Monday, 9 January 2017

Book Review: Di Dalam Lembah Kehidupan

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai korang semua... Hari nii aku nak buat book review. Aku baru jer selesai membacanya. Karya HAMKA memang tak perlu disangkalkan lagi...memang karya yang hebat. Setiap karyanya memberi moral positif dan tauladan yang perlu dicontohi. Gaya bahasa dan penulisannya juga sangat lembut dan bersopan santun membuatkan diri rasa khayal untuk terus membaca....bahasa orang dulu-dulu yang penuh adab sopannya.



Di Dalam Lembah Kehidupan merupakan 10 himpunan cerita pendek (cerpen) karya Haji Abdul Malik Karim Amarullah (HAMKA). Kumpulan cerita pendek itu pertama kali diterbitkan oleh Pedoman Masyarakat pada tahun 1939 dan diterbitkan Balai Pustaka pada tahun 1940. Cetakan kelima yang terbit pada tahun 1958 memuat 12 cerpen yang berjumlah 185 halaman, sedangkan cetakan ketujuh berjumlah 213 halaman. Cetakan kedelapan pada tahun 1967 dilakukan oleh penerbit yang sama dan memuat satu cerpen tambahan sehingga tebalnya menjadi 272 halaman.
Pada tahun 1983, kumpulan cerpen ini diterbitkan kembali oleh Penerbit Bulan Bintang, setebal 204 halaman. Di Dalam Lembah Kehidupan memuat cerpen berikut ini:
  1. Pasar Malam
  2. Encik Uteh
  3. Penjual Ais Lilin
  4. Anak Tinggal
  5. Bonda Kandung
  6. Gadis Basanai
  7. Isteri Yang Tua
  8. Anak Yang Hilang
  9. Malam Sekaten (Bulan Sabit dan Kayu Palang)
  10. Anak Dapat
  11. Cinta dan Darah
  12. Disuruh Meminta Ampun 
Di dalam kata pengantar, HAMKA menamakan himpunan cerpennya sebagai kumpulan air mata, kesedihan, dan rintihan yang diderita oleh segolongan manusia di atas dunia ini. Ia mengatakan, bahawa sebahagian daripada kita kurang memerhatikan kemelaratan orang lain, apalagi kalau kita hidup dalam kemewahan.
Cerita di dalam buku ini memberi satu keinsafan dalam diri dan membuka sudut pandangan dari perspektif yang berbeza.

Sekian.

No comments:

Post a comment