Saturday, 7 January 2017

Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia Telah Menempah Nama Dalam Bidang Perhutanan Tropika

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,
Hai semua...apa khabar hari nii? Jom ikut aku..hari nii kita nak pergi redah hutan...alam semulajadi. Terasa aman dan damai...udara pun segar. Akhirnya....dapat jugak aku menjejakkan kaki aku kat Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)  ini. Seronok giler korang. Dah lama aku simpan impian nak ke sini. Aku ajak member serumah pergi untuk menghabiskan cuti hari minggu kita orang. Walaupun satu rumah tapi jarang berjumpa sebab komitmen masing-masing dengan kerja. kami pergi dengan menaiki komuter jer...tapi terasa adventure nya....

Ok sebelum tuu aku nak cerita laa tentang latar belakang sejarah FRIM nii untuk korang tahu....
Terletak di Kepong sejauh 16 km barat laut Kuala Lumpur dengan keluasan 600 hektar, ia di kelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. FRIM menggalakkan pengurusan secara berkekalan dan penggunaan optimum sumber-sumber hutan dengan menjana pengetahuan dan teknologi melalui penyelidikan, pembangunan dan aplikasi.
Kepakaran kakitangannya dalam pelbagai bidang serta keupayaan memenangi anugerah penyelidikan dan kerjasama di peringkat antarabangsa telah membolehkan FRIM menempah nama dalam bidang perhutanan tropika. Setelah memperoleh perkenan Sultan Selangor, Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) telah ditubuhkan di sebuah kawasan tapak bekas lombong bijih timah di Kepong yang diusahakan sebagai kebun sayur pada tahun 1925.


Setahun kemudiannya, Dr.F.W. Foxworthy, pegawai penyelidik pertama dalam bidang perhutanan, telah memulakan usaha penyelidikan perhutanan dengan penubuhan tapak semaian hutan serta petak percubaan penanaman pokok secara besar-besaran.



Bangunan pejabat pertama IPP yang menempatkan muzium, makmal, bilik kerja, ruang pejabat, herbarium dan perpustakaan ini siap dibina pada tahun 1929. Aktiviti penyelidikan perhutanan di bangunan ini pada ketika itu merangkumi botani, silvikultur, ekonomi, kimia dan zoologi.



Bangunan utama IPP (kini Bangunan Pentadbiran FRIM) pada tahun 1951, bangunan dua tingkat berbentuk ‘U’ ini dibina berdasarkan rekaan kolonial dengan ciri-ciri tropika serta mempunyai elemen tiang yang tebal dan ruang siling yang tinggi (Francis Ng, 2009).



Tapak semaian IPP yang ditubuhkan pada tahun 1929 merupakan pusat penyemaian biji benih pokok hutan sebelum benih-benih atau anak pokok hutan ini dibekalkan untuk aktiviti penananam.



Aktiviti penanaman bagi penubuhan petak percubaan penanaman pokok secara besar-besaran telah dimulakan seawal tahun 1926 dengan menggunakan 100 spesies pokok asli dan eksotik.



J.G. Watson yang berkhidmat di bawah Dr F.W. Foxworthy sebagai Timbalan Pemelihara dan ahli ekonomi hutan; telah memulakan usaha pembangunan arboreta atau koleksi tumbuhan hidup di FRIM pada tahun 1929. Dua arboretum pertama di FRIM ialah Arboretum Dipterokarpa dan Arboretum Bukan-Dipterokarpa.
FRI/FRIM juga dikenali sebagai Ringyo Shikenjyo atau ‘Stesen Percubaan Perhutanan’ ketika penaklukan Jepun di Malaya (1942–45). Ketika itu, seramai 37 orang pekerja Jabatan Perhutanan telah terkorban.


Menurut Anon, 1954, nama setiap pekerja yang terkorban semasa penaklukan Jepun telah diabadikan pada plak peringatan yang ditempatkan di FRI pada 6 Mac 1954.

Pada 1 Oktober 1985, IPP menjadi badan berkanun di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB).

Institut ini kemudiannya dinamakan sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor dilantik sebagai Ketua Pengarah FRIM yang pertama.



Pakej melawat hutan yang ditawarkan memberi peluang untuk aktiviti luar seperti rekreasi dan pendidikan umum. FRIM turut merupakan lokasi yang begitu popular kepada mereka yang gemar berkelah, berlari, berbasikal, di samping pelancong serta mereka yang mengkaji alam semula jadi.
Tidak ketinggalan, FRIM juga terkenal sebagai tempat untuk mengadakan hari keluarga, pertandingan mencari harta karun, berkhemah, meninjau burung, menjelajah hutan dan sesi fotografi.


Tempat yang pada mulanya merupakan sebuah kawasan terbiar lama bekas perlombongan, yang kemudiannya bertukar menjadi kebun sayur, kini merupakan satu destinasi hutan yang bebas daripada pencemaran, dengan udara yang lebih sejuk dan nyaman.

Aku pun tak lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang ada kat FRIM nii...yang paling aku teruja nak cuba ialah canopy walk....best giler korang....canopy walk nii start dibina pada tahun 1992 sepanjang 150 meter dengan ketinggian 30 meter dari aras tanah. Puas laa berjalan atas kanopi nii...tapi sebelum tuu korang kena gi beli tiket..(dalam bangunan yang menjual cenderamata). Harga tiketnya pun tak mahal...RM 5 seorang.

Korang digalakkan untuk datang awal pagi sebab memang ramai pengunjung....lagi pun untuk ke kanopi nii korang kena berjalan kaki hampir satu jam sebab ada pendakian dan juga mungkin korang kena berbaris untuk menaiki kanopi bila waktu puncak dan cuti sekolah. Pengunjung yang datang ke canopy walk nii melebihi 20,000 orang setahun....


Walaupun penat mendaki tapi berbaloi-baloi korang....aku tiba kat FRIM dalam kul 11:00 pagi...lebih kurang kul 12 lebih tiba kat canopy walk...masa aku tiba punyalah ramai orang....yea laa waktu cuti sekolah...rombongan sekolah banyak...so lama la aku kena berbaris untuk turn aku.

Turun dari canopy walk dah hampir kul 330 petang sebab kaki terus ke jungle tracking....pas tu kami pergi makan dan terus balik. Sempat jugak aku capai beberapa barang sebagai cenderamata kenangan. Penat giler korang...esoknya sakit kaki aku sebab tak pernah nak bersenam....

Oh yaa...kat dalam FRIM nii jugak ada galeri di Bangunan D1....memang best galerinya...banyak ilmu yang korang boleh dapat...selain itu ada juga sewaan basikal disediakan. kalau korang lapar ada juga kafetaria di sini. Selain itu ada kawasan untuk korang bawa anak-anak berkelah di kawasan Sungai Kroh....sejuk dan mendamaikan. Korang jugak boleh melawat rumah tradisional Terengganu dan Melaka. Banyak kemudahan yang disediakan di sini.....dan korang boleh lepak hingga petang sebab ramai yang datang untuk berjoging setiap pagi dan petang. Aku memang suka tempat-tempat macam nii...kalau rumah aku dekat kawasan nii...setiap minggu aku datang. Haahaa....

Sekian.

No comments:

Post a comment