Monday, 6 November 2017

Pengkalan Bujang Merupakan Salah Satu Kawasan Pelabuhan Entrepot Yang Terkenal Dengan Candi Bersejarah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai... hari aku nak bercerita tentang sebuah tapak arkeologi yang sangat terkenal di Utara Malaysia iaitu Candi Pengkalan Bujang. Sebenarnya aku pun baru 1st time tiba kat tempat nii walaupun dah lama menyimpan impian untuk ke sini.  Aku difahamkan kat sini dulunya terdapat banyak candi tetapi telah pun musnah dimakan usia. Kini yang tinggal hanyalah 3 candi.


Candi Pengkalan Bujang dipercayai dibina sekitar abad ke-10 hingga abad ke-14. Tapak Pengkalan Bujang telah dikenal pasti oleh Dr. Quaritch Wales dalam tinjauan satu ketika dahulu pada tahun 1936-37.



"Pengkalan Bujang merupakan salah satu kawasan pelaburan entrepot. "

Pemandangan hadapan Tapak Candi 19 yang telah dilakukan kerja-kerja pemuliharaan




Ekskavasi bermula dari tahun 1974 yang dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuti. Manakala dari tahun 1986 hingga 1991, Muzium Arkeologi Lembah Bujang dengan kerjasama pensyarah dan pelajar dari Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan projek ekskavasi di Kompleks Percandian Pengkalan Bujang, Mukim Bujang, khususnya di tapak 23.



Pemandangan bahagian dalam Tapak Candi 19 yang masih dalam keadaan yang baik

Ekskavasi di kompleks ini telah menemukan enam buah candi di dalam kawasan seluas 3.5 hektar. Ekskavasi ini dilaksanakan untuk mendapatkan data berkaitan kepadatan dan kepelbagaian artifak untuk kajian perbandingan dengan Sungai Mas.

Tapak Candi 19 ini terletak di hadapan sekali berhampiran dengan pintu masuk utama


Kesan-kesan peninggalan arkeologi di Lembah Bujang telah pertama kali disiasat oleh Kolonel James Low di dalam tahun 1864, tetapi sejauh mana penyelidikan dijalankan adalah sukar ditentukan kerana tidak terdapat sebarang laporan yang lengkap. Walau bagaimana pun catatan yang dibuat sekurang-kurangnya menunjukkan beberapa tapak telah ditemui.

Tapak Candi 23 ini telah diwartakan sebagai tapak warisan

Di awal kurun kedua puluh, dua orang ahli ukur yang bertugas di puncak Gunung Jerai telah menjumpai tinggalan tapak Hindu di situ. Seterusnya kajian di Lembah Bujang telah dibuat oleh Evans di antara tahun-tahun 1920an dan 1930an dengan begitu ghairah sekali.

Pemandangan hadapan Tapak Candi 23
Di dalam tahun 1921 beliau melawat Sungai Batu dan menjumpai patung Durga Devi bersama dengan Mahishahura. Di dalam tahun 1923, sekali lagi beliau melawat Sungai Batu dan menjumpai Patung Ganesha dan banyak lagi bahan-bahan arkeologi telah ditemui di tahun-tahun selepasnya (Evans 1927).


"Seni bina candi ini berunsur Hindu-Buddha"


Pemandangan dalam kawasan Tapak Candi 23
Kedua-dua di atas telah membuka lembaran baru di dalam pengkajian sejarah awal Negeri Kedah. Low dan Evans bahawa artifek dan monumen-monumen yang dijumpai di Kedah itu mempunyai unsur-unsur India, dan orang-orang Hindu dan Buddha datang ke rantau ini dalam bentuk penjajah.



