Monday, 12 December 2016

Lukisan Pra Sejarah Gua Tambun Lukisan Purba Zaman Neolitik..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua... apa khabar hari nii? Aku nak bawa korang ne negeri Perak bagi melihat lukisan pra sejarah yang terdapat di dinding Gua Tambun. Aku mula pertama kali ke Gua Tambun ini semasa di zaman sekolah kerana aku tinggal berhampiran dengan kawasan ini iaitu di dalam Kem Syed Putra Ipoh. Dulu aku tidak mengetahui akan keistimewaan Gua Tambun ini sehinggalah aku bekerja.....
Tak aku sangka Gua Tambun ini sangat istimewa....dan aku telah collect beberapa artikel untuk rujukan aku sendiri. Jom kita mengenalinya....
Gua Tambun ini adalah tempat berlindung dalam bukit batu kapur Gunung Panjang. Gua ini terletak kira-kira 175 meter dari paras laut. Lukisan-lukisan prasejarah yang dianggarkan berusia 3,000 tahun ini dilukis pada paras 15 meter dari lantai gua dengan keluasan kira-kira 200 meter persegi. Jaraknya cuma lapan kilometer dari pusat bandar raya ini namun kewujudan khazanah sejarah berharga di negara ini bagaikan kurang disedari. Gua Tambun yang terletak berhampiran dengan Kem Syed Putra di sini sebenarnya menyimpan koleksi lukisan purba zaman neolitik yang dianggarkan berusia lebih 5,000 tahun dan dipercayai tertua di negara ini.



Gua Tambun terletak di bawasan bukit-bukit batu kapur di bandar raya Ipoh, negeri Perak, Malaysia. Gua Tambun ini terdapat lukisan-lukisan purba Zaman Neolitik berusia 3000 tahun seperti gambar aktiviti perburuan binatang menggunakan lembing. 

Motif ini termasuklah orang Asli purba, rusa, pelanduk, kura-kura dan dugong. Motif dipercayai dugong atau serangga hutan ini menimbulkan kesangsian ramai pihak. Gua ini berdekatan dengan Kem Syed Putra, Tambun, Ipoh.

Gua ini asalnya tidak mendapat jagaan dan perhatian rapi daripada pihak arkeologi. Dikatakan pada 1959, Leftenan R. L. Rawlings dalam rondaan pada zaman darurat telah menjumpai lukisan-lukisan purba tidak ternilai ini. Beberapa batu gantung tajam (stalaktit) telah jatuh dan runtuh dan merosakkan sebahagian bahan purba ini. Oleh itu rupa bentuk gua telah tidak ada lagi. Pengunjung kemudiannya perlu mendaki kira-kira 160 anak tangga yang curam dan sebahagian struktur tangga tersebut belum sempurna pembinaannya.



Sebanyak lebih 30 bentuk lukisan prasejarah seperti bentuk binatang, manusia, aktiviti perburuan binatang menggunakan lembing dan lakaran geometri dilakar di dinding gua terbabit. Dipercayai lukisan berkenaan dilukis oleh masyarakat pra-sejarah dengan menggunakan bahan berwarna merah dikenali sebagai haemetite yang mudah didapati di kawasan batu kapur seperti Gua Tambun.


Lukisan berkenaan dijumpai secara tidak sengaja oleh seorang pegawai tentera British, Leftenan R.L. Rawlings pada 1959 ketika sedang membuat rondaan pada zaman darurat. Namun selepas penemuannya itu, tiada komitmen mana-mana pihak untuk memulihara mahupun mempromosi tarikan khazanah tidak ternilai itu.


Tinjauan Kosmo! mendapati lokasi Gua Tambun agak terpencil dan tersorok dan satu-satunya jalan untuk ke gua pra-sejarah terbabit ialah dengan merentasi sebuah ladang kuda milik sebuah syarikat swasta. Sesetengah lukisan pra-sejarah di situ didapati telah terhakis akibat faktor cuaca selain persekitarannya dicemari sampah-sarap dan kegiatan vandalisme.



