Thursday, 12 January 2017

Masjid Abidin Masjid Putih Yang Cantik Di Terengganu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai...hai..hai...ceria-ceriakan hari korang hari nii yea. Don't worry...just be happy. Jom ikut aku.... Dah banyak kali aku datang ke Negeri Terengganu ini....Masjid Abidin antara tempat yang akan aku singgah....kerana kat hadapan masjid ini ada satu kedai makan yang sangat popular dan menjadi destinasi wajib untuk aku kunjungi.

Masjid Abidin atau dahulunya dikenali sebagai Masjid Putih atau Masjid Besar merupakan masjid DiRaja negeri Terengganu lama yang dibina oleh Sultan Zainal Abidin II antara 1793 dan 1808. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Abidin atau Masjid Besar, terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Makam DiRaja lama terletak berhampiran masjid ini. Masjid ini bukan sahaja melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang di negeri Terengganu Darul Iman malah juga di negeri-negeri lain. Sama-samalah kita mengenali masjid ini secara lebih terperinci dan lebih dekat.


Pada asalnya masjid ini dibina daripada kayu dan didirikan pada zaman pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II (Marhum Masjid 1793-1808). Pada zaman pemerintahan Sultan Umar, masjid kayu ini diganti dengan masjid batu dan pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III beberapa tambahan telah dibuat untuk menampung para jemaah.



Dalam tahun 1972 semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Ismail sekali lagi bangunan ini diperbaharui dan ditambah dengan menara. Masjid yang terbesar di Negeri Terengganu dan dikenali sebagai Masjid Putih. Dinding bahagian dalam bangunan ini dihiasi tulisan khat yang dibuat oleh Tengku Abdul Kadir dan Haji Abdul Rahman Istanbul. Di dalam masjid ini terdapat sebuah mimbar yang diukir indah oleh Abdullah bin Datuk Bandar.

 
Semasa pemerintahan Sultan Umar, masjid ini diganti dengan bangunan batu-bata. Tengku Panglima Besar kemudian meluaskannya dengan tiga tiang bulat dan tiga kubah. Masjid ini diubah suai lagi bagi memuatkan 2,500 jemaah dalam satu sesi solat.


 
Masjid ini dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II (juga dikenali sebagai Marhum Masjid) di antara tahun 1793 - 1808. Asal usul pembinaan adalah daripada kayu namun pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar (dikenali Marhum Baginda), kira-kira pada tahun 1852, bangunan masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu. 

 
Sekali lagi masjid ini melalui pengubahsuaian pada tahun 1901 pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, masjid ini diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. Selain daripada pembaikan ini, tiang-tiang batu bulat turut dibina dan tiga buah menara dinaikkan.


 
Pembesaran masjid sekali lagi dilakukan pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1972, ianya diperbesarkan demi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah. Turut didirikan sebuah menara yang tinggi dan beberapa buah  kubah di atas sutoh bangunan Masjid Abidin.


Keistimewaan masjid ini ialah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid. Pada pintu masuk dan gril terdapat beberapa ukiran kaligraf ayat suci Al-Quran, doa dan arabesques. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah mimbar berukiran yang unik di dalam masjid ini.



Pada awal pembinaan masjid ini, tiang seri atau tiang di tengah-tengah masjid masih belum dibina. Juga terdapat hanya sebuah kubah yang dibuat berasingan daipada kayu dan beratap kayu berlian, serta mempunyai 6 buah kolah sahaja.

Di dalam pemerintahan Al Marhum Sultan Zainal Abidin III, barulah binaan masjid yang lama itu dibesarkan seperti keadaan sekarang. Sebelum tiang dibahagian tengah masjid ditambah, hanya terdapat dinding tembok diperbuat daripada simen, didirikan sutoh dan tiga menara sahaja.


Pada tahun 1881, Sultan Ahmad II ibni Yang Dipertua Muda Tengku Mahmud telah membangunkan kubah masjid ini bagi menggantikan kubah lama yang telah dibina pada masa pemrintahan Sultan Umar. Satu istiadat telah diadakan sempena upacara tersebut pada jam 7.00 pagi, Sabtu 1hb Jamadil Akhir 1298H (1881M). 16 das tembakan meriam menandakan rasminya penggunaan kubah baru di masjid ini.

Sekian.

2 comments:

  1. Nak kepentingan or fungsi masjid ni

    ReplyDelete
  2. Maaf... Sy xde maklumat akan kepentingan dan fungsi masjid ini. Fungsi masjid adalah sebagai tempat beribadah. Di masjid ini juga terdapat bgn pentadbiran/Pejabat.

    ReplyDelete