Low dan Evans juga berpendapat bahawa Langkasuka terletak di Selatan Kedah dan Low lebih tepat mengatakan Langkasuka terletak di Bukit Meriam manakala Evans meletakkannya di Sungai Batu, malah menekankan bahawa Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Pelembang mempunyai pengaruh yang kuat di Kedah. Jadi, selain daripada membuka tirai untuk penyelidikan arkeologi selanjutnya di Lembah Bujang, mereka juga telah memberi pendapat berkaitan dengan kawasan tersebut.


Di antara tahun-tahun 1937-1938, H.G. Quaritch-Wales bersama isterinya telah membuat satu penyelidikan yang menyeluruh dan meluas di Lembah Bujang, dan hasil dari penyiasatan tersebut sebanyak 30 tapak-tapak berupa candi telah ditemui, dua puluh sembilan darinya terletak di sekitar Lembah Bujang dan yang selebihnya di Seberang Perai (Quaritch-Wales 1940).



Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, mereka telah menyambung penyelidikan dan kali ini menumpukan perhatian kepada tapak-tapak di Seberang Perai (Quaritch-Wales and Quaritch-Wales 1947). Perlu diingat bahawa kedatangan Quaritch-Wales ke Lembah Bujang adalah atas urusan Greater India Research Committee yang berpusat di Calcutta, yang bertujuan untuk melihat dan meninjau proses penjajahan yang dibawa oleh orang-orang India di rantau ini.


Lembah Bujang atau Kedah dipilih berdasarkan kedudukan ilmu alamnya yang terletak di tengah-tengah antara India dan China. Di dalam konteks ini, kita dapati bahawa penyelidikan yang dijalankan oleh Quaricth-Wales, walaupun dibuat secara sistematik, adalah berat sebelah, kerana sudah wujud satu pemahaman yang kukuh yang cuba dibuktikannya. Atas dasar ini beliau sering dikritik berhubung dengan kesimpulan-kesimpulan yang dibuat mengenai arkeologi Lembah Bujang.


Kajian di Lembah Bujang telah terhenti untuk seketika sehingga tahun 1956 apabila Persatuan Arkeologi Universiti Utara Malaysia di bawah arahan K.G Tregonning dan M. Sullivan membuat eskavasi dan tinjauan di sekitar Seberang Perai dan Lembah Bujang (Sullivan 1958).


Walau bagaimanapun penyelidikan yang lebih berkesan dan lebih sistematik telah dimulakan oleh Lamb, beliau dengan kerjasama beberapa orang pakar dari luar telah berjaya menggali cari dan membina semula tapak Candi Bukit Batu Pahat di antara tahun-tahun 1959-1960 (Lamb 1960).



Lamb selanjutnya telah membuka jalan baru dengan membuat eskavasi di Pengkalan Lembah Bujang yang telah menghasilkan timbunan serpihan seramik di dasar sungai tersebut (Lamb 1961).




Tapak 23 Candi Pengkalan Bujang ini telah diwartakan sebagai Warisan pada 20 April 2017 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] oleh Jabatan Warisan Negara.

Bagi yang berminat dengan sejarah dan tapak arkeologi bolehlah ke sini bagi melihat lebih dekat tapak candi ini.


Sekian.

Friday, 20 October 2017

25 Idea Untuk Ruang Melukis

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang....aku harap korang semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera serta gembira-gembira selalu. Hari nii aku nak story mory tentang hobi yang sangat aku gemari sejak zaman sekolah lagi iaitu melukis. Aku sangat suka melukis cuma bakat dalam melukis tuu kurang la sikit tetapi apabila melukis aku rasa hepi dan tenang.






Masa zaman sekolah dulu aku suka melukis lebih kepada potret...dan pernah cikgu aku mengajar melukis menggunakan arang. Sebenarnya impian aku ingin mempunyai sebuah studio yang kecil tempat untuk aku mencurahkan idea lukisan aku. Dan di entri nii ada 25 idea ruang yang aku suka untuk studio aku nanti...In sha Allah.



