Wednesday, 25 January 2017

Bahaya Dehidrasi Kepada Tubuh Kita...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Cuaca yang tak menentu dan panas ini...kita mudah diserang dehidrasi...Dehidrasi adalah merupakan keadaan di mana tubuh berhadapan masalah kekurangan cecair. Kandungan air yang paling ideal untuk tubuh manusia adalah 70 peratus. Jika tidak, korang sedang mengundang masalah besar terhadap kesihatan hinggakan tubuh tidak mampu berfungsi dengan baik.


Apabila tubuh kekurangan air, secara automatiknya usus berhadapan masalah kekurangan cecair. Ini menyebabkan sembelit iaitu kesukaran membuang air besar. Perlu diingatkan, jika dibiarkan berlarutan ia boleh menyebabkan pendarahan sekali gus mengakibatkan buasir. Kekurangan air dalam tubuh juga punca sakit kepala daripada tahap ringan kepada berat.



Tubuh memerlukan cecair untuk melancarkan fungsi otot. Apabila jumlah cecair di dalam tubuh mencukupi maka ia menjana pelincir sekali gus mengurangkan kesakitan. Jika terjadinya kekejangan otot, menunjukkan pelincir korang berkurangan akibat jumlah ait yang tidak mencukupi.

Ramai yang sedia maklum bahawa ginjal merupakan organ tubuh yang sangat penting kerana fungsinya untuk menapis sekali gus membuang racun di dalam tubuh. Ketika dehidrasi, ginjal tidak mampu menjalankan fungsinya dengan baik untuk membuang racun yang akhirnya mengakibatkan komplikasi pada tubuh.



Antara faktor yang mendorong terjadinya dehidrasi  ialah:

  • muntah-muntah menyebabkan banyak cecair keluar sekali gus mengakibatkan kekurangan cecair dalam badan.
  • olahraga yang berlebihandan tidak disokong dengan air yang banyak menyebabkan dehidrasi
  • terdedah kepada sinaran matahari yang terlalu terik
  • mengamalkan diet yang ekstrem
  • mengambil ubat-ubatan dalam satu tempoh masa yang lama
Sayangilah diri korang sendiri...jaga kesihatan supaya sentiasa sihat.
(sumber: Mingguan Wanita)

Sekian.

No comments:

Post a comment