Tuesday, 31 January 2017

Bangunan Lembaga Kebersihan Taiping Telah Ditukar Fungsi Daripada Sebuah Pejabat Ke Galeri

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar korang semua hari nii? Moh ikut aku gi ke negeri Perak untuk melihat bangunan bersejarah nii. Aku suka kalau ke Bangunan Lembaga Kebersihan ini...terutama sekali di beranda aras atasnya yang luas dan rasa mendamaikan mata yang memandang. Selain itu ia memberikan satu perasaan nostalgia masa kecil-kecil dahulu yang sukar dapat aku nyatakan.


Bangunan Lembaga Kebersihan atau pun lebih dikenali dengan Sanitary Board Building terletak di pusat Bandar Taiping dan dibina pada tahun 1892. Bangunan dua tingkat separuh kayu dan separuh konkrit ini pernah digunakan sebagai bangunan pejabat Majlis Perbandaran Taiping dan kemudiannya di sewa oleh sebuah syarikat perabot swasta.


Bangunan ini bercirikan Senibina Anglo-Indian (abad ke 19). Lembaga Kebersihan merupakan badan kerajaan yang diwujudkan ketika pemerintahan British. Oleh itu, bangunan ini lebih menonjolkan ciri-ciri kolonial Inggeris disamping gabungan dengan senibina tempatan. Terdapat sebuah bilik yang dikenalpasti sebagai bilik kebal yang terletak diruang tengah tingkat bawah yang berkemungkinan berfungsi untuk menyimpan fail-fail sulit dan juga wang.


Pada tahun 2008, Jabatan Warisan Negara telah melakukan kerja-kerja pemuliharaan keseluruhan bangunan ini di atas permohonan daripada pihak Majlis Perbandaran Taiping sendiri. Banyak struktur tambahan telah dirobohkan bagi mengekalkan rekabentuk asal bangunan ini.


Penambahan tandas baru dibahagian belakang bangunan ini juga dilakukan bagi kemudahan pengunjung yang datang. Kini bangunan ini dijadikan sebagai Galeri Pertama Taiping yang mempamerkan koleksi atau bahan-bahan yang pertama di sekitar Taiping.

Sekian.

Sunday, 29 January 2017

Pilih Untuk Hidup Single Atau Berkahwin...??

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua... Apa khabar hari nii? Entri aku kali nii agak lain dari yang lain. Aku terfikir nak tulis pasal tajuk nii kerana ramai kengkawan aku yang belum berkahwin dan risau sekiranya lambat bertemu jodoh. Ada juga yang dah dua kali putus tunang tetapi tak kahwin-kahwin gak lagi. So mana satu pilihan yang korang nak... single atau berkahwin?? Bagi yang single memang korang akan pilih untuk berkahwin tetapi bagi yang dah berkahwin...ada yang rasa macam nak hidup single semula... Tak perlu susah-susah dan peningkan kepala korang sendiri....sebab semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. DIA lebih tahu. Sebagai umatnya kita perlu berdoa agar diberikan yang terbaik untuk diri kita. Teruskan hidup korang dengan ceria.


Untuk yang single....korang diberi peluang untuk berbakti kepada ibubapa korang dan juga korang boleh enjoy diri korang dengan kengkawan yang bujang....pergi melancong, mendaki gunung, belajar hingga PHD, mengambil kelas menjahit baju, mengambil kelas kecantikkan atau makeup dan sebagainya. Bila korang dah kahwin aktiviti sebegini agak terhad dapat korang lakukan. Dapat pulak hubby dan isteri yang jenis mengongkong serta kuat cemburu...parah laa jawabnya.

Selalunya bagi yang belum pernah berkahwin akan beranggapan bahawa perkahwinan itu sangat indah macam dalam novel cinta dan drama korea.....Alhamdulillah bagi yang dapat pasangan yang sangat baik dan bertolak ansur...itu dikira satu bonus!!