Aku juga teringin untuk mengikuti kelas belajar melukis cuma masa belum mengizinkan lagi.... Buat masa ini aku mempelajarinya sedikit demi sedikit daripada chanel youtube. Aku tidak kisah sangat untuk melukis apa sahaja bagi mengasah bakat melukis aku cuma aku kurang berminat sikit untuk melukis gambar binatang walau pun buat masa nii aku dah pernah melukis dua lukisan kucing sebab adik aku suka kucing. Minat aku lebih kepada melukis potret dan juga flora.


Sekarang ini aku berminat untuk mencuba pula melukis lukisan Madhubani...sebuah lukisan klasik India yang sangat berseni. Aku dah jatuh cinta dengan lukisan nii...mungkin dalam 2 atau 3 minggu lagi aku akan mula mencuba lukisan ini.


Pelukis kesukaan aku ialah Ismail Embong dan Emma Maembong kalau di Malaysia kerana lukisan mereka lebih bercirikan kebudayaan masyarakat Malaysia dan sangat berseni serta teliti.


Kalau pelukis luar negara aku meminati Frida Kahlo...pelukis lama yang telah pun meninggal dunia. Bagi aku Frida Kahlo ini mempunyai semangat yang sangat tinggi. Dan lukisannya lain daripada yang lain kerana dia banyak melukis potret diri dia sendiri dan juga pengalaman hidup dia. Lukisan yang paling banyak aku lukis buat masa nii ialah lukisan Frida kahlo...dah ada 5 kalau tak salah aku.


Selain itu aku juga meminati Leandro Lamas....(lukisannya lebih kepada kehidupan seharian seperti bercucuk tanam, berkelah, bersantai, majlis perkahwinan dan sebagainya). Lukisannya juga sangat comel... aku dah melukis 3 lukisan Leandro Lamas nii.


John Blake.....aku minat lukisan bunga dia dan aku dah pun melukis 4 lukisan bunga John Blake nii. Bagi aku sangat comel dan mudah untuk dilukis bagi seseorang yang ingin mula melukis seperti aku. Semalam aku baru lepas melukis lukisan gambar kambing biri-biri dengan bunga matahari oleh John Blake.


Romi Lerda.....Sekali korang tengok art painting dia.. korang mesti jatuh cinta punya. Sangat la cantik. Potret yang dia lukis macam bermakeup. Dia ada sebuah galeri untuk koleksi paintingnya ini. Lukisannya lebih kepada potret wanita.


Nii antara pelukis yang aku minati dan menjadi inspirasi buat diri aku. Melukis nii untuk mengisi masa lapang aku dan menghilangkan tekanan kerja. Selalunya aku mengambil masa 3 hingga 4 jam di hari cuti untuk melukis. Sekarang nii aku cuba untuk menggunakan warna arcylic... dan aku menyukai warnai nii sebab warnanya terang.


Oh yaa...lupa plak aku nak bagi tahu kat mana aku beli canvas untuk melukis nii. Aku membelinya di Spotlight MyTown Cheras bersebelahan dengan IKEA. Kat sini ada macam-macam peralatan painting dan juga craft yang korang boleh beli...tapi harganya mahal sedikit. Oleh itu korang kena beli waktu ada sales....memang Spotlight nii selalu buat sales.


Kalau korang nak beli canvas...pastikan korang nak guna warna jenis apa...arcylic atau watercolor sebab canvas nii ada beberapa jenis dan saiz. Bila time sales memang sangat-sangat berbaloi korang beli... Pada hari Krismas tempohari Spotlight ada buat sales 50% untuk semua canvas.. aku bagai nak giler dibuatnya. Pagi tuu jugak aku terus gi beli... habis dalam RM 150... kalau tak terbang gak RM 300.....



Spotlight nii ada buat kad ahli...kalau korang jadi ahli lagi untung dan dapat harga murah...memang berbaloi sesangat. Setiap kali ada sales dia akan maklumkan melalui email...so korang takkan terlepas punya. Oh ya...Spotlight juga ada jual secara online.