Seorang penduduk, Mohamad Shahir Kamaruddin, 56, berkata, langkah jitu perlu diambil segera bagi memelihara dan memperkenalkan lukisan pra-sejarah di gua tersebut sebagai satu lagi tarikan pelancongan di bandar raya ini. Beliau berkata, lokasinya yang hanya terletak kira-kira satu kilometer dari susur keluar Tambun ke Lebuh Raya Utara-Selatan yang dibuka hampir setahun lalu dapat membantu usaha tersebut.


Namun selepas penemuannya itu, tiada aktiviti memulihara atau mempromosi diadakan  malah lukisan prasejarah ini berhadapan dengan ancaman,” katanya. Kah Woh berkata, lukisan di Gua Tambun kini menghadapi kerosakan yang sangat serius dengan imej lukisan semakin sukar dilihat ditambah dengan contengan grafiti remaja nakal. Jelasnya, beliau ingin kerajaan negeri dan jabatan berkaitan segera mengambil tindakan agar tulisan yang berusia beribu-ribu tahun itu tidak hilang akibat proses alam semula jadi atau vandalisme.


Minggu lalu kita terima aduan orang ramai yang mahu pihak berkaitan segera bertindak memastikan sejarah itu tidak hilang untuk tatapan generasi akan datang,” katanya lagi. Kah Woh berkata, lokasi Gua Tambun agak tersorok dan pengunjung perlu mendaki kira-kira 160 anak tangga yang curam malah sebahagian struktur tangga tersebut belum sempurna pembinaannya.



Kita sering promosikan Perak sebagai tempat pelancongan bersejarah jika tiada langkah diambil bagi memelihara dan memperkenalkan lukisan itu sebagai tarikan pelancongan, ia satu kerugian pada kita."


Saya minta agar kerajaan negeri khususnya Exco yang dipertanggungjawabkan dapat memberi penjelasan pada sesi penggulungan dewan kelak,” katanya. Menurut Adnan Jusoh dalam artikel 'Warisan Semulajadi Gua-gua batu Kapur di Lembah Kinta', gua-gua batu kapur di Lembah Kinta ini memainkan peranan penting dalam aspek pensejarahan dan arkeologi prasejarah di Malaysia. Buktinya, H.D.Noone dan P.V.Van Stein Callenfels telah menemui serpihan tembikar di Gol Bait pada tahun 1936.

Kemudian, Leonard Wray pula menemui serpihan manik di Gunung Cheroh, Ipoh dalam tahun 1891 dan penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2006 di Gua Mat Sirat turut menemukan serpihan tembikar, alat-alat batu dan sisa makanan.
 

Penemuan dan bukti arkeologi ini telah membuktikan bahawa gua-gua batu kapur di Lembah Kinta ini pernah menjadi pusat kehidupan masyarakata prasejarah negara. Gua-gua bukan sahaja berfungsi sebagai rock shelter tetapi menjadi tempat pengebumian. Walau bagaimanapun, gua-gua batu kapur ini sedang diancam dengan kemusnahan menerusi pembangunan pesat yang berlaku hari ini.


 Tumpuan utama yang mengkagumkan sekelian yang tiba di koridor tinggi tersebut adalah suatu siri lukisan purba yang beraneka ragam dan tema, sesetengahnya dipahat sebegitu tinggi. Persoalan pertama penulis sebaik sahaja menangkap imej lukisan-lukisan tersebut adalah ia mengimbas memori lukisan-lukisan batu di penjuru dunia yang lain khususnya di Padang Pasir Sahara di Afrika dan melalui bacaan baru-baru ini ia mengingatkan kepada simbolisme dan kultus kebudayaan purba Chu di selatan benua China.

