  Descentants Of The Sun iaitu Lee Eung Bok.




Ceritanya mengenai Goblin (Gong Yoo), seorang orang lelaki yang kacak dianggarkan berusia 900 tahun dan bosan dengan kehidupan abadinya. Satu-satunya cara untuk menamatkan riwayatnya adalah dengan mencabut pedang yang tertusuk didadanya yang hanya dapat dilakukan 'pengantin perempuan Goblin' iaitu Euntak  (Kim Go Eun), Euntak mempunyai kelebihan dapat melihat hantu dan roh.

Euntak tidak sepatutnya lahir tapi kelahiranya terjadi apabila ibunya meminta Goblin menyelamatkan kandungannya ketika dia sedang bertarung nyawa akibat dilanggar lari. Euntak selalu hidup dalam kesedihan setelah ibunya meninggal dunia pada usia Euntak 9 tahun. Malaikat maut iaitu reaper pun sentiasa mengejarnya kerana dia tidak sepatutnya hidup.


Reaper (Lee Dong Wook), ditugaskan untuk membunuh Euntak, kemudiannya bertemu dengan Sunny (Yoo In Na) seorang jelitawan sebuah kedai makan yang menyebabkan beliau jatuh hati. Pada hari jadi yang ke 19....Euntak telah bertemu dengan Goblin dengan tidak sengaja...Setiap kali Euntak meniup lilin/api...Goblin akan muncul di hadapan Euntak. Klimak citer ini apabila Goblin dan Reaper berkongsi rumah dan menjerumuskan kedua-duanya kepada isu yang rumit kerana  mereka perlu bergelut antara perasaan dengan tugasan.


Goblin pula serba salah dengan perasaan dan kehidupannya. Kalau pedang didadanya dicabutkan...dia akan mati tetapi dia tidak sanggup untuk meninggalkan Euntak. Bagaimana seterusnya kisah cinta mereka yea...korang kena tengok sendiri. Korang memang akan suka dan puashati tengok citer nii. Santai dan tidak memberatkan otak korang untuk memikir sebab ada unsur kelakar. Aku bagi 5/5 bintang untuk citer nii. Lokasi untuk drama nii pun menarik dan cantik.

Sekian.

Monday, 20 February 2017

Masjid Paloh Merupakan Masjid Lama Di Ipoh

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua... Jom ikut aku pergi ke negeri Perak untuk melihat masjid lama atau masjid yang tertua kat sana. Antara masjid lama yang terkenal di Ipoh ialah Masjid Kampung Paloh. Mengikut catatan sejarah, Masjid Kampung Paloh dibina oleh Orang Kaya-Kaya Dato’ Seri Adika Raja Wan Mohamed Salleh Bin Wan Abu Bakar pada tahun 1912. Wan Mohamed Salleh merupakan seorang Ketua Penghulu dan Pembantu Pemungut Hasil Tanah semasa pentadbiran Frank Swettenham. Kampung Paloh adalah penempatan awal di bandar Ipoh.

Pembinaannya di biayai oleh dua orang kaya ketika itu. Salah seorang daripadanya ialah Long Kassim. Sebagai menghargai jasa beliau, pentadbiran masjid telah diserahkan kepada keturunan beliau sehingga sekarang. Tapi sayangnya masjid ini telah mengalami perubahan sejak 2 tahun yang lalu...masjid ini telah diubahsuai dan ditambahbaikkan tanpa mengikut prosedur pemuliharaan (konservasi). Warna cat masjid ini pun telah ditukar daripada warna biru ke warna coklat sekarang. Secara kasarnya memang tiada perubahan besar dilihat daripada segi struktur masjid ini.



Meskipun Masjid Kampung Paloh telah dibaik pulih namun rekabentuk asalnya masih dikekalkan. Seperti menara lima tingkat dan kawasan perkuburan yang mempunyai atap yang unik masih dikekalkan dalam rekabentuk asal. Tempat wuduk masih mengekalkan tradisi lama iaitu menggunakan kolah yang luas.  Walaupun masjid ini telah mencecah usia 100 tahun, namun keadaannya masih teratur dan dijaga dengan baik.



