Wednesday, 1 February 2017

Jom Take 5!! Segarkan Tubuh Dan Minda.....

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Semoga ceria-ceria jer yea. Jangan stress-stress. Just be happy... Setiap hari kita terpaksa menghadapi kerja-kerja yang berlambak-lambak di pejabat sehingga tiada masa rehat untuk diri sendiri. Rutin kerja ini bukan sahaja mengurangkan tenaga tetapi memenatkan fikiran. Jika korang teruskan tanpa rehat, mungkin boleh membuatkan korang stress. Lebih teruk lagi produktiviti korang semakin merosot. Beberapa tip berikut boleh korang lakukan agar badan lebih segar dan tenang.



1. Berjalan Seketika
Apabila korang merasa tidak boleh memberi tumpuan pada kerja yang korang lakukan, lebih baik korang meluangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan, cuba ingatkan 3 perkara yang menyenangkan dalam hidup korang. 

2. Lakukan regangan
Cuba berdiri dan lakukan beberapa gerakan regangan yang bermula dari lengan, pergelangan tangan dan leher. Gerakan ini akan melegakan ketegangan otot korang. Lakukan regangan sambil mendengar lagu-lagu berirama perlahan, tentu mengasyikan dan hilang rasa tekanan.



3. Mencuci tangan
Berjalan ke bilik air dan cucilah tangan dengan air sejuk. Basuhlah pergelangan tangan dengan lembut. Pada bahagian ini terdapat beberapa otot utama di bawah lapisan kulit yang boleh membantu membuatkan korang rasa tenang.

4. Aromaterapi
Pastikan korang membawa minyak wangi atau cologne dengan aromaterapi di tempat kerja. Dengan mengjidu bauan aromaterapi ini, ia dapat membantu meredakan ketegangan dalam badan. Antara aromaterapi yang disarankan lavender, chamomile, oren atau epal.



5. Urutan
Cubalah membuat urutan sendiri pada bahagian badan yang korang rasa tegang. Contohnya di leher, lengan, pergelangan tangan dan sebagainya. Tekan pada bahagian  yang tegang sehingga korang merasa sakit. Lepas dan ulang menekan beberapa kali.

6. Rawatan skrub
Korang tak perlu ke spa untuk mendapatkan rawatan dan urutan. Cara yang mudah....dengan membeli scrub yang sesuai dengan kulit dan citarasa korang. Lakukan pada waktu terluang pada bahagian tangan, kaki dan badan. Secara tidak langsung badan korang akan rasa lebih segar kembali. Aku selalu melakukannya pada setiap hari sabtu atau ahad.

7. Mandi air suam
Untuk mendapatkan kesegaran satu badan, ada baiknya korang berendam atau mandi menggunakan air suam. Air suam dipercayai dapat membuatkan badan korang kembali bertenaga.



8. Rendam kaki
Sediakan air suam dan satu senduk garam dalam bekas atau baldi. Masukkan kuntuman bunga mawar atau gantikan dengan titisan minyak aroma wangian (aromaterapi). Rendamlah kaki korang dalam air aromaterapi ini....kehangatan dan wangian aroma ini dapat membuatkan korang nyaman dan tenang.



9. Minum teh
Teh adalah minuman yang mempunyai banyak kelebihan dan manafaat pada badan. Teh dapat membantu mengembalikan rasa segar dan semangat setelah penat seharian. Jumlah kafein dalam teh membantu membuatkan korang merasa tenang.
(sumber: majalah Rapi)

Sekian.

No comments:

Post a comment