Perkahwinan itu bukan hanya berdasarkan pada rasa cinta sahaja tetapi merupakan sebuah tanggungjawab dan amanah daripada Allah. Berdosa jika kita tidak melakukannya dengan sebaik-baiknya. Komitmen daripada setiap pasangan perlu...serta saling bertolak ansur. Selain itu, komunikasi juga penting....ada rumahtangga yang berusia dah 20 tahun tapi tiada komunikasi yang baik dan ada pasangan yang tiada berkomunikasi langsung.


Bagi aku...bertikam lidah dalam rumahtangga itu biasa untuk mendapatkan keserasian dan jawapan yang dapat memberikan kepuasan kepada kedua belah pihak. Cara menanganinya sangat penting......seorang bercakap dan seorang lagi perlu mendengar. Selesaikan dengan cara yang baik.

Setiap pasangan perlu juga menyatakan apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka supaya masing-masing lebih memahami. Jika tidak menyatakannya...bagaimana pasangan kita nak tahu. Apabila terjadi sesuatu pertengkaran....luahkan segala perasaan supaya dapat diselesaikan dengan segera. Jangan berdiam dan merajuk.....perkara akan terus-terusan berulang dikemudian hari.

Paling menakutkan kalau dapat pasangan yang penangih....minum arak...kaki perempuan/lelaki....kaki judi....kaki pukul dan sebagainya. Ada juga pasangan yang tidak bertanggungjawab...malas....dan boros.... So yang masih single tuu...hargailah masa korang...zaman korang single nii.... Laluinya dengan rasa gembira...

Apa pun semua tuu perancangan Allah... kita sebagai umatnya hanya mampu berdoa agar sentiasa diberi rahmat dan kebaikkan. Walaupun pelbagai dugaan yang kita terima...tempuhilah dengan penuh kesabaran kerana DIA tahu umatnya tu mampu hadapi setiap dugaan yang diberikan. Bersyukur dengan apa yang ada.... Don't worry...just be happy.....macam aku....haahaa

Sekian.

Friday, 27 January 2017

Jom Mengenali Jata Negara Kita...

 Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Apa tuuu Jata Negara...?? Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Lambang kedaulatan Negara. Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri di dalam Persekutuan Malaysia serta Wilayah Persekutuan. 


Jata Negara pada tahun 1895
Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).


Jata Negara pada tahun 1948
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.


Jata Negara pada tahun 1963

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Bulan : Melambangkan islam sebagai agama rasmi persekutuan
Bintang 14 penjuru : Melambangkan 14 negeri bersekutu Malaysia
Dua Ekor harimau : Melambangkan kekuatan dan keberanian dan juga melambangkan budaya melayu


Jata Negara pada tahun 1965

Versi asal jata negara kebangsaan negara kita pernah digunakan sejak dari zaman kerajaan persekutuan tanah melayu lagi di mana pada asalnya melibatkan 4 negeri iaitu Pahang, Perak, Selangor and Negeri Sembilan. Ianya diperkenalkan pada tahun 1895. Motto ditulis dalam bahasa Jawi, Dipelihara Allah. (Under Allah’s Protection)
Selepas Kerajaan persekutuan melayu dibentuk pada tahun 1948, lambang kebangsaan diubah selepas penambahan beberapa negeri dalam kerajaan persekutuan. Simbol Mahkota diubah kepada simbol bulan dan bintang. Perisainya pula mengandungi 5 keris dan lambang pulau pinang(Princess of Wales feathers) dan melaka (A Famosa). Motto diubah kepada Bersekutu Bertambah Mutu, kedua-duanya ditulis dalam bahasa melayu (Jawi) dan bahasa inggeris. 


Jata Negera yang terkini
Lambang jata negara diubah buat kali keduanya selepas penggabungan Kerajaan persekutuan Malaysia, Singapura, negeri Sabah dan Sarawak diletakkan di sebelah bawah perisai tersebut. Lambang negeri Melaka dan Pulau Pinang pula diubah kepada pokok pinang dan pokok melaka. Ianya hanya diperkenalkan pada tahun 1963 dan bertahan selama dua tahun kemudian.
Selepas Singapura meninggalkan persekutuan, lambang tersebut diubah lagi dengan pengguguran lambang singapura. Lambang bunga raya pula digantikan.
Jata negara diubah lagi dengan rekaan dua ekor harimau yang lebih realistik. Sedikit perubahan pada simbol negeri Sarawak, Pulau Pinang and Sabah. Simbol Jata negara terkini digunakan sehingga sekarang. Jata negara Malaysia telah melalui beberapa siri perubahan yang digunakan oleh kerajaan persekutuan. Persamaan jata negara kita menyamai karakteristik Heraldic Eropah .