Terdapat mihrab yang kecil dilengkapi dengan mimbar daripada kayu yang berukir yang kelihatannya masih lagi kukuh. Di hadapan masjid ini terdapat sebuah bangunan yang menempatkan Madrasah Sharifah mengambil nama salah seorang penanungnya iaitu Toh Puan Hajjah Sharifah Rodiah. Bangunan lama Madrasah Sharifah. Walaubagaimanapun, bangunan tersebut telah dirobohkan dan telah dibina dua buah bangunan baru ditempat yang sama … 


Dua bangunan baru yang dibina menggantikan bangunan lama yang telah terlalu uzur ... gambar kiri.  Papan tanda Masjid Paloh yang telah rosak, mungkin gara-gara vandalism dan tidak diganti ... Masjid Kampung Paloh dikelilingi oleh tanah perkuburan. Di bahagian kiri masjid terdapat beranda yang menempatkan beberapa makam orang-orang kenamaan ...
Dibahagian hadapan masjid (kiblat masjid) terdapat sebuah bangunan kecil yang menempatkan 3 makam. Makam yang paling tinggi yang terletak ditengah-tengah adalah makam  Y.M. Orang Kaya-Kaya Dato’ Seri Adika Raja Wan Mohamed Salleh Bin Wan Abu Bakar.

Menurut sejarahnya, apabila Seri Adika Raja ke Sembilan iaitu Seri Adika Raja Busu Sega mati dibunuh oleh British semasa perang di Perak, Toh Muda Meor Abdul Raof yang sepatutnya menggantikan beliau menjadi Seri Adika Raja tidak dilantik ke jawatan tersebut. Untuk tempoh hampir sepuluh tahun, jawatan Seri Adika Raja tidak diisi. Hanya selepas tahun 1880an, Wan Muhammad Salleh Bin Wan Abu Bakar telah dilantik menjadi Seri Adika Raja yang ke sepuluh. Wan Muhammad Salleh adalah anak kepada Busu Atikah iaitu adik bungsu kepada Toh Muda Meor Abdul Raof.
 Sebagai Seri Adika Raja yang ke sepuluh, Wan Mohammad Salleh telah memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran kerajaan Perak ketika itu sehingga beliau menjadi orang melayu pertama menerima anugerah Imperial Service Order (I.S.O.). Beliau juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan (Federal Council) salepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1897. Beliau telah pergi ke United Kingdom mengiringi Sultan Idris Shah semasa pertabalan King Edward VII tahun 1902 dan King George V tahun 1911.


Beliau meninggal dunia semasa mengiringi Sultan Abdul Jalil menziarahi makam Sultan Tajul Arifin di Pulau Semat sempena pemashuran sultan dalam tahun 1917. Jenazahnya telah di kebumikan di dalam kawasan Masjid Paloh, Jalan Dato’, Ipoh. Wan Muhammad Salleh telah digantikan oleh Meor Yeop Mohd Jawi sebagai Seri Adika Raja ke 11. Semasa hidupnya, Wan Muhammad Salleh mempunyai tiga orang isteri iaitu Toh Puan Sharifah, Wan Teh Rafeah Binti Wan Abbas dan Teh Sariah.
Masjid Paloh Ipoh di bina semula pada tahun 1912 selepas Haji Long Mohd Kassim meninggal dunia.. Nama Asal Masjid Paloh ialah Mohamedan.. Ada tiga orang penyumbang untuk membina Masjid Paloh iaitu yang pertama Toh Puan Saripah Binti Duakap.. Yang kedua Datok Panglima Bukit Gantang Mahmud Bin Mohd Taib dan yang terakhir sekali ialah  Hj Long Mohd Kassim Bin Ngah Banja Jugra Bin Pandak Maon Bin Panglima Kinta Ngah Sudin . Geran Tanah Masjid Paloh Ipoh Hak Milik Toh Puan Saripah Binti Duakap dan beliau tidak mempunyai anak.
Catatan sejarah membuktikan bahawa Bandar Raya Ipoh telah dibuka oleh masyarakat Melayu yang diketuai oleh Datuk Panglima Kinta pada abad ke-19. Ia bermula dengan sebuah perkampungan Melayu bernama Paloh yang kemudian berubah kepada Epu (Ipoh) sempena nama pokok Ipoh. Atas daya usaha Datuk Panglima Kinta Mohammad Yussof telah berjaya membangunkan Ipoh bersama-sama orang Cina yang bermigrasi ke sini sehingga berkembang pesat seperti sekarang ini.