Kat Spotlight nii bukan hanya jual peralatan seni tapi macam-macam ada...kiranya peralatan hiasan rumah...decor-decor. Untuk buat birthday party pun ada.


Buat masa nii aku dah ada 17 koleksi art.... dan tahun hadapan aku nak tambahkan menjadi 30 koleksi. Bila aku dah duduk kat rumah sendiri nanti senang la sedikit untuk aku melukis dan membina studio aku sendiri...rasa tak sabar pun ada. Semoga impian aku menjadi kenyataan.


Aku nak hias studio aku nanti dengan warna-warna yang ceria...supaya aku sentiasa ceria..haaahaaahaaa. Dan juga dengan pokok hiasan yang comey-comey dan mengadap tingkap supaya aku dapat lihat pemandangan luar yang menghijau....


Bagi korang yang minat melukis macam aku dan ingin ada studio sendiri... mungkin boleh dapatkan idea untuk ruang studio korang kat entri aku nii. Semoga ia juga memberi inspirasi buat korang semua.



Lukisan aku nii sangat bermakna buat diri aku...boleh dikatakan macam evergreen laa. Walau pun ada yang berminat untuk membelinya tetapi aku mohon maaf kerana buat masa ini aku tidak menjualnya. Ianya tak layak untuk dijual....masih banyak cacat celanya dan aku dalam proses pembelajaran.


Apa pun terima kasih kepada yang sudi nak membeli lukisan aku tuu... Bagi korang yang ingin mula melukis...aku cadangkan mula secara perlahan-lahan dan dalam keadaan korang bersedia. Bila korang bersedia...lukisan korang akan lebih cantik dan juga kemas.


Korang boleh belajar melukis daripada youtube sekiranya korang tak nak pergi ke kelas. Di sini aku sediakan jugak nama-nama pelukis yang aku suka untuk rujukan korang antaranya...Nena Sanchez, Lindy Longhurst, Heather Galler, Karla Gerard, Milovan Lazarevic, Pam Hobbs, Heather Brown dan Carlos Rivero.


Hobi melukis ini jugak boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan kalau korang rajin dan minat. Kalau dulu-dulu memang masyarakat pandang rendah kepada pelukis kerana tidak boleh cari makan tetapi kini menjadi pelukis boleh kaya dengan menjual hasil lukisan tersebut seperti adik Wan Jamila...walau pun kekurang pada diri tapi hebat dalam bidang seni.


Lukisan berjudul EOC Series yang menggunakan medium akrilik dihasilkan oleh Awang Damit pada 1988 mencatat lelongan tertinggi pada harga RM110,000. Karya Khalil berjudul 'Untitled' dihasilkan pada 1987 dibida pada RM100,000. Hebat kan!!

"Dua lukisan masing-masing karya Awang Damit Ahmad dan Khalil Ibrahim mencatat lelongan tertinggi mencecah RM100,000."


Di universiti pun banyak disediakan bidang art nii. Aku sangat kagum dengan orang yang mempunyai bakat semula jadi dan terror melukis nii...Memang aku jelos tau...


Lukisan-lukisan tertua berada di Chauvet Grotte di Perancis, diklaim oleh beberapa sejarawan dari sekitar 32.000 tahun yang lalu. Lukisan itu diukir dan dicat menggunakan oker merah dan pigmen hitam dan menampakan kuda, badak, singa, kerbau, raksasa, desain abstrak dan sejenis sosok manusia mungkin parsial.


Namun bukti paling awal penciptaan lukisan telah ditemukan di dua tempat perkampungan batu di Arnhem Land, di Australia utara. Pada lapisan terendah material pada situs ini tidak digunakan potongan oker diperkirakan 60,000 tahun.