Sekian.

Wednesday, 25 January 2017

Bahaya Dehidrasi Kepada Tubuh Kita...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Cuaca yang tak menentu dan panas ini...kita mudah diserang dehidrasi...Dehidrasi adalah merupakan keadaan di mana tubuh berhadapan masalah kekurangan cecair. Kandungan air yang paling ideal untuk tubuh manusia adalah 70 peratus. Jika tidak, korang sedang mengundang masalah besar terhadap kesihatan hinggakan tubuh tidak mampu berfungsi dengan baik.


Apabila tubuh kekurangan air, secara automatiknya usus berhadapan masalah kekurangan cecair. Ini menyebabkan sembelit iaitu kesukaran membuang air besar. Perlu diingatkan, jika dibiarkan berlarutan ia boleh menyebabkan pendarahan sekali gus mengakibatkan buasir. Kekurangan air dalam tubuh juga punca sakit kepala daripada tahap ringan kepada berat.



Tubuh memerlukan cecair untuk melancarkan fungsi otot. Apabila jumlah cecair di dalam tubuh mencukupi maka ia menjana pelincir sekali gus mengurangkan kesakitan. Jika terjadinya kekejangan otot, menunjukkan pelincir korang berkurangan akibat jumlah ait yang tidak mencukupi.

Ramai yang sedia maklum bahawa ginjal merupakan organ tubuh yang sangat penting kerana fungsinya untuk menapis sekali gus membuang racun di dalam tubuh. Ketika dehidrasi, ginjal tidak mampu menjalankan fungsinya dengan baik untuk membuang racun yang akhirnya mengakibatkan komplikasi pada tubuh.



Antara faktor yang mendorong terjadinya dehidrasi  ialah:

  • muntah-muntah menyebabkan banyak cecair keluar sekali gus mengakibatkan kekurangan cecair dalam badan.
  • olahraga yang berlebihandan tidak disokong dengan air yang banyak menyebabkan dehidrasi
  • terdedah kepada sinaran matahari yang terlalu terik
  • mengamalkan diet yang ekstrem
  • mengambil ubat-ubatan dalam satu tempoh masa yang lama
Sayangilah diri korang sendiri...jaga kesihatan supaya sentiasa sihat.
(sumber: Mingguan Wanita)

Sekian.

Tuesday, 24 January 2017

Maktab Diraja Kuala Kangsar....Bangunan "Big School"

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Semoga sihat dan ceria ajer hendaknya yea. Moh ler aku bawa korang pergi melawat ke bangunan warisan di negeri Perak. Bukan calang-calang orang yea boleh masuk belajar kat sekolah nii. Kolej Melayu Kuala Kangsar atau nama ringkasnya Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan sebuah Kolej yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak. Pada 2009, Kolej Melayu Kuala Kangsar memiliki 543 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 543 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.


Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay College, MCKK, MC atau Kolej, dan kadangkala Eton of the East) atau (Inggeris: Malay College Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.



Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916). Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja.


Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.


Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.

Bangunan overfloor (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada 1912) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.



Pada tahun 1955, bangunan West Wing dan East Wing ditambah kepada Overfloor untuk menempatkan lebih ramai pelajar. Tiga bangunan ini kini dikenali sebagai Asrama Besar (Big School). Pada tahun yang sama, Blok Pentadbiran dan Menara Jam juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa.


Seterusnya pada tahun 1963 asrama tambahan , Pavilion dan pada tahun 1972, Asrama Baru (New Hostel) dibina.Pavilion dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 3 manakala Asrama Baru dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 2.


Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hutan hijau yang terletak di sebelah timur Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan Overfloor sendiri.