Namun begitu hari ini tidak banyak warisan sejarah masyarakat Melayu yang masih terdapat di sini. Hanya beberapa bangunan warisan orang Melayu yang utuh berdiri di sekitar Kampung Paloh dan Kampung Kuchai seperti Masjid Paloh, Masjid Panglima Kinta, Madrasah Sharifah, Madrasah Kamaliah dan Sekolah Melayu Kg. Kuchai. Sedangkan pada masa dahulu, kawasan sekitar ini merupakan pusat kegiatan utama masyarakat Melayu di Ipoh terutama politik yang mana menyaksikan penubuhan UMNO Perak.
Apa yang menyedihkan lagi adalah keadaan bangunan-bangunan tersebut yang begitu uzur serta terbiar. Malahan ada juga bangunan warisan Melayu ini telah dibeli oleh orang Cina dan dijadikan bengkel kereta seperti Rumah Datuk Seri Adika Diraja dan beberapa rumah besar di Kampung Kuchai. Tidak kurang juga beberapa bangunan warisan tersebut telah rebah menyembah bumi seperti rumah Penghulu Sg. Raia dan bangunan kedai yang dahulunya menempatkan pejabat Persatuan Melayu Perak.
Jika warisan yang ada ini tidak dipuliharakan maka dikhuatiri akan lenyaplah bukti-bukti sejarah masyarakat Melayu di Ipoh seperti apa yang terjadi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura. Ia tidak mustahil kerana hari ini pun, tidak ramai yang mengetahui sejarah dan peranan yang pernah dimainkan oleh Datuk Panglima Kinta suatu ketika dahulu.


Oleh itu diharapkan pihak-pihak berkenaan seperti Kerajaan Negeri dan Jabatan Warisan mengambil perhatian terhadap masalah ini. Keprihatinan terhadap warisan ini dapat dilakukan dengan kerja-kerja pemuliharaan atau mewujudkan sebuah galeri sejarah orang Melayu di Ipoh. Contohnya seperti baru-baru ini Rumah Teh di Pulau Pinang yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan dan kini berfungsi sebagai Galeri Warisan Melayu. Tanpa sejarah, hilanglah jati diri dan asal usul sesuatu bangsa itu.
Terletak di Jalan Datoh, Masjid Kampung Paloh dibina pada tahun 1912 ketika pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Al-Azam Shah. Pembinaan itu diusahakan oleh Orang Kaya-kaya Datuk Seri Andika Diraja, Wan Muhammad Salleh dan isteri, Toh Puan Sharifah Rodiah, Mahmud Mohd Taib dan Muhammad Kassin Banjar Jagra.
Ia menampilkan bumbung tiga lapis dengan dua tingkap rendah dan menara setinggi empat tingkat, manakala bersebelahannya, didirikan Madrasah Sharifah bersempena nama penaungnya.
Berhampiran kolam mengambil wudhuk dan masih bernaung di bawah bumbung masjid, dihimpunkan makam golongan masyhur dan banyak berjasa antaranya, Datuk Andika sendiri yang meninggal dunia pada tahun 1917 selain Menteri Besar Perak pertama yang juga seorang peguam, Panglima Bukit Gantang, Datuk Abdul Wahab Abdul Aziz.

 Masjid ini turut disenaraikan warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2015.
Kompleks makam ini terletak di bahagian belakang Masjid Kampung Paloh. Saya dibawa oleh siak masjid ke bahagian belakang untuk melihat lebih dekat bahagian dalam makam. Ketiga-tiga nesan  ini berada di dalam kompleks makam. Nesan yang paling tinggi (bahagian tengah) adalah makam Y.M. Orang Kaya-Kaya Dato’ Seri Adika Di Raja Wan Mohamed Salleh.


