Wednesday, 28 December 2016

Stres Melampau Cetus Hipertensi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua... Hari nii entri aku ada kelainan sedikit dari kebiasaan. Hari nii aku nak citer tentang tekanan dan cara mengatasinya. Stres dikategorikan sebagai penyakit yang serius tetapi sayangnya ia kurang diambil berat. Hal ini kerana mungkin masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberi kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda. Antara penyakit yang berkaitan dengan stres ialah penyakit darah tinggi atau hipertensis.

Wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami stres dan kemurungan berbanding lelaki. Ia melibatkan pesakit yang tidak dapat menyelesaikan masalah dari peringkat awal lagi. Kadang-kadang masalah di tempat kerja juga memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan sehingga memporak-perandakan sesebuah perkahwinan.


Kebanyakan wanita muda yang kebiasaannya baru mendirikan rumahtangga atau mempunyai anak yang ramai mudah mengalamai masalah stres. Keadaan ini berlaku kerana mereka belum bijak menguruskan hal rumahtangga dan kerja dengan baik. Situasi ini sudah tentu membangkitkan tekanan sehingga memungkinkan masalah tekanan darah tinggi.

Wanita dwi kerja pula berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu penjagaan anak-anak, bebanan kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan prestasi kerja. Namun seandainya seseorang wanita itu bijak melalui setiap stres yang dialaminya mereka mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti.


Berikut adalah 10 cara semulajadi untuk melegakan stres tanpa bantuan ubat-ubatan:
  1. Sukan
    Menurut Gerald Fletcher, MD, seorang pakar jantung dari Mayo Clinic, Jacksonville, Florida, sekali gus juru cakap American Heart Association, bersukan selama 30 minit sehari boleh melegakan stres secara ketara. Latihan aerobik misalnya mampu membuatkan kita lebih rileks dan mengurangkan tekanan darah sistolik. Pilih kegiatan sukan yang korang suka seperti berlari, berenang dan berbasikal.
  2. Atur Kerja Dengan Bijak
    Rancang dengan baik aktiviti korang. Penting sekali untuk membuat perancangan bukan hanya jangka panjang tetapi juga jangka pendek.
  3. Berehat
    Ambil masa untuk merehatkan tubuh dan minda. Korang boleh cuba cara nii... Duduk atau berdiri santai mengadap cermin. Kemudian ambil nafas dalam-dalam dengan perlahan tetapi jangan tahan nafas. Kemudian keluarkan nafas itu secara perlahan-lahan juga. Ulang langkah ini sehingga korang berasa lebih tenang.
  4. Hobi
    Jika sebelum ini korang tidak mempunyai sebarang hobi pada waktu lapang, apa kata 'cipta' hobi untuk diri korang. Lakukan hobi korang seperti memancing, mendaki gunung, menjahit, mengait, melukis atau apa-apa yang korang senangi. Korang boleh juga melakukan pengembaraan yang belum pernah korang alami sebelum ini seperti berakit, jungle tracking, berkhemah dan sebagainya. Hobi merupakan salah satu cara untuk mengusir stres yang membelenggu diri korang. Lakukannya ketika korang dilanda stres nescaya ia mampu menenangkan diri korang kerana 'asyik melayan' hobi tersebut.
  5. Buat Diri Kamu Ketawa
    Di kala korang dilanda stres, cuba untuk menonton filem dan rancangan di televisyen yang berunsurkan komedi dan kartun. Korang juga boleh membaca bahan-bahan seperti komik lucu. Secara tidak langsung ia akan membuatkan korang ketawa sendiri tanpa korang sedari. Masih banyak perkara yang boleh membuatkan kita tertawa seperti menonton video dari youtube dan laman web humor. Percayalah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiaan. Jangan terlalu memikirkannya.
  6. Minum Susu
    Susu merupakan 'pelega' yang paling berkesan untuk meredakan stres. Dipercayai bahawa susu dapat mengurangkan kadar hormon adrenalin dalam darah. Oleh itu...jika korang stres...banyakkan minum susu...tidak kiralah susu suam mahupun yang sejuk.
  7. Cari Sahabat Untuk Mengadu
    Stres tidak harus disimpan sendiri. Bicarakan maslaah korang dengan orang terdekat yang boleh dipercayai. Setiap luahan mampu melegakan korang daripada terus bersarang dalam diri. Malah merupakan cara mengatasi tekanan yang paling mudah.
  8. Dapatkan Tidur Yang Cukup
    Jika kita penant, agak sukar untuk kita mengendalikan stres. Tidak cukup tidur akan menjejaskan keseluruhan hari. Biasanya kita mengalami hari yang buruk kerana kurang tidur. Ini menyebabkan kita tidak boleh menumpukan perhatian dan melihat suatu permasalahan lebih buruk daripada yang seharusnya. Tidur yang baik bagi seorang dewasa ialah tujuh jam sehari.
  9. Menari dan Menyanyi
    Menari dan menyanyi sorang-sorang atau berkaraoke juga boleh mengurangkan rasa stres. Bagi yang suara tak berapa nak sedap tuu...korang nyanyi laa sorang-sorang supaya tidak menganggu insan lain...atau korang bernari laa ikut kesukaan korang. Selain merehatkan minda ia juga dapat melonggarkan otot yang regang.
  10. Solat
    Bagi orang Islam...solat adalah cara yang terbaik untuk meredakan stres. Beribadah, mendekatkan diri dan mengadu kepada Allah SWT akan memberikan korang ketenangan yang abadi. Luahkan apa saja beban masalah yang korang hadapi dan mohonlah petunjuk dari-Nya agar hidup korang tidak lagi menjadi buntu.
    Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Oleh itu penting untuk wanita mengambil berat tentang kesihatan mental agar lebih sihat secara fizikal. Hal ini kerana kedua-duannya saling berkaitan. Sebagai wanita kita perlu bijak mengimbangi kerjaya dan kehidupan agar sihat dan ceria.'
Sekian.

No comments:

Post a comment