Untuk pengetahuan umum keajaiban kebudayaan ini sesungguhnya dihasilkan oleh tangan-tangan manusia 2500 hingga 4000 tahun yang lampau bermakna ia muncul pada zaman Batuan Baru(Neolitik) dan bertindih dengan jumpaan-jumpaan di tapak Lenggong dan Sungai Batu (500SM). Ia mungkin merupakan penerus langsung kebudayaan Perak Man yang muncul sebelumnya lebih ke hulu sejajar dengan degradasi sistem hidrologi lembah Sungai Perak.

  

Persoalan yang timbul lagi, adakah lukisan tinggi ini dihasilkan dengan mudah kerana paras hidrologi purba yang lebih tinggi? Dr Mei menafikannya kerana paras air tinggi menjelang pengakhiran Zaman Ais puluhan ribu lampau agak jauh dengan kemunculan masyarakat Gua Tambun yang muncul lebih lewat ini bermakna lukisan tersebut dihasilkan dengan usaha memanjat dinding gua melalui rekahan-rekahan yang wujud atau ada teknologi sokongan yang masih belum dikenalpasti.
Lukisan-lukisan yang dihasilkan sebilangannya sangat halus dengan cat-cat dari bahan asli Hematit kemerah-merahan dan ada yang berwarna hitam dipercayai mungkin dilukis dengan prototaip berus moden yang diperbuat daripada bahagian haiwan yang berbulu ini kerana para peserta yang diberi peluang melukis dengan 'berus' ranting kayu mendapati agak sukar untuk mencapai tekstur lukisan yang rapi seperti yang dihasilkan di dinding batuan.


Fakta tersebut dapat menjawab persoalan bagaimana terdapatnya pepohonan renek mahupun renjong hatta ke kemuncak sistem geologi sedemikian di seluruh Malaysia.  Jika anda memerhatikan sistem-sistem ini di sepanjang perjalanan di atas Lebuhraya PLUS anda perlu sedar bahawa jika segala pepohonan tersebut berusia muda sekalipun ia sebenarnya adalah keturunan pepohonan asal yang mula-mula sekali tersemai pada ketika air laut mencapai aras kemuncak puluhan ribu tahun yang lampau. Tidak pelik jika dalam kes Bukit Tabor yang kelihatan kejauhan dari UIAM ketika ini kita boleh perasan kewujudan pohon kepala di lereng-lereng batuan curamnya!


Dr. Mei kemudian menyatakan bahawa kemungkinan lukisan-lukisan ini dihasilkan secara mandiri oleh masyarakat yang mewarisi apa yang dipanggil memori genetik. Tetapi jika masyarakat purba adalah lebih mobil daripada yang dipercayai umum, boleh jadi ia merupakan perwarisan daripada 'induk kongsi' (common ancestor) atau perhubungan aktif peringkat antarabangsa kerana persamaan simbolisme yang saya nyatakan seolah-olah bertindih dengan pola diaspora Kebudayaan Dong Son juga ditemui di Selatan China, Asia Tenggara bahagian Tanah Besar dan Kepulauan.


Lukisan-lukisan tersebut datang dalam beberapa kelompok latar kebanyakannya merupakan gambaran latar rimba dan mergastua yang amat terperinci seperti primat bertangan panjang, tapir, harimau kumbang, burung-burung dan yang menariknya Cik Saw menjelaskan sebilangannya menyerupai totem-totem yang disembah di seluruh dunia seperti totem Dewa Petir yang menyerupai beruang kecil berwarna hitam. Selain itu penulis dapat menangkap imej manusia yang unik dan menyerupai imej entiti roh di Chu, selain tempat berteduh ringkas berbentuk separa-bulat mungkin diperbuat daripada kepingan dedaunan atau kulit haiwan. Terdapat juga imej yang disangkakan dugong atau memerang dan ia mungkin merupakan gambaran seekor anjing atau singa laut. Pendek kata perkumpulan pelbagai 'kerajaan mergastua' ini menjelaskan bahawa memori penghasil bersifat global.