Pada tahun 2011, pihak Jabatan Kerja Raya memohon khidmat nasihat daripada Jabatan Warisan Negara bagi membantu kerja-kerja pemantauan bangunan ini kerana bangunan ini telah diwartakan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (akta 645) sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009. Kerja-kerja pemuliharaan dilakukan pada keseluruhan bangunan “Big School” ini.

Sekian.

Monday, 23 January 2017

Hobi Mewarna....Adult Colouring Book Dan Melukis

 Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semu. Apa khabar hari nii? Aku sangat suka kepada seni lukis...tapi malangnya aku tak laa pandai sangat melukis dan tak juga mempunyai bakat terpendam. Cuma kesukaan aku tuu memang sangat mendalam dan membuat aku rasa hepi.


Bertambah hepi aku bila adanya buku adult coloring di pasaran sekarang... lagi mudah buat aku tanpa perlu melukis. Melukis dan mewarna ini aku lakukan waktu lapang..time aku bosan atau stress.... bila mood datang memuncak memang best untuk melukis.



Melukis ialah suatu seni tampak yang menggunakan alat lukis untuk membuat garisan/gambar pada medium dua dimensi. Alat biasa termasuklah grafit, pensel, pen dan dakwat, berus dakwat, pensel warna lilin, krayon, arang, kapur tulis, pastel, penanda, stilus, atau pelbagai logam seperti silverpoint.


Selalunya aku menggunakan pensel 2B atau pensel warna. Aku pernah juga menggunakan water color...warna acrylic...marker...gel pen...cryon dan sebagainya. Just untuk mencuba skill. Apa pun aku lebih suka pensel warna sebab boleh bermain dengan tona dan lebih mudah melakar.


Buat masa ini aku mempunyai 4 buah buku adult coloring... 1 buku sketchers yang aku dapat free semasa kursus di Melaka. Sebenarnya dah lama juga aku tinggalkan hobi aku nii...tetapi bila adanya buku adult coloring dan dapat free buku sketches....mood untuk melukis tuu timbul semula.

Aku harap dapat meneruskan minat aku nii dan memantapkan skill untuk melukis dan juga mewarna.

Sekian.

Friday, 20 January 2017

Khasiat 8 Rempah...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Semoga sihat sejahtera hari nii yea. Jom aku nak ajak korang untuk mengenali khasiat 8 jenis rempah. Penggunaan rempah ratus memang boleh menambahkan rasa dan aroma sesuatu masakan. Namun kebaikannya jarang kita ambil kira kerana ia digunakan dalam kuantiti yang sedikit. 

1. Buah Pelaga
Ia dikenali sebagai “Permaisuri Rempah Ratus” kerana ia antara rempah ratus yang paling eksotik di dunia dan mahal harganya. Selain digunakan dalam masakan, buah pelaga turut digunakan perubatan, wangian dan kosmetik. Buah pelaga mengandungi terpineol, kalsium, oksalat, sillissium, sormeol, sabinen dan zat putih telur. Selain itu, ia mengandungi minyak pati yang membantu memudahkan pembuangan angin dalam perut, menghangatkan dan membersihkan darah.


2. Kayu manis
Kayu manis bukan sahaja digunakan dalam masakan malah ia juga berupaya melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit. Kajian mendapati rempah kayu manis boleh menurunkan kadar kolestrol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu setiap hari. Kayu manis juga merupakan bahan kecantikan semulajadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.

3. Ketumbar
Selain menjadi pelengkap masakan, ketumbar juga bermanafaat dalam kesihatan. Senyawa dalam ketumbar memiliki peranan penting dalam menurunkan kadar kolesterol darah. Ketumbar juga mampu mengubati masalah kulit kering. Walau pun rempah ratus ini menjadi satu pelengkap dalam masakan korang, namun harus dingat bahawa pengambilan yang banyak dalam satu jangka masa, boleh memberi kesan buruk. Jaga kesihatan anda dengan mudah dan manafaat segala kebaikan yang terdapat pada kesemua rempah ratus.



