Sunday, 15 January 2017

Book Review: Langit Petang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua.... Apa khabar hari ini...? Minggu nii aku banyak habiskan masa aku dengan membaca novel. Dah lama aku ingin baca novel penulis yang hebat nii. Niii adalah novel pertama karya A. samad Said yang aku baca.... Dah lama aku nak baca karya penulis tersohor ini untuk aku mengetahui gaya penulisannya dan kenapa beliau sangat POPULAR. Helaian demi helaian aku baca....aku rasa sangat laa berat untuk menerima.. ceritanya banyak sangat persoalan di dalam kepala otak aku..dan gaya penulisannya agak kasar. Mood nak baca jadi kurang tapi perasaan ingin tahu tuu still memberontak. Lalu aku teruskan juga membaca dalam keadaan terpaksa.... 


Setelah masuk helaian ke 30....baru aku rasa bersemangat untuk meneruskan pembacaan....

Novel A. Samad said ini diterbitkan pada tahun 1980 dan mempunyai latar masa sekitar zaman pascamerdeka. Novel Langit Petang berkisarkan tentang tiga tokoh yang berbeza latar belakang, sikap dan harapan akan tetapi mempunyai satu persoalan hidup yang sama: apakah yang dicari dalam hidup ini?


Terdapat tiga kisah iaitu kisah seorang pejuang kemerdekaan iaitu Pak Ariff yang telah memberikan seluruh jiwa dan raganya tetapi tidak menerima apa-apa penghargaan walau bagaimana pun beliau tetap bersyukur. Beliau tidak menyesal malah berasa puas apabila melihat tanah air yang diperjuangkan telah mencapai kemerdekaan. Sebaliknya mereka yang tidak berjuang (menentang) kemerdekaan dahulunya kini telah pun mengecapi kebebasan dan untung hasil daripada perjuangan orang lain.
Seterusnya kisah seorang wartawan bernama Hafiz yang menghidapi penyakit “leukemia” (merahsiakan daripada kawan-kawan beliau) tetapi masih setia melaporkan berita tentang orang dan peristiwa. Dia mengembara ke Pantai Timur untuk menikmati keindahan alam dan mencari ilham untuk karyanya. Sikapnya yang suka menyendiri dan mengadap pantai/laut membuatkan teman-temannya merasa pelik kerana beliau sanggup berhenti kerja di usia yang masih muda dan bagaimana beliau ia menyara hidup beliau sendiri.
Kisah ketiga pula tentang seorang wanita iaitu Zakiah yang menjadi pendendam kepada golongan lelaki setelah beberapa kali ditipu dan dinodai oleh janji lelaki.

A.Samad Said telah mewujudkan perkaitan antara ketiga-tiga latar belakang ini dengan menyelinapkan kisah-kisah antara satu sama lain. Pejuang kemerdekaan (Pak Ariff) tiba-tiba bertemu wartawan (Hafiz) dan wartawan tiba-tiba berbaik dengan wanita pendendam (Zakiah). Dan mereka bertiga hidup berjiran. Mereka bertukar pandangan dan falsafah mengenai apa yang dicari manusia dalam hidup mereka. Setelah kematian wartawan tersebut, pejuang tua itu pula akhirnya bersedia untuk mengembara bagi menyaksikan sendiri tanah air yang pernah diperjuangkannya.

Namun, hanya wanita pendendam sahaja A.Samad Said membiarkan penyelesaiannya tergantung. Dapatkah wanita pendendam mencari kebahagiaan hidup sekiranya dia secara terus-terusan membalas dendam terhadap lelaki.? Secara keseluruhan tiga kisah ini akhirnya menemukan satu titik pertemuan yang menimbulkan persoalan falsafah terhadap diri pembaca.


Novel Langit Petang karya Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said yang diterbitkan kembali oleh Lejen Press habis ditempah biarpun masih belum memasuki pasaran. Menurut Pengarah Urusan Lejen Press, Aisamuddin Asri, novel itu mula ditempah sejak pihaknya memaklumkan tentang penerbitan Langit Petang menerusi media sosial pada hujung Januari lalu.

"Alhamdulillah, sejak kami maklumkan di media sosial pada hujung Januari lalu, Langit Petang sudah mula mendapat tempahan dari kedai buku, ejen dan pelanggan tetap kami. "Kiranya cetakan pertama berjumlah 3,000 naskah sudah sold out," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, baru-baru ini. Aisamuddin menjelaskan, Lejen Press memilih untuk menerbitkan kembali karya Samad kerana merasakan ada keperluan untuk sebuah karya besar dicetak semula untuk dibaca golongan muda.

Ini kerana, karya-karya Samad sudah sukar ditemui sedangkan generasi muda memerlukan karya seperti itu untuk dijadikan bahan bacaan mereka. "Market besar Lejen menerusi novel atau buku yang kami terbit dan jual di kedai I Am Lejen Shop adalah golongan pelajar dan belia atau boleh kita sebut Generasi Y. "Kelompok ini ramai yang tak sempat merasa karya Pak Samad (A.Samad Said), jadi saya merasakan ada keperluan untuk saya terbitkan kembali karya-karya beliau. "Kebetulan kami (I Am Lejen Shop) sebelum ini ada menjual beberapa karya Pak Samad dan dari situ kami nyatakan minat untuk menerbitkan karya beliau." ujar beliau.

Langit Petang diterbitkan kali pertama pada 1980 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Novel Langit Petang yang diterbitkan kembali oleh Lejen Press akan dijual pada harga RM20 senaskah. Selepas Langit Petang, Lejen Press bakal menerbitkan kembali novel pertama karya Samad berjudul Salina yang dikeluarkan pada 1961 oleh DBP. "Mac nanti kami (Lejen Press) akan menerbitkan Salina," jelas Aisamuddin.
Setelah selesai membaca novel ini...baru aku faham dan menyukainya...ia memberikan impak yang positif dalam hidup. Apa yang kita mahu dan cara kita jalani kehidupan ini dengan penuh erti. Buku nii aku beri 4 bintang.

Sekian.

No comments:

Post a comment