Pada bahagian yang lain boleh didapati satu gambaran suasana kumpulan ternakan domestik yang dilukis dengan teknik x-ray menampakkan hanya bahagian struktur rangka binatang bovin yakni lembu, dan pelukis dengan terperinci menggambarkan seekor anak lembu yang masih berada di dalam rahim induknya. (Antara lukisan-lukisan yang kelihatan. Cat yang digunakan daripada mineral hematit. Perhatikan anak lembu yang masih berada di dalam kandungan).
Apabila disebut bahawa haiwan-haiwan ini merupakan totem-totem animistik ia amat relevan sedemikian kerana terdapat juga pada ia bentuk-bentuk haiwan mitos dan juga unsur alam lain seperti pepohonan dan jasad solari. Amat wajar jika ada yang beranggapan bahawa ini adalah grafik Dunia Semangat seperti yang dapat dilihat di Ayers Rock, Australia dan lain-lain. 'Makkah Kecil' masyarakat spiritual purba.

Tambahan daripada itu, kita perlu menjustifikasikan ciri budaya sebegini sebagai sesuatu yang amat signifikan dalam masyarakat neolithik kerana seperti perkembangan kebudayaan dan ketamadunan yang datang kemudian kemahiran melukis, menulis dan perkultusan beragama adalah suatu kelebihan yang hanya dipunyai oleh golongan elit dan tidak janggal apabila dinyatakan bahawa lukisan-lukisan ini merupakan piktogram proto yang bakal berkembang menjadi sistem penulisan misalannya pada masyarakat neolithik dan dinasti awal China dan Selatan China seperti pada penghasilan sistem tulisan 'Tulang Tenung Nasib' (Oracle Bone) dan tulisan 'Huruf Mohor'(Seal Script). Hal ini tidak pelik kerana wilayah Chu boleh dikatakan merupakan wilayah yang menjadi penghubung kebudayaan Sinaitik Lembah Kuning dan kebudayaan Melayu Austronesia di sepanjang pesisiran Lautan Timur.



Lukisan ini mungkin merupakan imej spiritual dan penyembahan yang dihasilkan sebagai artifikasi objek sebenar semisal penghasilan piramid di Mesir, Sumeria dan China sebagai ganti simbolisme gunung yang tidak terdapat di kawasan berhampiran penempatan masyarakat. Imej matahari di Gua Tambun boleh dikira sebagai ganti kepada matahari terbit yang sebenar kerana ia tidak dapat dilihat dari sisi dinding batuan gua yang menghadap ke arah matahari tenggelam.


Penyelidikan kebelakangan ini oleh pihak PPAG USM sedang ke arah usaha memelihara dan memulihara lukisan dinding gua tersebut kerana di samping dicemari perbuatan vandalisme masyarakat yang pentingkan diri sendiri dan ego, ia juga dalam tempoh ribuan tahun senantiasa diancam elemen cuaca seperti hujan dan panas yang melapuk dan melekangkan di samping hakisan dan repihan berterusan. Penulis dimaklumkan bahawa imbasan laser oleh pihak pengkaji USM dan seorang pengkaji warga British menemukan imbasan lukisan-lukisan yang hilang di sebalik lukisan sedia ada kerana masih ada pigmen catan yang masih tersisa. Pihak pengkaji sedang dalam usaha berterusan untuk menghasilkan pemetaan terperinci dan menyeluruh setiap aspek tinggalan di dinding gua tersebut.
 

Bagi yang bertanya apakah kesimpulan relevan bagi tapak ini?


Jawapan yang pasti adalah ia merupakan warisan kebangsaan yang begitu mendunia menghubungkan kebudayaan lampau dari Ireland hingga ke Hokkaido, dari Sungai Kuning hingga ke Australia. Di Gua Tambun inilah tersimpannya rekod nenek moyang untuk dikenali anak cucu mereka pada tatkala mereka suatu ketika dahulu merentas pelbagai benua dan lautan agar yang menjiwai faham erti "Bagai sireh pulang ke gagang" dan manusia itu berasal dari satu jiwa yang sama.