4. Bunga Lawang
Llicium verum merupakan nama saintifik bagi bunga lawang. Ia mempunyai tindakan antibakteria dan antikulat. Kandungan linalool dalam bunga lawang turut menjadi antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh. Aroma dari bunga lawang yang bersifat sebagai penenang juga boleh membuat tidur korang lebih nyenyak. Dalam rawatan di China, bunga lawang biasanya dimasukan ke dalam masakan sebagai ubat untuk mengatasi masalah pencernaan, membantu ibu meningkatkan bekalan susu dalam badan, merawat asma, bronchitis dan batuk kering.



5. Bunga Cengkih
Cengkih atau nama saintifiknya eugenia aromaticum mengandungi bahan-bahan seperti manganese, vitamin C, asid lemak omega 3, magnesium, kalsium dan serat yang tinggi. Bunga cengkih juga mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktifnya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptik dan anaesthetic. Eugenol turut mempunyai sifat antikulat yang berkesan mengatasi penyakit kulit yang berpunca daripada cacing cincin. Ia juga boleh mengubati sakit gigi dan bengkak gusi.



6. Halba
Dikenali juga dengan nama Trigonella foenum-graecum, halba sangat aromatik, kuat dan pahit manis seperti gula yang dibakar dengan sedikit saderi. Kegunaan utama halba adalah didalam serbuk kari. Halba juga dijadikan the untuk melancarkan haid dan melegakan senggugut. Ini kerana bahan aktif dalam halba merehatkan otot-otot dan melegakannya daripada kekejangan.



7. Lada Hitam
Lada hitam atau piper nigrum juga merupakan salah satu daripada bahan masakan yang memberi manafaat kepada kita.

Sebuah kajian yang dijalankan di Michigan Cancer Centre mendapati lada hitam bermanafaat dalam membantu mencegah perkembangan kanser payudara. Kandungan vitamin C, A, flavoinod, karoten dan zat antioksidan lainnya dapat mencegah radikal bebas. Masalah pencernaan seperti kembung dan sembelit juga boleh dikurangkan.



8. Jintan Putih dan Jintan manis
Mempunyai ciri anti kanser yang kuat. Pesakit anemia sering disyorkan untuk memasukan jintan putih atau jintan manis dalam diet harian untuk pemulihan yang lebih cepat. Ia juga boleh menyingkirkan kahak dan meringankan penyakit tertentu seperti asma dan bronkitis. Ia juga berkesan merangsang kitaran haid. Selain itu, ia turut juga digunakan untuk rawatan buasir, melawan selsema dengan meningkatkan sistem imun, menyahkan toksin dan memperbaiki sistem penghadaman.
(sumber: majalah Rapi)

Sekian.

Tuesday, 17 January 2017

Stadium Merdeka Mempunyai 14 Buah "Terowong"...

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,
Hai korang...apa khabar semuanya? Hari nii aku nak bawa korang ke stadium tetapi bukan untuk menonton perlawanan bola tau... Seronoknya sebab 1 st time aku datang ke sini....suka tengok rekabentuknya ala-ala retro tuu...dan paling bagusnya di dalam Stadium Merdeka ini ada dipasang pameran bersaiz besar kat dinding ruang masuk....bergambar hitam putih serta memberikan info yang sangat berguna. Jom kita kenali Stadium Merdeka yang penuh dengan sejarah ini.....

Stadium Merdeka merupakan stadium sukan di Kuala Lumpur, Malaysia yang digunakan bagi kegiatan pelbagai guna. Stadium Merdeka memiliki keupayaan 25,000 penonton dengan 10,000 tempat duduk.



Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai bulan Julai 1956. Pada 15 Februari 1957, Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium Merdeka. Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain ketika itu dan mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000 daripadanya terletak di bawah bumbung ketika dibuka. Kini stadium ini mampu menampung sehingga 45,000 orang penonton.


la mempunyai 14 buah "terowong" yang merupakan pintu keluar-masuk stadium. Kawasan tempat duduk yang berbumbung itu adalah sepanjang 30 kaki, bumbungnya 60 kaki panjang ke hadapan dan tinggi 40 kaki dari bawah. Empat buah tiang lampu setinggi 140 kaki juga dibina untuk kegunaan upacara-upacara yang diadakan di waktu malam.


