Monday, 5 December 2016

Makam Diraja Jugra.....Makam Sultan Abdul Samad

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari ni? Hari nii aku nak bawa korang untuk melihat makam DiRaja Selangor. Korang biasa dengar tak nama Bangunan Sultan Abdul Samad?? Bangunan sejarah nii laaa yang paling femes di Malaysia. Bangunan ni diberi nama seorang sultan yang sangat hebat dan yang pertama di Selangor. Tapi tahukah korang kat mana letaknya makam Sultan Abdul Samad nii... Sebenarnya aku sendiri pun baru tahu bila buat kerja kat area Jugra nii. Ok laa...ceritanya begini... 



Makam Diraja Jugra merupakan sebahagian daripada Bukit Jugra yang telah dipilih untuk kawasan permakaman keluarga Diraja Selangor pada tahun 1886. Kawasan ini juga dikenali sebagai Kompleks Pemakaman Diraja.
Kawasan yang mempunyai keluasan lebih kurang 5 ekar, terdapat binaan bangunan yang menempatkan makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang telah mangkat pada bulan Februari 1898. Almarhum memerintah dari tahun 1859 hingga 1898.

Makam-makam lain yang terletak di dalam kawasan kompleks ini adalah Makam Almarhum Tengku Muda Musa, Makam Almarhum Tunku Alfah Binti Almarhum Sultan Abdul Samad, Makam Almarhum Tunku Jaafar, Makam Almarhum Tunku Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat, Makam Almarhum Tengku Muteh Ibni Sultan Abdul Samad dan terdapat juga beberapa perkuburan seperti pusara Yang Mulia Raja Kahar, Tengku Maharum, dan Raja Muda Musa yang mangkat pada tahun 1884.  


Semasa pemerintahan beliau, Semenyih dan Beranang serta Broga dimasukkan ke dalam sempadan negeri Selangor. Sementara Lukut dikeluarkan dari jajahan negeri Selangor, diserahkan kepada Negeri Sembilan. Waris Sungai Ujong yang tidak setuju dengan hal tersebut, tidak dapat berbuat apa-apa.
Maka almarhum dikenali dengan DYMM Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad Ibni Almarhum Ungku Panglima Besar Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Raja Lumu (Sultan Salehuddin Shah-Sultan Selangor yang pertama) Ibni Almarhum Upu Daeng Celak@ Raja Tua (Yamtuan Muda Riau yang kedua) Ibni Opu Ten Ri Burang Daeng Rilaga Ibni Opu La Madusalat (La Madu Saleh) (‘Datu Of LUWU’ La Patiware’ Daeng Parebung) Bin Letta Lenderang @ Lenderang Letok Bin Paduka Sawari Gading, Datu Of Luwu, Opu na Ware (Yang Dipertuan Diware) Bin Batara Lettu Ibni Batara Guru I.





Almarhum diputerakan di sekitar 1811, di Bukit Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat. Almarhum mangkat 6 Februari 1898 pada usia 93 tahun selepas memerintah Negeri Selangor selama 41 tahun dan di makamkan di Makam DiRaja Jugra. Kuala Langat.

Warisan susur galur almarhum dari keturunan sebelah ayah baginda adalah keturunan anak Raja Bugis yang berasal dari Luwuk, Sulawesi. Almarhum mempunyai 4 orang adinda iaitu Y.M. Raja Ali Afshar, Y.M. Raja Muhammad, Y.M. Raja Mahmud dan Y.M. Raja Ngah Abdu’l Rahman. Sebelum menaiki takhta Selangor, almarhum memegang gelaran Tengku Panglima Raja dan berkuasa di Kuala Langat. menaiki takhta kerajaan Selangor selepas kemangkatan Paduka Ayahanda Saudara jua mertuanya iaitu Almarhum Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor yang ke-3.

Perlantikan almarhum sebagai Sultan Selangor Ke 4, adalah hasil dari desakan dan sokongan Raja YAM Raja Juma’at ibni al-Marhum Sultan Ja’afar ‘Ala uddin dari Lukut dan Raja abdullah dengan mendapat persetujuan dari 4 orang pembesar negeri yang lain memandangkan almarhum merupakan warisan terdekat kepada Sultan ketiga Selangor iaitu Sultan Muhammad Shah yang mangkat tanpa mewasiatkan siapa bakal waris kepada kesultanan Selangor Seterusnya. Maka berlaku pertikaian antara istana dan pegawai untuk memilih sultan berikutnya. Raja Muda Mahmud, Putera Gahara Almarhum Sultan Muhammad pada masa itu terlalu muda untuk di angkat menjadi Sultan.

