Friday, 20 January 2017

Khasiat 8 Rempah...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Semoga sihat sejahtera hari nii yea. Jom aku nak ajak korang untuk mengenali khasiat 8 jenis rempah. Penggunaan rempah ratus memang boleh menambahkan rasa dan aroma sesuatu masakan. Namun kebaikannya jarang kita ambil kira kerana ia digunakan dalam kuantiti yang sedikit. 

1. Buah Pelaga
Ia dikenali sebagai “Permaisuri Rempah Ratus” kerana ia antara rempah ratus yang paling eksotik di dunia dan mahal harganya. Selain digunakan dalam masakan, buah pelaga turut digunakan perubatan, wangian dan kosmetik. Buah pelaga mengandungi terpineol, kalsium, oksalat, sillissium, sormeol, sabinen dan zat putih telur. Selain itu, ia mengandungi minyak pati yang membantu memudahkan pembuangan angin dalam perut, menghangatkan dan membersihkan darah.


2. Kayu manis
Kayu manis bukan sahaja digunakan dalam masakan malah ia juga berupaya melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit. Kajian mendapati rempah kayu manis boleh menurunkan kadar kolestrol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu setiap hari. Kayu manis juga merupakan bahan kecantikan semulajadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.

3. Ketumbar
Selain menjadi pelengkap masakan, ketumbar juga bermanafaat dalam kesihatan. Senyawa dalam ketumbar memiliki peranan penting dalam menurunkan kadar kolesterol darah. Ketumbar juga mampu mengubati masalah kulit kering. Walau pun rempah ratus ini menjadi satu pelengkap dalam masakan korang, namun harus dingat bahawa pengambilan yang banyak dalam satu jangka masa, boleh memberi kesan buruk. Jaga kesihatan anda dengan mudah dan manafaat segala kebaikan yang terdapat pada kesemua rempah ratus.



4. Bunga Lawang
Llicium verum merupakan nama saintifik bagi bunga lawang. Ia mempunyai tindakan antibakteria dan antikulat. Kandungan linalool dalam bunga lawang turut menjadi antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh. Aroma dari bunga lawang yang bersifat sebagai penenang juga boleh membuat tidur korang lebih nyenyak. Dalam rawatan di China, bunga lawang biasanya dimasukan ke dalam masakan sebagai ubat untuk mengatasi masalah pencernaan, membantu ibu meningkatkan bekalan susu dalam badan, merawat asma, bronchitis dan batuk kering.



5. Bunga Cengkih
Cengkih atau nama saintifiknya eugenia aromaticum mengandungi bahan-bahan seperti manganese, vitamin C, asid lemak omega 3, magnesium, kalsium dan serat yang tinggi. Bunga cengkih juga mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktifnya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptik dan anaesthetic. Eugenol turut mempunyai sifat antikulat yang berkesan mengatasi penyakit kulit yang berpunca daripada cacing cincin. Ia juga boleh mengubati sakit gigi dan bengkak gusi.



6. Halba
Dikenali juga dengan nama Trigonella foenum-graecum, halba sangat aromatik, kuat dan pahit manis seperti gula yang dibakar dengan sedikit saderi. Kegunaan utama halba adalah didalam serbuk kari. Halba juga dijadikan the untuk melancarkan haid dan melegakan senggugut. Ini kerana bahan aktif dalam halba merehatkan otot-otot dan melegakannya daripada kekejangan.



7. Lada Hitam
Lada hitam atau piper nigrum juga merupakan salah satu daripada bahan masakan yang memberi manafaat kepada kita.

Sebuah kajian yang dijalankan di Michigan Cancer Centre mendapati lada hitam bermanafaat dalam membantu mencegah perkembangan kanser payudara. Kandungan vitamin C, A, flavoinod, karoten dan zat antioksidan lainnya dapat mencegah radikal bebas. Masalah pencernaan seperti kembung dan sembelit juga boleh dikurangkan.



8. Jintan Putih dan Jintan manis
Mempunyai ciri anti kanser yang kuat. Pesakit anemia sering disyorkan untuk memasukan jintan putih atau jintan manis dalam diet harian untuk pemulihan yang lebih cepat. Ia juga boleh menyingkirkan kahak dan meringankan penyakit tertentu seperti asma dan bronkitis. Ia juga berkesan merangsang kitaran haid. Selain itu, ia turut juga digunakan untuk rawatan buasir, melawan selsema dengan meningkatkan sistem imun, menyahkan toksin dan memperbaiki sistem penghadaman.
(sumber: majalah Rapi)

Sekian.

No comments:

Post a comment