Tuesday, 13 December 2016

Tapak Arkeologi Kota Tampan Penempatan Manusia Zaman Batu di Tanah Melayu


Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Hai korang semua.. Apa khabar hari nii. Sempena cuti sekolah nii...apa kata korang pergi melawat ke tapak-tapak arkeologi yang berada di Lenggong Perak. Mungkin sebelum ini korang tidak pernah ke tempat yang agak mencabar sikit dan perlukan tracking....apa kata kali nii korang cuba cabar diri korang dan juga anak-anak korang ke sini. Selain dapat menambah pengalaman...korang juga dapat menimba banyak ilmu baru. Tapak arkeologi yang mudah korang nak pergi dengan menaiki kenderaan ialah Tapak Arkeologi Kota Tampan yang terletak di bahagian belakang Galeri Arkeologi Lembah Lenggong (Pejabat Jabatan Warisan Negara Zon Tengah).

Keseluruhan bahagian lembah di Lenggong terutamanya di bawah 72 meter di atas aras laut, dipenuhi dengan material yang berwarna keputihan dan dikenali sebagai batu atau tanah putih oleh masyarakat di sini. Sebenarnya ia adalah debu volkanik yang berasal daripada letusan Toba, di Sumatera, Indonesia, sekitar 75,000 tahun dahulu. Kehadiran debu Toba di semenanjung Malaysia telah direkodkan di beberapa lokasi seperti lembah Sungai Perak, barat Pahang, Selangor dan di Baling, Kedah.


 Pada tahun 2007, USM telah memetakan taburan debu Toba ini di Lembah Lenggong yang didapati mencapai ketebalan 7-10 meter, bertaburan sekitar 70km persegi. Tambahan lagi, bencana ini berkemungkinan telah mengakibatkan kepupusan zaman pra-sejarah Kota Tampan.



Penemuan arkeologi di Kota Tampan di Lenggong membuktikan terdapatnya penempatan manusia Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, Malaysia dan Prasejarah. Penemuan arkeologi di Kota Tampan di Lenggong membuktikan terdapatnya penempatan manusia Zaman Batu Lama di Tanah Melayu.



Kota Tampan telah dimasukkan dalam peta arkeologi dunia sejak 1938 apabila Collings memulakan kajian di sini. Ianya kemudian dikaji oleh Sieveking pada tahun 1958. Zuraina (1989) telah menjalankan kajian lanjutan tentang Kota Tampan dan dapat memberikan tarikh 74,000 tahun dahulu berdasarkan kehadiran debu Toba berasosiasi dengan artifak. Kelikir sungai di Kota Tampan berketebalan daripada 30 hingga 70cm, telah digunakan oleh masyarakat Paleolitik untuk membuat alat batu mereka.

Jangan lepaskan peluang melawat ke tapak-tapak arkeologi ini waktu cuti sekolah ini...keseronokan menanti korang semua.....

Sekian. 

No comments:

Post a comment