Pembinaan stadium ini adalah merupakan satu kemajuan ke arah perkembangan dan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini. Dengan adanya stadium ini, ia dapat memberi kemudahan bagi kegiatan-kegiatan sukan, kebudayaan dan perhimpunan-perhimpunan skala besar peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di samping itu, perpaduan yang erat dapat ditanamkan melalui kegiatan-kegiatan sukan dan upacara kebangsaan yang diadakan di Stadium ini.


Stadium ini mula digunakan untuk satu upacara yang bersejarah dalam sejarah tanahair, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman selepas dirasmikan sehari sebelumnya. Seramai 10,000 orang membanjiri stadium ini ketika perisytiharan itu dibuat pada pagi 31 Ogos 1957.


Tetapi pada satu ketika semasa stadium yang diuruskan oleh Perbadanan Stadium Merdeka ini menjadi satu tempat paling bersejarah, ia pernah dicadangkan untuk dirobohkan semasa zaman Tun Dr. Mahathir. Alasannya adalah bagi memberi peluang kepada pembangunan kompleks pejabat dan hiburan bernilai RM 1 bilion.


Tetapi atas inisiatif beberapa orang termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika itu yang menghantar surat kepada Tun Dr. Mahathir supaya stadium ini jangan dirobohkan, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terlalu sentimental dengan nilai sejarah ini. Akhirnya pada Februari 2003, Stadium Merdeka telah dinamakan sebagai bangunan warisan kebangsaan.


Pada 2007, Stadium Merdeka mengalami pemulihan kepada keadaan yang asal seperti yang pada 1957. Stadium ini dengan kapasiti sebanyak 45000 tempat duduk akan dikurangkan kepada 20,000 tempat duduk, yang bermaksud bahawa beberapa blok-blok teres atas dibina sejak bertahun-tahun akan dirobohkan. Pekerja memulakan kerja merombak bumbung ke tempat duduk VI. Pengubahsuaian ini adalah bahagian rancangan ulang tahun Malaysia ke-50 untuk menghidupkan semula masa tersebut apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di sini.


Perasaan yang sangat hepi sukar untuk aku gambarkan bila berada di dalam Stadium Merdeka ini...auranya sangat kuat kerana rekabentuknya yang asal masih kekal dipulihara...

Sekian.

Monday, 16 January 2017

Stesen Keretapi Kuala Lumpur Yang Pertama Digelar Sebagai Stesen Residen

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Diharap sihat-sihat jer hendaknya yea. Rutin aku setiap hari pergi kerja ialah menaiki komuter....stesen keretapi memang tak asing dengan diri aku. Seni binanya memukau mata sesiapa sahaja yang memandang. Aku sendiri pernah terdengar pelancong Barat mengatakan bangunan ini amazing..... bangga giler masa aku dengar ayat tuu... Ok laa aku tak nak melalut...just straight to the point tentang citer Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini...

Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas siap dibina pada tahun 1910 untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.


Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai Victory Avenue, yang pernah merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara. Stesen ini terletak berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayu yang direka cipta dengan mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni terletak sejauh 400 meter, merentasi Sungai Klang.


Sebelum pembinaan stesen ini, dua buah stesen kereta api telah beroperasi di bandar raya ini. Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar sebagai Stesen Residen (Resident Station) kerana berdekatan dengan kediaman Residen British, dibina di seberang Kelab Selangor ke arah barat. Stesen kedua, Stesen Jalan Sultan (Sultan Street Station), dibina pada tahun 1892 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak Menara Maybank dan Hentian Puduraya pada masa kini. Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan stesen Kuala Lumpur yang baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu stesen yang lebih kecil apabila landasan di Foch Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas, dan dirobohkan selepas 1960. Sebahagian laluannya di Ampang digunakan semula oleh aliran LRT Ampang.


Arthur Benison Hubback, seorang pembantu arkitek British kepada Pengarah Jabatan Awam, bertanggungjawab mereka bentuk stesen ini. Pernah berkhidmat di India, dia menggunakan pengetahuannya mengenai seni bina Inggeris-Asia di kawasan itu dalam reka bentuk stesen ini. Gaya "Neo-Moor/Mughal/Indo-Saracen/Neo-Saracen" bukanlah merupakan gaya yang tidak biasa ketika itu.