Pada penulis, secara peribadi amat didorong untuk menziarahi kembali tapak ini, kerana dengan kepercayaan falsafah arkeologi yang pro-spiritual, yang mati itu sebenarnya kekal hidup di alam lain, dan yang ditinggalkan oleh yang mati itupun kekal hidup untuk terus diwarisi oleh generasi yang akan datang.

Demi melihat lukisan merah prasejarah yang berusia 3,000 tahun di Gua Tambun, kami terpaksa "menceroboh" tempat orang lain. Kami memasuki Padang Kuda dan mengikuti jalan pasir di tepi padang untuk menuju kaki bukit Gua Tambun. Hal ini kerana ia satu-satunya jalan untuk sampai ke kaki bukit Gua Tambun terletak dalam padang kuda yang merupakan tanah persendirian.

Gua Tambun diiktiraf sebagai tapak warisan negara pada 2010 kerana lukisan merah Zaman Neolitik yang berusia 3,000 hingga 4,000 tahun di dinding gua tersebut.

Gua Tambun terletak di sebuah bukit batu kapur di Tambun, Ipoh, Perak. Lukisan merah di dinding gua telah dijumpai oleh seorang pegawai tentera British pada tahun 1959.

Lukisan gua itu berwarna merah disebabkan sejenis batu mineral merah atau Hematit yang digunakan oleh manusia prasejarah untuk melukis benda yang dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Kini, kaki bukit Gua Tambun masih boleh menjumpai Hematit. Walaupun melalui masa ribuan tahun, sesetengah lukisan di Gua Tambun mulai pudar, namun sebahagian besarnya masih boleh nampak dengan jelas.

Mengikut pensyarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia Goh Hsiao Mei, lukisan merah prasejarah Gua Tambun merupakan satu-satunya lukisan "merah" yang terdapat pada gua di Semenanjung Malaysia yang tak ternilai harga.

Namun, Goh (kiri) mengeluh bahawa usaha konservasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa tidak mencukupi untuk menangani masalah yang semakin meningkat di Gua Tambun. Pada masa kini, lukisan gua ini turut diancam dan dicemari perbuatan vandalisme yang dilakukan oleh penduduk sekitar itu yang kurang kesedaran akan kepentingan lukisan prasejarah ini.

Malah, Goh berkata jalan yang sesuai untuk sampai ke kaki bukit Gua Tambun pun tidak ada, sebaliknya pengunjung hanya boleh menggunakan satu-satunya jalan yang terletak di padang kuda yang merupakan kawasan persendirian. Keadaannya tambah buruk apabila pemilik padang kuda menyekat pintu masuk di kedua-dua belah depan dan belakang Padang Kuda dengan membina penghadang besi sambil meletakkan papan tanda kecil "No Entry".

Bagaimanapun, terdapat satu laluan masuk kecil di tepi Padang Kuda, namun ia turut cuba disekat dengan meletak papan kayu yang tingginya selaras dengan lutut manusia. Goh berpendapat bahawa pengurusan pihak berkuasa terhadap Gua Tambun akan lebih berkesan jika mendapat sokongan penuh dari masyarakat tempatan. Beliau mencadangkan bahawa perundingan berkaitan dengan akses ke tapak haruslah dijalankan secepat mungkin. Goh yang turut merupakan ahli arkeologi PPAG mula mengikuti perkembangan Gua Tambun sejak dua tahun dahulu setelah beliau tamat pengajiannya di luar negara.

