Tuesday, 17 January 2017

Stadium Merdeka Mempunyai 14 Buah "Terowong"...

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,
Hai korang...apa khabar semuanya? Hari nii aku nak bawa korang ke stadium tetapi bukan untuk menonton perlawanan bola tau... Seronoknya sebab 1 st time aku datang ke sini....suka tengok rekabentuknya ala-ala retro tuu...dan paling bagusnya di dalam Stadium Merdeka ini ada dipasang pameran bersaiz besar kat dinding ruang masuk....bergambar hitam putih serta memberikan info yang sangat berguna. Jom kita kenali Stadium Merdeka yang penuh dengan sejarah ini.....

Stadium Merdeka merupakan stadium sukan di Kuala Lumpur, Malaysia yang digunakan bagi kegiatan pelbagai guna. Stadium Merdeka memiliki keupayaan 25,000 penonton dengan 10,000 tempat duduk.



Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai bulan Julai 1956. Pada 15 Februari 1957, Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium Merdeka. Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain ketika itu dan mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000 daripadanya terletak di bawah bumbung ketika dibuka. Kini stadium ini mampu menampung sehingga 45,000 orang penonton.


la mempunyai 14 buah "terowong" yang merupakan pintu keluar-masuk stadium. Kawasan tempat duduk yang berbumbung itu adalah sepanjang 30 kaki, bumbungnya 60 kaki panjang ke hadapan dan tinggi 40 kaki dari bawah. Empat buah tiang lampu setinggi 140 kaki juga dibina untuk kegunaan upacara-upacara yang diadakan di waktu malam.


Pembinaan stadium ini adalah merupakan satu kemajuan ke arah perkembangan dan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini. Dengan adanya stadium ini, ia dapat memberi kemudahan bagi kegiatan-kegiatan sukan, kebudayaan dan perhimpunan-perhimpunan skala besar peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di samping itu, perpaduan yang erat dapat ditanamkan melalui kegiatan-kegiatan sukan dan upacara kebangsaan yang diadakan di Stadium ini.


Stadium ini mula digunakan untuk satu upacara yang bersejarah dalam sejarah tanahair, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman selepas dirasmikan sehari sebelumnya. Seramai 10,000 orang membanjiri stadium ini ketika perisytiharan itu dibuat pada pagi 31 Ogos 1957.


Tetapi pada satu ketika semasa stadium yang diuruskan oleh Perbadanan Stadium Merdeka ini menjadi satu tempat paling bersejarah, ia pernah dicadangkan untuk dirobohkan semasa zaman Tun Dr. Mahathir. Alasannya adalah bagi memberi peluang kepada pembangunan kompleks pejabat dan hiburan bernilai RM 1 bilion.


Tetapi atas inisiatif beberapa orang termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika itu yang menghantar surat kepada Tun Dr. Mahathir supaya stadium ini jangan dirobohkan, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terlalu sentimental dengan nilai sejarah ini. Akhirnya pada Februari 2003, Stadium Merdeka telah dinamakan sebagai bangunan warisan kebangsaan.


Pada 2007, Stadium Merdeka mengalami pemulihan kepada keadaan yang asal seperti yang pada 1957. Stadium ini dengan kapasiti sebanyak 45000 tempat duduk akan dikurangkan kepada 20,000 tempat duduk, yang bermaksud bahawa beberapa blok-blok teres atas dibina sejak bertahun-tahun akan dirobohkan. Pekerja memulakan kerja merombak bumbung ke tempat duduk VI. Pengubahsuaian ini adalah bahagian rancangan ulang tahun Malaysia ke-50 untuk menghidupkan semula masa tersebut apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di sini.


Perasaan yang sangat hepi sukar untuk aku gambarkan bila berada di dalam Stadium Merdeka ini...auranya sangat kuat kerana rekabentuknya yang asal masih kekal dipulihara...

Sekian.

No comments:

Post a comment