Dengan kos RM23,000, stesen ini siap dibina dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1910. Selepas perobohan Stesen Residen dan pengasingan Stesen Jalan Sultan, Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur. Sebuah Hotel Stesen (kini Hotel Stesen Warisan) mengambil sebahagian ruang stesen. Pada 1995, perkhidmatan KTM Komuter diperkenalkan di stesen ini.



Selepas pelencongan perkhidmatan jarak jauh antara bandar pada 15 April 2001 ke Sentral Kuala Lumpur, kurang satu kilometer ke selatan, kepentingan stesen ini berkurang dan kemudahan stesen yang tidak lagi diperlukan dibuang dan pembinaan pelantar sisi stesen ditinggikan ke aras yang sesuai untuk kegunaan kereta api KTM Komuter, tatarajah pelantar dan capaian ke perkhidmatan bermakna stesen asal ini tidak dapat dimaksimumkan penggunaanya sebagai perhentian pengangkutan untuk penumpang KTM Komuter. Keseluruhan Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini masih lagi member khidmat untuk kedua-dua KTM Komuter dan juga perkhidmatan barangan.


Sebelum 31 Ogos 2007, iaitu ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaya, banyak sumber melaporkan pemindahan pelbagai peralatan kereta api lama dari sebuah gudang kereta api di Klang dan beberapa tempat lain lagi ke stesen lama Kuala Lumpur.Ini termasuklah sebuah pelangsir kecil dan kereta bomba antik. Stesen ini secara rasminya dibuka semula pada 31 Ogos 2007 sebagai sebuah muzium kereta api (pameran diletakkan di dewan utama dan pelantar stesen), dan ketika ini dicadangkan sebagai pusat budaya.


Stesen ini telah mengalami beberapa perubahan besar dalam sejarahnya. Sayap utara telah dijadikan kawasan pejabat pada 1967, menutup capaian ke beranda lengkung dengan tingkap. Pada 1986, stesen ini diubahsuai dengan lebih menyeluruh, dengan bahagian dalam dan tingkap yang berkenaan digantikan dengan yang lebih moden manakala bahagian luar diperbaiki dan dipelihara, bangunan dan kemudahan baru ditambah, termasuk dewan menunggu berhawa dingin, kaunter maklumat pelancongan dan kedai snek. Sebahagian reka bentuk dan rangka asal dalaman stesen ini masih lagi wujud di Hotel Stesen Warisan.


Pemodenan ini juga melibatkan binaan tambahan di sayap selatan bangunan ini, memaparkan gaya "Raj" yang mendominasi sebahagian besar bangunan itu, dan tambahan muka hadapan untuk sayap utara dengan unsur seni bina yang sama, melindungi bayangan reka bentuk Barat dari hadapan. Perubahan ini menyebabkan bangunan tersebut memiliki dua chatri tambahan, dua di setiap penjuru sayap, bersama-sama dengan empat yang asal. Pengubahsuaian lain termasuklah dinding belakang stesen yang ditebuk dan dipanjangkan untuk memuatkan pintu masuk baru, hentian teksi, pejabat dan kedai, manakala ruang tambahan dua tingkat turut dibina di atas jalan masuk ke stesen bagi menempatkan lebih banyak kedai.


Pembentukan semula pada 1986 ini turut menyaksikan pemanjangan pelantar ke utara dan bangunan stesen baru di situ, yang bersambung dengan Pejabat Pos Besar di kompleks Dayabumi yang baru siap pada tahun 1984.



Selepas Sentral Kuala Lumpur mengambil alih operasi kereta api antara bandar, bahagian stesen yang digunakan untuk perkhidmatan tersebut ditanggalkan atau dihapuskan. Stesen ini mempunyai 3 platform tinggi melayan 4 landasan, terdiri daripada 2 platform tepi (platforms 1 dan 4) pada dua sisi dan 1 platform pulau (platform 2 dan 3) di tengah. Platform tambahan yang ditambah pada tahun 1986 diberikan tambahan akhiran "a", contohnya Platform 2a untuk tambahan platform 2 yang asal.