Katanya, ketiadaan jalan yang baik untuk pengunjung ke kaki bukit Gua Tambun telah mematahkan keinginan orang ramai untuk melihat lukisan prasejarah ini, malah tapak warisan negara ini makin diabaikan. Goh membawa kami menyeberangi papan kayu setinggi lutut manusia itu lalu lompat masuk Padang Kuda melalui laluan kecil di tepi padang. Seterusnya kami mengikuti jalan pasir di tepi padang menuju ke kaki bukit Gua Tambun.

Simbol adalah sesuatu aspek yang menjelaskan kebolehan manusia berbanding spesis lain. Kebanyakan corak pemikiran yang intektual contohnya berpidato adalah menggunakan symbol . Bagaimanapun, sesuatu perkataan atau sesuatu tanda tertentu melambangkan suatu symbol tertentu sahaja. Contohnya bintang dan jalur garisan, apabila kita melihatnya sepintas lalu ia kelihatan seperti bendera Amerika, maksudnya setiap corak mempunyai sejarah sekiranya kita telah sedia maklum. Tetapi, tiada apa-apa dalam sesuatu corak yang menjelaskan ia mewakili sesuatu negara. Sebenarnya sesuatu symbol hanya boleh di terjemahkan oleh sesuatu kumpulan budaya tertentu contohnya lukisan gua prasejarah Scandinavia yang menurut pandangan kasar kita adal sebuah perahu, tetapi kita memerlukan kajian lebih mendalam kerana ia mungkin sebuah papan luncur yang digunakan dikawasan sejuk.

Salah satu bukti arkeologi yang penting ialah lukisan gua yang terdapat di seluruh dunia. Diantara lukisan awal ialah di Perigord dan dan Pyrenees di France dan Cantabria di utara Sepanyol berusia Paleolitik sekitar 30,000 tahun BC. Bagaimanapun kebanyakan tapak lukisan berusia sekitar 10,000 BC .

Terdapat beberapa klasifikasi yang menunjukkan gaya atau attribute yang terdapat pada lukisan gua prasejarah, diantaranya ialah:

a. zoomorfik

b. Antromorfik

c. Geometri

d. Abstrak

e. Sinar x

Lukisan gua di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis mengikut bahan yang digunakan untuk melukisnya iaitu :

a. lukisan yang menggunakan hematite (iron oxide atau red ocre). Di Semenanjung Malaysia lukisan jenis hematite hanya terdapat di Gua Tambun,Ipoh manakala di Malaysia Timur ia terdapat di Gua Lobang Kain Hitam, Niah, Sarawak.

b. lukisan menggunakan arang (lukisan monokromatik)

Tapak-tapak lukisan Gua di Malaysia:

1. Gua Tambun, Ipoh

2. Gua Kelilawar Sungai Siput,Perak

3. Gua badak,Lenggong,Perak

4. Gua Dayak,Lenggong, Perak

5. Gua Gelok,Lenggong, Perak

6. Gua Batu Puteh, Lenggong,Perak

7. Gua Tukang,Lenggong,Perak

8. Gua Batu Puteh, Kodiang,Kedah

9. Gua Batu Chincin, Ulu Kelantan

10. Gua Jaya, Ulu Kelantan

11. Gua Luas, Kuala Kenyam,Pahang

12. Gua Lobang kain Hitam,Niah,Sarawak

Lukisan Gua Tambun: Lukisan di Gua Tambun mempamerkan motif antromorfik iaitu imej manusia sedang menari, duduk mencakung, dipercayai sedang melakukan upacar ritual atau berpesta. Manakala bentuk antromorfik iaitu imej haiwan seperti ikan dugong, tapir, harimau,rusa, kura-kura atau penyu, kambing gurun dan sebaginya makala imej geometri diwakili bentuk abstrak diwakili lukisan titik, garisan . Lukisan dalam bentuk sinar –x dilihat pada imej anak rusa yang terdapat dalam perut ibunya . Lukisan Gua Tambun mempunyai banyak persamaan dengan lukisan di Gua Tham Rob, Thailand serta beberapa gua di India dan Sri Lanka.

