Wednesday, 11 January 2017

Stadium Negara Menempa Nama Dengan Piala Thomas

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Hai kornag semua... Apa khabar hari nii? Jom ikut aku gi kat tempat bersejarah niii. Dah lama aku teringin nak ke sini....yea laa...namanya cukup gah di pesada dunia pada suatu ketika dahulu. Akhirnya tercapai jugak impian aku nii...Stadium Negara nama yang diberikan...
Stadium Negara merupakan stadium tertutup pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1950. Ia terletak bersebelahan dengan Stadium  Merdeka Kuala Lumpur. Pada 19 April 1962, Stadium Negara telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong Tuanku  Syed  Putra  Ibni Almarhum  Syed  Hassan  Jamalullail. Stadium Negara yang merupakan sebuah gelanggang tertutup serta melambangkan kegiatan sukan dan kebudayaan di Negara ini.


Kos pembinaan Stadium Negara menelan belanja lebih RM 34 juta dan dianggap sebagai sebuah stadium tertutup yang terbaik di Asia Tenggara. Ia bukan sahaja boleh menunjukkan satu contoh kejuruteraan asli yang tidak ada tolok bandingnya tetapi juga menambahkan lagi reka bentuk seni di Negara ini. Cadangan bagi pembinaan stadium ini apabila Malaya terpilih sebagai host untuk Piala Thomas pada tahun 1952 tetapi tidak mempunyai stadium tertutup yang memenuhi piawaian yang tetapkan.


Stadium Negara ini direka  oleh Sir Stanley Edward Jewkes dengan bantuan jurutera Ng Eng Hean, M.D Canavan, Koon Yew Yin, S. Nakendra dan W.J Cumming. Cadangan pembinaannya telah dibentangkan oleh Tunku Abdul Rahman kepada jawatankuasa stadium di Earl’s Court London pada tahun 1959.

Stadium ini menempatkan 10,200 kerusi dengan alat penghawa angin. Stadium ini banyak menggunakan cermin jenis naco bagi mendapatkan pencahayaan dari luar untuk menyinari stadium ini secara semulajadi tetapi memberikan kesan haba yang panas disebabkan cuaca Malaysia yang panas dan lembap.


Pada asalnya Stadium Negara ini dibina menggunakan bumbung rata tetapi pada tahun 1985, bumbung stadium ini ditukar kepada jenis dome kerana bumbung asalnya mengalami kebocoran. Bumbung dome ini memberikan kesan yang sangat luas juga bagi menampung kesan bunyi apabila ada berlangsungnya pertandingan.

Stadium Negara pula dibina khas bagi permainan-permainan dalam seperti sukan badminton, dan sesuai sebagai tempat untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan. Stadium itu juga boleh digunakan untuk perlawanan pelbagai jenis sukan, tempat pameran dan juga temasya di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Pada 17 Mei 1992, Piala Thomas yang terunggul pernah dilangsungkan di Stadium ini.

Perancangan untuk baikpulih stadium ini masih dalam perbincangan....aku harap ianya dapat dilakukan dengan segera seperti Stadium Merdeka yang masih mengekalkan keaslian rekabentuknya yang asal.

Sekian.

No comments:

Post a comment