Para arkeologi juga menemukan sebuah fragmen dari lukisan batu diawetkan dalam batu kapur batu-tempat penampungan di wilayah Kimberley Utara-Australia Barat, iaitu pada 40 000 tahun . Ada contoh lukisan gua di seluruh dunia-di India , Perancis, Sepanyol, Portugal, Cina, Australia dan lain-lain.

Sekian.
**jangan lupa yea follow blog aku

Wednesday, 11 October 2017

Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ialah Sebuah Akademi Polis Tertua Di Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai...korang semua apa khabar?  Hari ni entri aku pasal sebuah akademik yang sangat aku kagum dengan seni bina bangunannya yang kebanyakkannya menggunakan batu-bata jenis merah. Di dalam akademi ini lengkap dengan sekolah, rumah kediaman, klinik dan juga panggung wayang. Ok jom kita  dengar akan kisah tempat ini...


Pusat Latihan Polis (PULAPOL) ialah sebuah akademi polis tertua di Malaysia dan institut latihan untuk Polis Diraja Malaysia. Ia terletak di Jalan Semarak (dahulunya Jalan Henry Gurney), Kuala Lumpur. Ia adalah tempat di mana polis dilatih di bawah kerajaan. Pembelajaran di PULAPOL merangkumi aspek latihan, dari akademik atau praktikal. PULAPOL mempunyai lima cabang: PULAPOL Kuala Lumpur, Jalan Semarak, PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang, PULAPOL Ayer Hitam, Negeri Sembilan, PULAPOL Segamat, Johor, PULAPOL Langkawi, Kedah dan PULAPOL Sarawak. Pelatih polis akan mendapat pekerjaan dan akan dilatih selama enam atau sembilan bulan di sana.


Pada 20 November 1904, Pusat Latihan Polis yang pertama dibentuk oleh Kapten Graham, pegawai kontinjen negeri-negeri Melayu. Ia terletak di Bluff Road yang kemudiannya dinamakan semula sebagai Jalan Bukit Aman. Ia kini menjadi lokasi Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang menggunakan VB untuk dipanggil Ibu Pejabat Perintah Negeri-Negeri Melayu Kuala Lumpur. Kawasan ini terdiri daripada 249.5 ekar atau 41.6 hektar.

"Pada tahun 1905, pusat itu mengaku pengambilan pertamanya dengan 207 orang Melayu dan 219 orang India."


Pada tahun 1920, sebuah Pusat Latihan Polis baru dicadangkan apabila kemudahan lama tidak dapat menampung peningkatan pengambilan pelatih polis. Usaha untuk membina pusat baru ditangguhkan kerana kemelesetan ekonomi sehingga ia ditinjau lima tahun kemudian. Satu kawasan berhampiran Jalan Gurney dipilih dan sepanjang tahun 1930-an, pembinaan untuk akademi telah dilakukan. 

Pada Oktober 1940, Pusat Latihan Polis di Bluff Road dipindahkan ke Pusat Latihan Polis baru di Gurney Road (ketika ini Jalan Semarak), Kuala Lumpur. Pada tahun 1941, program latihan dihentikan kerana pencerobohan oleh Tentera Imperial Jepun. Kebanyakan pegawai polis dari pusat itu dipanggil untuk menyerang serangan tentera dan pada permulaan pendudukan sehingga lapan pegawai polis ditinggalkan.



Sekali Malaya telah jatuh di bawah pendudukan Jepun, Pusat Latihan Polis telah berubah menjadi Ibu Pejabat Polis Tentera Jepun. Pada bulan Ogos 1945, tentera British mengambil semula pusat latihan dan kemudiannya dibina semula sebagai pusat latihan terbesar untuk pasukan polis. Semasa 1945 dan 1946, Encik J.D. Fairhead bertindak sebagai Komander Pusat Latihan Polis selepas pemerintahan Jepun. Dari waktu itu hingga tahun 1957, pusat latihan itu diperintahkan oleh kakitangan tentera British.