Sebelum pembukaan Kuala Lumpur Sentral, kesemua platform diberikan peranan yang berikut:
Platform tepi dikhaskan untuk servis keretapi Antarabandar. Kaunter tiket untuk servis ini berada diantara bangunan lama dan baru. Dengan berpindahnya servis Antarabandar ini ke Sentral Kuala Lumpur, platform ini kini lengang. Walau bagaimanapun, platform ini masih digunakan untuk kegunaan keretapi barang. Platform tepi sepertimana aras bawah bangunan stesen, adalah dibuka kepada umum.


Platform pulau dikhaskan untuk servis KTM Komuter laluan Rawang-Seremban dan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang. Tambahan pula, platform pulau masih mengekalkan aras lantai dalam reka bentuk asal, sedikit rendah berbanding bahagian platform pulau yang diubahsuai dan pintu komuter, satu ketidakselesaan kepada penumpang untuk keluar masuk tren komuter. Kemudian, tren komuter berhenti di platform baru, supaya penumpang boleh meninggalkan stesen di pintu utara yang baru.



Stesen keretapi Kuala Lumpur pada mulanya terdiri daripada satu terminal utama di bahagian hadapan banggunan dan tiga platform keretapi mengendali empat landasan di bahagian belakang .

Struktur utama yang mengandungi dewan utama, kaunter tiket, dan pejabat, terutamanya direka dalam stail "Raj", campuran Barat dan Mughal sama seperti seni bina kebangkitan Moorish atau Indo-Arab, yang menjadi popular seketika pada akhir abak ke-19 dan awal ke-20 di koloni India, termasuk juga di Eropah dan British. Dikuasai oleh binaan ladam kuda dan gerbang Ogee, dan chhatri besar (enam asanya, dengan tambahan dua kemudiannya) pada sudut bangunan menemani variasi lebih kecil di hadapan, stesen ini setanding dengan bangunan Sultan Abdul Samad dan struktur yang dibina sekeliling Dataran Merdeka semasa tempoh ini.

Sebagai tambahan kepada bangunan utama stesen, tambahan bangunan tiga tingkat pada sayap kanan ditambah pada awal tempoh operasinya, mengunapakai reka bentuk semasa Bara dengan serambi sekeliling dan gerbang segmen dengan keluasan berbeza. Bahagian hadapan stesen diplaster sepenuhnya, berbeza dengan bangunan stail sama yang memilih binaan bata terdedah, dan dicat dalam warna cerah (biasanya putih atau krim) sepanjang tempoh perkhidmatannya.


Pelantarnya ditutup dengan atap bekerangka keluli, yang pada awalnya lebih pendek semasa awal tempoh stesen beroperasi. Bumbungnya pada asalnya disepuh, dan dibuka sebahagiannya bagi membenarkan asap dari kereta api wap terbebas; atap kepingan berlekuk-lekuk digunakan sebagi pengganti semasa tempoh pengunaan stesyen berikutnya. Sisi pelantar tidak bersambung bangunan utama dan dikelilingi tembok yang dibina menurut stail yang sama dengan bangunan utama. Pelantar dan bangunan utama disambung sesama sendiri melalui dua laluan bawah Tanah.



Reka bentuk tambahan pelantar semasa pengubahsuai stesen pada tahun 1986 mengambil pendekatan lebih semasa, terdiri daripada tiang konkrit besar menyokong atap berkerawang dan pejabat tiket pada bongkah konkrit di hujung utara, tergantung dua tingkat di udara. Dinding putih dan gerbang yang bertindak sebagai hiasan kepada tambahan lebih menyerupai Kompleks Dayabumi berbanding stesen asal. Tambahan baru bersambung dengan Dayabumi melalui laluan pejalan kaki tergantung.

Aku dengar ada perancangan untuk membaiki stesen keretapi ini walau pun kosnya memang memakan jutaan atau mungkin billion tetapi dari sudut heritagenya lebih bernilai daripada itu.

Sekian.