Thursday, 5 January 2017

Book Review: Pendamping...Jangan Diseru Kerana Mungkin Ia Enggan Pulang

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang... Apa khabar semuanya hari nii? Aku sekarang tengah giler baca novel. Aku mula meminati novel seram dan mula membeli untuk dijadikan koleksi..... Novel pendamping karya Zyra Safiya yang setebal 402 muka surat nii aku baca dalam 2 hari jer...selalunya sabtu dan ahad laa. Ceritanya simple tetapi ada kelainan sedikit. Novel yang sangat misteri dan mistik....berkaitan kembar air. Sukar nak dianalisiskan watak Helena... antara kasihan...sedih...mangsa keadaan atau takdir. Korang sendiri laa tafsirkan mengikut pandangan korang sendiri....jom kita baca...

Helena sukar dimengertikan tingkah laku dan pemikirannya. Hijab Amy yang terbuka pula mampu melihat lebih daripada apa yang diinginkannya. Hadir diantara mereka adalah Zarif. Saat Helena menagih cinta daripada Zarif yang tidak mampu memenuhi jalan yang sukar dipermudahkan dengan hawa nafsu yang bertuankan syaitan durjana. Khidmat Cempaka nun jauh di pondok usang yang digeruni dicari. Lalu hati Zarif yang liar memberontak ditundukan.



Ceritannya bermula...... apabila En Zamri membuat keputusan untuk mengambil Helena sebagai anak angkat disebabkan rasa kasihannya dimana ibu helena telah dimasukan ke dalam penjara disebabkan kesalahan jenayah yang dilakukannya  dan ayahnya seorang yang miskin. Meskipun tidak disetujui isteri En Zamri namun terpaksa juga menerima Helena sebagai anak angkatnya yang telah mengorbakan salah seorang anak kandungnya sendiri. 


Amy seorang gadis yang dimana ijabnya dibuka daripada kecil lagi mampu melihat 'benda' lain daripada pandangan mata orang lain. Semakin membesar semakin banyak 'benda' pelik yang bisa di nampaknya. Zarif, jejaka kacak dan bergaya menjadi rebutan para gadis di kolejnya termasuklah Helena. Apabila mengunakan cara lembut tidak berjaya, dia mengunakan cara halus untuk mendapatkan zarif.
  


Cempaka, apabila namanya diseru dia akan tiba bagaikan angin dan pergi secepat angin. Hanya mampu nampak bayang-bayangnya sahaja tanpa dapat menatap raut wajahnya. Meski pun menakutkan namun ia bagaikan satu hiburan buat helena dan helena mempunyai kawan di alam ghaib. 


“Zarif perlu diajar. Zarif perlu ditakluk. Jika bukan cara lembut dan manis, biarlah hasad dan jahat. Biar menang, bukan malu.” – HELENA
“Apa benda hitam bergayut di belakangnya tadi?” – AMY
“Kalau terpisah antara kamu, maut yang menunggu.” - CEMPAKA


Namun bagi Amy bayang-bayang hitam itu amat menakutkan baginya kerana bayang-bayang hitam tersebut boleh menjelma pelbagai bentuk. Walaupun sudah dihalau mengunakan mengunakan ayat-ayat suci tapi lembaga itu tetap sentiasa datang kepada Amy, sama ada didalam tidur atau pun jaga. Zarif pula tidak tahu apa yang terjadi ke atas dirinya seakan menjadi orang bodoh mengikut rentak Helena. Apa yang helena rasa akan dirasai oleh Zarif begitu juga sebaliknya.


Amy terlihat bayang-bayang bayi di atas bahu Helena dan Zarif serta mendengar suara tangisan tiada henti. Apakah yang dilakukan oleh Helena kepada Zarif.



Amy mengocak kasih, pencetus cinta. Dia nampak kehodohan sifat manusia yang rakus mahu menguasai biarpun perlu menganiayai. Adakah Zarif akan selamat daripada Helena? Siapakah cempaka sebenarnya? Adakah Amy berjaya menutup hijabnya yang terbuka itu?  Berjayakah Zarif melepaskan diri daripada Helena? Mampukah Amy membutakan setiap penglihatannya? Semuanya ada dalam novel....

Sekian.

No comments:

Post a comment