Pada tahun 1957, Malaya mencapai kemerdekaannya dari Britain dan pusat latihan itu kemudiannya diberikan kepada Sir Merican Bin Sutan sebagai Komandan Melayu pertama dari 25 November 1957 hingga 24 November 1959. Dari tahun 1940 hingga 2007, pusat latihan itu dipimpin oleh sekurang-kurangnya 40 Komandan dalam seumur hidupnya. 


Menjelang tahun 1977, institusi ini kini dikenali sebagai PULAPOL (Pusat Latihan Polis) dan melatih sekurang-kurangnya 2,200 rekrut setiap sesi. Itu saja laa buat kali nii...nanti kita sambung lagi yea...

Sekian.

Tuesday, 3 October 2017

Adik Wan Jamila Seorang Yang Berbakat Luar Biasa Walaupun Pengidap Autisme

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai... lama jugak aku tak on entri aku nii. Sorilah yea sebab kengkangan kerja yang terlampau banyak tak sempat aku nak mencuri masa untuk menulis. Aku harap korang semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan gembira hendaknya. Hari nii aku nak cerita tentang seorang insan yang sangat aku kagumi bakatnya iaitu adik Wan Jamila....



Adik Wan Jamila nii berusia 15 tahun dan mula melukis di usia 4 tahun. Dia menggunakan medium lukisan sebagai komunikasi untuk berhubung dengan ahli keluarga pada awalnya. Kini,  adik Wan Jamila sudah pun boleh  membaca, menulis, mengira dan juga bercakap, tetapi dia masih gemar untuk melukis. Dia lebih cenderung untuk melukis gambar persekitaran berdasarkan permerhatian dan juga ingatanya terhadap situasi yang berlaku di sekeliling. 



Pada usia 10 tahun, adik Wan Jamila telah dilatih untuk melukis secara konsisten dan juga professional oleh ibunya setelah ibunya, Noorhashimah Mohamed Noordin, 56, yang merupakan seorang bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) mula menyedari bakat yang dimilikinya.


Adik Wan Jamila Wan Shaiful Bahri ini sebenarnya penginap autisme. Seperti mana penghidap autisme yang lain, adik Wan Jamila kelihatan tebal dengan sifat pemalu. Pun begitu, di sebalik raut wajahnya yang mulus, Jamila sentiasa menguntum senyuman.




"Saya memang sukakan lukisan. Saya akan lukis apa sahaja yang saya suka", kata adik Wan Jamila ringkas sambil sepasang matanya tertumpu pada hasil seni terbaharunya manakala tangan kanannya terus ligat mewarnakannya.


Dia mempunyai sebuah studio mini yang diwujudkan khas untuknya. Bagaikan empayar seni, remaja itu juga memiliki galeri di dalam rumahnya yang dipenuhi ratusan lukisannya.



"Jamila memang sedikit pemalu dengan orang, lebih-lebih lagi mereka yang baru dikenalinya. Tetapi, dia sebenarnya sangat seronok apabila ada pihak yang ingin mengenali dirinya terutama mereka yang ingin melihat hasil seninya", kata ibunya.




Menurut Noorhashimah, Jamila yang merupakan anak keempat daripada lima beradik dikesan menghidap autisme ketika berusia empat tahun selepas menjalani diagnosis di sebuah hospital swasta. Noorhashimah sebelum itu menyedari anaknya itu mengalami kesukaran dalam berkomunikasi dan hubungan sosial dengan orang di sekelilingnya.




Walaupun adik Wan Jamila mempunyai perwatakan yang berbeza dengan anak-anaknya yang lain, namun remaja itu mempunyai keistimewaan tersendiri apabila mula memperlihatkan bakatnya dalam bidang seni lukis. Dari awal penglibatan Jamila dalam bidang seni, dia dilihat kerap melukis watak manusia dengan interpretasi perasaan gembira, sedih atau marah. Kesemua lukisan yang dihasilkan menggambarkan keadaan sebenar yang dilalui oleh seorang manusia berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya sendiri.