Almarhum almarhum mempunyai 3 isteri dan 12 anakanda iaitu 6 putera dan 6 puteri. Isteri pertama almarhum Raja Atfah binti al-Marhum Sultan Muhammad Shah. Raja Arfah binti al-Marhum Sultan Abdul Samad, berkahwin 13 Jun 1868 dengan Tengku Dhiauddin ibni al-Marhum Sultan Zainal Rashid (Sultan Kedah), mangkat pada tahun 1896. Isteri kedua almarhum Raja Buntal binti Raja Berkat. Isteri ketiga almarhum Raja Rabeah binti Raja Sulaiman.


Anak dengan Raja Buntal binti Raja Berkat ialah Raja Muda Musa (1844-1884). Anak dengan Raja Rabeah binti Raja Sulaiman ialah Raja Kahar, Raja Ibnushah mangkat pada tahun 1881, Raja Tipah, Raja Moonah, Raja Yakub mangkat pada tahun 1875, Raja Daud dan Raja Mahmud.



Zaman pemerintahan Baginda merupakan zaman pergolakan perang saudara, merebut takhta kerajaan dan kawasan oleh anakanda raja bergelar.


Semasa pemerintahan Baginda telah melantik menantunya iaitu Tengku Dhiauddin atau dikenali sebagai Tengku Kudin menjadi ‘Wakil Mutlaknya’ memerintah Negeri Selangor. Kuasa Tengku Dhiauddin ini tidak diakui oleh pembesar-pembesar negeri terutama Raja Mahadi yang menganggap Tengku Kudin sebagai orang dagang.

• Almarhum dianugerahkan Order of St Michael dan St George (KCMG) yang membawa gelaran Sir.
• Sultan Abdul Samad adalah ahli Durbar pertama, yang diadakan pada 1897 di
Kuala Kangsar, Perak.
• Semasa pemerintahan beliau, Semenyih dan Beranang serta Broga dimasukkan ke dalam sempadan negeri Selangor. Sementara Lukut dikeluarkan dari jajahan negeri Selangor, diserahkan kepada Negeri Sembilan. Waris Sungai Ujong Dato ‘Kelana Sungai Ujong pada 30 Julai 1880 namun tidak mempersetujui akan ianya, akan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.
• Dalam masa pemerintahan almarhum perusahaan bijih telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar pemiagaan yang penting hingga telah menarik orang-orang Cina untuk membuka lombong bijih bersama-sama dengan orang Melayu. Pada zaman itu juga, Kerajaan Inggeris telah campurtangan di dalam Negeri Selangor dan telah meletakkan seorang Residen British iaitu J.G. Davidson di Selangor


• Almarhum jua telah memperkenalkan bendera dan jata negeri selangor serta membentuk Majlis Mesyuarat Negeri pada tahun 1877 berdasarkan kaedah barat dan mengikut panduan Residen Inggeris pada masa itu iaitu Bloomfield Douglas. Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri yang pertama ialah Tunku Kudin dan ahli-ahlinya iaitu:-

1. Kaptain Bloomfield Douglas
2. Raja Kahar, Putera Sultan Abdul Samad (Raja yang menjaga Kajang)

3. Raja Berkat Tengku Panglima Raja (Raja yang menjaga Kanchong)

4. James Innes (Pemungut cukai tanah dan Majistret Langat)
5. Taukeh Yap Ah Loy (Kapitan Cina di Kuala Lumpur)
6. Saiyid Zain (Wakil dan Pengurus Kebun-kebun Tengku Kudin)


Majlis Mesyuarat Negeri bersidang buat pertama kalinya di Klang pada 11 Jun, 1877 dan persidangan kali kedua telah diadakan pada 25 Jun, 1877. Almarhum Sultan Abd Samad, yang dapat dikategorikan sebagai seorang Sultan yang berdaulat, Berjiwa Rakyat dan berjiwa kental dalam menyelesaikan sesuatu kepincangan yang melanda Negeri Selangor. Sultan Abdul Samad suka mencemar duli untuk bersua secara terbuka dengan rakyatnya dan menonton sabung ayam.

Alhamdulillah makam-makam kat sini dijaga dengan baik dan dibuka untuk orang awam untuk melawat. Di sini jugak banyak tempat-tempat bersejarah dan pelancongan untuk korang lawati. 


Sekian.

No comments:

Post a comment