Jejak Masjid Perak bakal jadi tarikan
IPOH 13 Ogos – Kerajaan negeri hari ini melancarkan Jejak Masjid Perak yang menjadi program pelancongan Islam pertama ne­geri dalam usaha meningkatkan jumlah pelancong domestik.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, lapan buah masjid di sekitar negeri ini telah dikenal pasti untuk program pelancongan Islam sulung itu. Katanya, pemilihan lapan masjid tersebut adalah berdasarkan pada nilai sejarah dan warisan, rekabentuk unik serta sumba­ngan kepada komuniti setempat semenjak dibina.
Sejak sekian lama Perak men­jadi tumpuan pelancongan berikutan kepelbagaian jenis makanannya yang enak serta istimewa, kini, tiba masanya kerajaan negeri memperkenalkan pula tarikan pelancongan baharu menerusi warisan masjid."
“Ini merupakan program rasmi pertama yang mempromosikan pelancongan Islam di Perak. Pada peringkat awal, kerajaan negeri memfokuskan kepada pelancong domestik menerusi penganjuran program ini, dan sudah tentu kami akan meluaskannya kepada pelancong luar negara pula,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan bangunan pejabat dan logo baharu Tourism Perak, di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kese­nian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd. Radzi.
Lapan masjid terpilih ialah Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar yang dibina pada 1917; Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kampung Dal, Padang Rengas (1938); Masjid Dato' Panglima Kinta (1898); Masjid India Muslim (1908); Masjid Kampung Paloh (1912); Masjid Pakistani (1930); Masjid Sultan Idris Shah II (1968) dan Masjid Muhammadiah Tasek Jaya atau Masjid Cina (2013) yang terletak di Ipoh.
Mengulas lanjut, Zambry mem­beritahu, kerajaan negeri me­nerusi Tourism Perak akan melaksanakan beberapa pende­katan baharu dalam usaha me­ningkatkan jumlah pelancong domestik ke negeri ini. Katanya, Perak telah mencatatkan kehadiran jumlan pelancong domestik tertinggi bagi dua tahun berturut-turut iaitu 6.02 juta pada tahun 2013 dan tujuh juta untuk tahun 2014.
“Ini memberi makna besar kepada Perak, khususnya kepada perkembangan ekonomi dan per­tumbuhan negeri. Menerusi be­berapa langkah dan strategi baharu yang sedang dilaksanakan, kami menjangkakan jumlah pelancong domestik akan bertambah pada tahun ini,” jelas beliau.

Sekian.

Sunday, 19 February 2017

Filem Review : Hacksaw Ridge Sejarah Kisah Benar Perang Dunia Ke Dua

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Jom kita gi tengok movie... Aku memang tabik spring dengan movie nii... terbaik laa aku rasa. Pada mulanya aku memang tak de plan pun nak tengok movie nii tapi disebabkan tak de movie lain pun yang menarik minat aku daan hubby.... so kami pilih movie nii untuk dilayan pada hari cuti hujung minggu.
 


Aku paling suka kalau movie yang berdasarkan kisah benar dan history....movie ni salah satunya yang berdasarkan kisah diperang Dunia Ke Dua. Mula ditayangkan di United State pada 16 November 2016 dan mendapat raking top ten dan anugerah serta pencalonan.

Filem ini diarahkan oleh Mel Gibson dan skripnya ditulis oleh Andrew Knight dan Robert Schenkkan. 





Filem nii menceritakan tentang Desmond Doss yang selalu bergaduh dengan adik lelakinya dan hampir menyebabkan adiknya hilang nyawa. Semenjak dari itu Desmond Doss berubah sikap dan menjadi baik serta berpegang teguh dengan agama. Desmond Doss banyak melakukan kerja-kerja sukarelawan dan amal. Pada suatu hari...ketika dia menghantar rakannya untuk mendapatkan rawatan di hospital...dia melihat ramai tentera yang cedera. Di hospital ini juga dia jatuh cinta dengan seorang jururawat bernama Dorothy.


Desmond bercadang untuk menjadi seorang tentera yang merawat mangsa sewaktu perang. Niat beliau pada mulanya dihalang oleh keluarga tetapi Desmond Doss tekad dengan minatnya. Dengan sokongan dan bantuan daripada girlfriendnya Dorothy...Desmond Doss mempelajari ilmu perubatan.