Sewaktu mengikuti persekolahan peringkat rendah di Sekolah Rendah Sri Acmar, Klang, adik Wan Jamila dimasukkan ke dalam kelas pendidikan khas. Bermula dari situ, minatnya terhadap lukisan makin terserlah apabila dia banyak melukis perkara yang berlaku di dalam kelas atau di persekitaran sekolahnya di dalam buku tulis. Malah, sewaktu terlibat dalam persembahan tarian, dia turut melukis semula pergerakan yang perlu dilakukan oleh setiap peserta melalui lukisan.




Ketika adik Wan  Jamila berusia 10 tahun, remaja itu mula meneroka kaedah melukis menggunakan teknik digital apabila memuat naik sendiri sebuah perisian di dalam gajet miliknya. Lebih memeranjatkan adik Wan Jamila mampu menghasilkan lukisan yang baik dan kemas menyerupai bentuk lukisan yang kerap dilukis di atas kertas walaupun tidak pernah mendapat tunjuk ajar tentang kaedah menggunakan perisian tersebut.


"Disebabkan ingin memberi sepenuh tumpuan bagi membimbing Jamilah", kata Noorhashimah, dia mengambil keputusan untuk bersara daripada menjadi pensyarah UiTM pada Disember 2015.




Bermula Januari lalu.... ibunya telah mendapatkan bantuan daripada seorang pelukis tempatan, Khalid Mohd. Sapari untuk membimbing adik Wan Jamila selama dua jam seminggu. Kini, hasil lukisannya menjadi semakin kemas dan cantik. Malah, minatnya terhadap lukisan semakin meningkat apabila melihat kekemasan hasil seninya sendiri, kata wanita itu.




Corak lukisan yang diminati adik Wan Jamila ialah bertemakan wanita berambut panjang menyerupai watak animasi Repunzel. Adik Wan Jamila juga kerap menghasilkan lukisan berinspirasi watak pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines, bentuk periuk dan cawan, penari dan model peragaan selain fesyen, bunga-bungaan dan ikan.





Kebanyakan lukisan adik Wan Jamila menggunakan kertas dan pen berwarna serta menggambar tiga wanita berambut panjang. Ia mungkin kerana pada kebanyakan masa, dia ditemani oleh ibu dan adiknya, Wan Jemima terutama ketika melancong dan bersiar-siar mengenai lukisan tema 3 ladies atau Triple Erato.


Sejak Mac hingga Julai lalu, adik Wan Jamila telah menyertai enam pameran lukisan anjuran pelbagai pihak di sekitar Kuala Lumpur.



Pameran pertama yang disertai oleh adik Wan Jamila ialah pada Program Independant Arts, Converge and Connect anjuran Telekom Malaysia di ibu negara pada 18 dan 19 Mac lalu.




Malah, adik Wan Jamila juga pernah dijemput menjadi tetamu bagi program Nasi Lemak Kopi O yang disiarkan oleh TV9 selain terlibat dalam seminar memperkasa golongan penghidap autisme di Klang, Selangor.




Baru-baru ini, sebuah syarikat perbankan telah membeli 12 hasil karya adik Wan Jamila untuk dijadikan koleksi seni mereka. Alhamdulillah, dengan bakat luar biasanya, Jamila kini sudah mampu menjana pendapatan sendiri yang sudah mencecah puluhan ribu ringgit menerusi penjualan hasil karyanya kepada beberapa pihak. Walaupun jumlah pendapatan yang diraih oleh adik Wan Jamila itu dianggap agak tinggi,... dan ianya akan disimpan serta digunakan khusus untuk tujuan pendidikan adik Wan Jamila sehingga dia dewasa dan ibunya ingin melihat dia memiliki diploma dalam bidang seni halus.




