Saturday, 14 January 2017

Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang Berusia Lebih 200 tahun

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang...Apa khabar korang semua...semoga hari nii korang ceria-ceria hendaknya. Jom aku nak bawa korang ke sebuah negeri. Menjejak kaki ke Pulau Pinang memang sangat menarik kerana dapat melihat  bangunan-bangunan bersejarah dan juga makanannya yang sedap terutama nasi kandar...rojak pasembor...mee sotong dan lain-lain. Dan salah satu bangunan yang menarik minat aku ialah Masjid Kapitan Kling....

Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.


Pulau Pinang merupakan antara sebuah negeri yang terkenal pada awal abad ke-20 Masihi dalam kalangan masyarakat Islam tempatan kerana ia merupakan sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan yang membawa jemaah haji Malaysia ke Mekah dengan kapal laut. Sebagai sebuah lokasi yang penting dalam laluan laut, ia berjaya menarik perhatian pelbagai golongan imigran yang berminat untuk datang dan menetap di pulau tersebut. Antara yang berjaya bertapak dan menyumbang kepada kemajuan Pulau Pinang ialah masyarakat Chulia.


Masyarakat Chulia ialah masyarakat Islam Tamil berasal dari selatan India yang datang ke Pulau Pinang dalam abad ke-19 Masihi. Mereka merupakan antara pedagang yang menguasai perdagangan kain pelikat dan rempah pada abad tersebut. Selain Pulau Pinang, mereka turut bertumpu di negeri-negeri Selat lain seperti Melaka dan Singapura.

Masyarakat Chulia telah berasimilasi dengan budaya dan cara hidup Islam tempatan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu melalui hubungan yang rapat seperti perkahwinan dan interaksi sosial. Mereka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Islam di Pulau Pinang dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, politik dan kebudayaan. Salah satu sumbangan mereka yang menjadi mercu tanda Islam di Pulau Pinang pada hari ini ialah Masjid Kapitan Keling yang dibina pada tahun 1801.

Rumah Allah ini dibina oleh seorang ketua masyarakat Chulia di Pulau Pinang yang diberi gelaran Kapitan sama seperti yang diberikan kepada ketua masyarakat Cina di Tanah Melayu. Kapitan Keling Cauder Mohudden yang mempunyai rangkaian perniagaan dan kapal yang bernama Marakkayar telah mengasaskan pembinaan masjid tersebut di sebuah tempat yang dikenali sebagai Lebuh Pitt. 


Masjid ini didirikan di atas sebidang tanah seluas 7.2 hektar yang diberikan oleh kerajaan British. Pelan asal bangunan masjid ini merupakan sebuah bangunan setingkat berbentuk segi empat dan mempunyai empat buah menara di setiap penjuru. Bangunan masjid asal menggunakan atap atau bumbung rabung pecah empat setingkat yang memayungi keseluruhan bangunan masjid. 


Menara empat tingkat berbentuk bulat diletakkan di setiap penjuru bangunan masjid Kapitan Keling. Di setiap sisi atap diletakkan hiasan seperti mahkota yang mempunyai hiasan jali iaitu satu elemen seni bina Islam di India. Ia juga mempunyai sebuah kolam air di bahagian luar bangunan masjid untuk para jemaah berwuduk.



Namun begitu, bangunan masjid ini telah mengalami beberapa peringkat perubahan yang melibatkan penambahan bangunan dan pengubahsuaian fizikal dari tahun 1893 hingga 1916. Penambahan dan pembesaran masjid telah menjadikan bangunan asal Masjid Kapitan Keling tidak dapat dilihat lagi pada hari ini. Penambahan dan pengubahsuaian masjid Kapitan Keling telah menzahirkan satu lagi bangunan masjid yang mempunyai seni bina yang agak berlainan di mana gaya bumbung rabung pecah empat telah ditukar dan ditinggikan bahagian bumbung utama iaitu di kawasan dewan sembahyang untuk diletakkan sebuah kubah.


Pintu masuk juga dibesarkan dan diubah kepada bentuk segi empat sama menegak yang mempunyai hiasan menara kecil di sisinya dan kubah-kubah kecil di atasnya. Masjid masyarakat Chulia juga turut boleh ditemukan di Singapura dan di Melaka. Sebuah pameran fotografi tentang masyarakat Chulia Pulau Pinang dibuka di Muzium Kesenian Islam Malaysia dari 28 Januari sehingga 28 Mac 2016. (sumber: utusan online)



Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Beberapa orang arkitek dari barat dilantik oleh Lembaga Wakaf masjid untuk menaik taraf infrastruktur dan binaan masjid bermula 1909. Awalnya Henry Alfred Neubronner membawa sedikit perubahan kepada pembinaan monumen pada bangunan masjid. Dia juga di antara individu yang berjaya membawa bentuk luaran masjid berbentuk geometri dan mempunyai kesenian ala Moghul. Kemudiannya pada 1920, firma Stark & McNeil dilantik untuk kerja naik taraf masjid termasuk pembaikpulihan bahagian bumbung. Seorang daripada arkiteknya, CG Boutcher di antara penyelia masjid tercantik di dunia iaitu Masjid Zahir di Alor Setar. Kubah masjid berusia lebih dari 200 tahun,  sudah dibaik  pulih beberapa kali termasuk pada 2000, 2005 dan 2010.


Bukan sekadar tersergam indah dan memberikan kemudahan kepada umat Islam, masjid ini turut berfungsi membantu meningkatkan nilai insaniah kepada komuniti di sekelilingnya. Sejak 1980, masjid bekerjasama menubuhkan Madrasah Anwarul Ulum iaitu sebuah sekolah agama yang menyediakan kelas fardu ain dan bacaan al-Quran kepada semua peringkat umur.



Namun kemudiannya pada 1986, Tadika Nurul Iman dibina bagi memberi pendidikan kepada kanak-kanak pra sekolah. Bukan sahaja kanak-kanak, kariah masjid tidak melupakan golongan remaja dan kemudiannya tertubuhlah Pusat Intelek Kapitan. Kemudiannya pada 2009, Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia (IMCOM) yang diterajui Mohamed Rizwan ditubuhkan semata-mata untuk memartabatkan warisan dan kebudayaan komuniti berkenaan.

Sekian.

No comments:

Post a comment