Ayah Desmond Doss juga seorang tentera veteran perang tetapi hidup dalam kesedihan kerana kehilangan rakan-rakan seperjuangannya sehingga beliau menjadi seorang pemabuk. Dia tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada anaknya.


Desmond Doss telah terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan di 77th Infantry Division. Semasa dalam latihan dia telah dibuli oleh rakan-rakannya kerana mempertahankan prinsip hidupnya. Dia juga didenda kerana tidak mahu untuk menyentuh senjata/senapang. Dia juga diseksa dan diberi tekanan oleh pihak atasannya sehinggakan dia tidak dibenarkan untuk bercuti dan juga disumbat ke dalam penjara.
  


Desmond Doss kemudiannya diadili di mahkamah tentera dan dengan bantuan ayahnya...Desmond Doss dibebaskan dan dapat mempertahankan prinsipnya dengan tidak menyentuh senjata kerana dia hanya ingin menjadi seorang tentera perubatan.


Dalam peperangan Okinawa...Desmond Doss telah menyelamatkan nyawa ramai rakan-rakan seperjuangannya yang selama ini memandang rendah dengan prinsip hidupnya. Atas sikapnya itu...Desmond Doss telah menerima Medal Of Honor daripada Presiden Harry S.  Truman. Desmond Doss meninggal pada 23 Mac 2006 diusia 87 tahun. Aku bagi 5/5 bintang untuk filem ini. Banyak moral yang baik dapat dipelajari daripada filem ini...so korang kena tengok!

Sekian.

Saturday, 18 February 2017

Book Review: Cakar Ayam Doktor

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua... Aku nak buat book review lagi hari nii. Buku nii merupakan bacaan santai yang sememangnya aku suka...aku dah baca 3 buku yang hampir sama dengan gaya buku nii. Banyak manafaat yang boleh korang perolehi di dalam buku ini samada dari segi ilmu perubatan mahupun ragam manusia ketika menerima rawatan.


Aku beli buku nii sebab aku tengok buku nii dapat ranking tertinggi....tengah tip top masa tuuu. Covernya juga menarik minat aku sebab sempoi dan cute...ala-ala kartun gitu... Buku nii juga memberi aku untuk mengenali akan tugasan seorang doktor yang kadang-kadang dipandang sebelah mata oleh masyarakat kita.




Bukan semua orang boleh jadi doktor...hanya yang kuat semangat jer yang berjaya untuk berkhidmat dengan seikhlas hati untuk kerjaya ini. Aku sendiri pun tak berani nak cucuk jarum kat tangan orang lain...apatah lagi untuk membedah tubuh seseorang....ngeri dan boleh pengsan dibuatnya....



Buku ini mengajar korang supaya sentiasa ikhlas dan bersabar dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Nak layan pelbagai jenis karenah manusia bukan senang terutama karenah orang yang sakit...kena ada cara dan perlukan kesabaran yang tinggi.



Buku ini juga membantu korang tentang dunia perubatan...bagaimana mengambil dos ubat dengan cara yang sepatutnya. Penjagaan kesihatan dan sebagainya. Buku ini ditulis oleh Dr. Sharif Ahmad, Dr. Fahd Razy, Dr Onn Azli, Dr. Kamarul Ariffin, Jazlina Syahrul. Mempunyai 214 halaman dengan harga RM 27. Aku membelinya di MPH Bookstore.



Bacaan santai ini memang sesuai dibaca oleh semua golongan. Didalam buku ini juga terdapat beberapa lakaran kartun untuk menceriakan lagi korang. Membaca buku ini juga memberi aku sedikit keinsafan dalam diri daripada pelbagai sudut.

Bersyukur kerana diberikan kerjaya yang dapat menyara hidup aku serta keluarga... menjalankan tugas dengan penuh amanah dan seikhlas hati... serta penuh dedikasi... Bersabar dengan karenah orang serta selalu ceria...

Buku ini aku bagi 3.5/5 bintang. Semoga buku seperti ini dapat diterbitkan dengan lebih banyak lagi untuk manafaat semua. Tak sangka seorang doktor boleh jadi seorang penulis walaupun tulisannya cakar ayam dan sukar dibaca...haaahaaa....

Sekian.