Khalid Md Sapari memberitahu, "ketika pertama kali dihubungi ibu adik Wan Jamila, dia mulanya agak keberatan untuk menerima tawaran berkenaan memandangkan dia tidak mengetahui cara mengajar seorang kanak-kanak autisme teknik lukisan". Namun katanya, "pandangannya terhadap penghidap autisme berubah selepas dia melihat sendiri lukisan adik Wan Jamila di studio peribadi remaja itu". Malah, saya sangat terkejut apabila ibu adik Wan Jamila menunjukkan koleksi ratusan lukisan yang dihasilkannya sejak kecil.




"Dari situlah saya berpendapat adik Wan Jamila mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang seni. Dia juga mempunyai daya ingatan dan imaginasi yang sangat luar biasa dan dengan teknik melukis yang betul, adik Wan Jamila mampu menghasilkan lukisan yang sangat unik", katanya. Khalid juga percaya suatu hari nanti adik Wan Jamila mampu menjadi pelukis terkenal tanah air walaupun ditakdirkan menghidap autisme.




Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi. Ini bermakna kanak-kanak yang mengalami autisme mungkin mempunyai masalah pertuturan, masalah untuk berinteraksi dengan orang lain dan minat serta kemahiran bermain yang terhad.




Penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa 40 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak autisme boleh mempunyai keupayaan intelektual, yang mana 30 hingga 60 peratus mungkin mempunyai IQ yang biasa, manakala kurang daripada 10 peratus mungkin mempunyai kecenderungan genius dengan IQ melebihi 110.




Oleh kerana kanak-kanak autisme mengalami kesukaran untuk memahami persekitaran fizikal dan sosial yang ada disekeliling mereka, sesetengah kanak-kanak autisme mempamerkan tingkah laku yang mencabar seperti tantrum. Perihal ini boleh diselesaikan dengan menyokong tingkah laku positif.


Sesetengah kanak-kanak autisme juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, dengan strategi pengajaranyang berkesan, ia boleh membantu kanak-kanak autisme untuk belajar. Antara strategi pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak autisme adalah dengan mengkategorikan apa yang perlu dipelajari kepada unit-unit kecil dan pengajaran perlu dilaksanakan secara jelas dan konkrit. Strategi pengajaran di atas boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak autisme dari segi kemahiran akademik dan juga kemahiran urus diri.




Oleh yang demikian,intervensi awal merupakan satu perkara yang sangat penting bagi membantu kanak-kanak autisme berkembang secara optimum dan mengatasi setiap cabaran yang mendatang kepada mereka. Tambahan pula, intervensi awal dapat menjamin masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini.




Autism Spectrum Disorder atau ASD merupakan istilah yang kurang dikenali oleh kebanyakan masyarakat, apatah lagi difahami. Ia juga tidak pernah didengari oleh sesetengah masyarakat. Kurangnya kesedaran tentang ASD telah membawa kepada tanggapan yang salah tentang persepsi sebenar berkenaan autisme dan kurangnya toleransi di antara masyarakat dengan mereka yang mengalami autisme. Ini merupakan satu perkara yang kurang menyenangkan kerana autisme bukanlah satu tragedi tetapi dari sudut pandangan yang lain, pengabaian pemahaman tentang ASD merupakan satu stragedi yang amat menyedihkan bagi mereka yang mengalami autisme.



Sebab itulah aku katakan aku sangat kagum dengan adik Wan Jamila ini... Adik Wan Jamila ini juga menjadi satu inspirasi buat aku untuk melukis semula kerana aku sangat suka melukis walau pun tidaklah sehebat adik Wan Jamila ini... Apabila aku melukis aku rasa sangat tenang dan memberikan aku satu kepuasan. Semoga cerita ini memberi inspirasi kepada korang juga... TAHNIAH Adik Wan Jamila...

Sekian.

**jangan lupa yea follow blog aku