Tuesday, 31 January 2017

Bangunan Lembaga Kebersihan Taiping Telah Ditukar Fungsi Daripada Sebuah Pejabat Ke Galeri

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar korang semua hari nii? Moh ikut aku gi ke negeri Perak untuk melihat bangunan bersejarah nii. Aku suka kalau ke Bangunan Lembaga Kebersihan ini...terutama sekali di beranda aras atasnya yang luas dan rasa mendamaikan mata yang memandang. Selain itu ia memberikan satu perasaan nostalgia masa kecil-kecil dahulu yang sukar dapat aku nyatakan.


Bangunan Lembaga Kebersihan atau pun lebih dikenali dengan Sanitary Board Building terletak di pusat Bandar Taiping dan dibina pada tahun 1892. Bangunan dua tingkat separuh kayu dan separuh konkrit ini pernah digunakan sebagai bangunan pejabat Majlis Perbandaran Taiping dan kemudiannya di sewa oleh sebuah syarikat perabot swasta.


Bangunan ini bercirikan Senibina Anglo-Indian (abad ke 19). Lembaga Kebersihan merupakan badan kerajaan yang diwujudkan ketika pemerintahan British. Oleh itu, bangunan ini lebih menonjolkan ciri-ciri kolonial Inggeris disamping gabungan dengan senibina tempatan. Terdapat sebuah bilik yang dikenalpasti sebagai bilik kebal yang terletak diruang tengah tingkat bawah yang berkemungkinan berfungsi untuk menyimpan fail-fail sulit dan juga wang.


Pada tahun 2008, Jabatan Warisan Negara telah melakukan kerja-kerja pemuliharaan keseluruhan bangunan ini di atas permohonan daripada pihak Majlis Perbandaran Taiping sendiri. Banyak struktur tambahan telah dirobohkan bagi mengekalkan rekabentuk asal bangunan ini.


Penambahan tandas baru dibahagian belakang bangunan ini juga dilakukan bagi kemudahan pengunjung yang datang. Kini bangunan ini dijadikan sebagai Galeri Pertama Taiping yang mempamerkan koleksi atau bahan-bahan yang pertama di sekitar Taiping.

Sekian.

No comments:

Post a comment