Lukisan Gua Lobang Kain Hitam,Niah: Gua ini terletak pada banjaran Gunung Subis, pada formasi yang sama dengan The Great Cave - Gua Niah. Gua Lobang Kain Hitam (the painted cave) ini memaparkan lukisan prasejarah seperti motif perahu, imeg antromorfik manusia sedang menari dan bersayap yang dilukis dengan hematite. Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kepercayaan terhadap alam akhirat dan upacara pengkebumian. Ekskavasi yang telah dijalankan disini menemukan beberapa perahu sebagai keranda yang berfungsi untuk menyimpan mayat . Pentarikhan radiocarbon terhadap perahu menunjukkan ia berusia 1,200 tahun dahulu. Selain itu turut ditemui ialah alat-alat pengkebumian seperti perhiasan diiri dari siput, manik-manik dan seramik cina yang menunjukkan adanya ritual mengiringi kematian tersebut.

Lukisan Gua Badak, Lenggong: Lukisan gua Badak seperti lukisan-lukisan lain yang menggunakan arang di Lembah Lenggong memaparkan lukisan-lukisan yang agak baru berbanding lukisan Gua Tambun dan Gua Lobang kain Hitam dan dipercayai dilukis oleh masyarakat Negrito yang mendiami gua-gua tersebut. motif-motif antromorfik seperti imej manusia sedang menari, berburu, memanah, memikul galah panjang, menangkap ikan dengan jaring, orang sedang menunggang gajah, berkawad dan sebagainya. Manakala imej zoomorfik diwakili oleh imej beruk sedang memanjat pokok kelapa, biawak, kura-kura dan sebagainya. Corak geometri banyak terdapat dalam lukisan ini yang sebahagiannya mempunyai persamaan dengan motif-motif yang terdapat dalam budaya material masyarakat Negrito. Adalah dipercayai lukisan yang dilukis disini menggambarkan satu ekspresi atau cetusan ide dari pengalaman, pemikiran estetika masyarakat tersebut yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan.

Lukisan gua berperanan sebagai satu medium untuk berkomunikasi, sebagai masyarakat prasejarah yang primitive . Lukisan gua-gua merupakan gambaran sebuah cetusan ide, pemikiran universal, pengalaman, perjuangan, dan harapan hidup manusia pada zaman tersebut. Dengan melukis imej-imej haiwan yang akan di buru, maka para pemburu ini merasakan mereka akan menguasai binatang buruannya (sympathetic magic). Hal ini antara lain ditunjukan oleh gambaran sejumlah besar binatang yang terkena panah atau terluka. Lukisan ini juga adalah gambaran pengalaman yang berdasarkan pada sumber inspirasi dari cara hidup serta kebergantungan kepada sekitaran, yaitu hidup berburu dan mengumpulkan makanan. Lukisan yang selama ini ditemukan selalu menggambarkan kehidupan sosial ekonomi , teknologi untuk berburu dan memungut dan menangkap ikan. Selain itu ia juga melibatkan sistem kepercayaan serta upaca ritual yang dilakukan contohnya pengebumian dan kepercayaan terhadap kuasa supernatural, makhluk halus dan alam akhirat selain menunjukkan adanya struktur social masyarakat yang berbudaya.

 Lukisan ini dilukis menggunakan hematit iaitu sejenis batuan berwarna dengan pelbagai hira merah, jingga dan ungu gelap. Beberapa jenis fauna dan flora tempatan, figura manusia dan corak geomatrik menjadi pilihan seperti rusa, ikan, kura-kura, babi hutan, dugong dan tapir serta lain-lain imej yang sukar dikenalpasti kerana terlalu kabur. Salah satu lukisan yang menarik perhatian adalah seperti seekor rusa bunting dengan anaknya masih didalam kandungan.

Untuk pengetahuan korang....Lukisan Prasejarah Gua Tambun ini telah diwartakan untuk perlindungan pemuliharaan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara.

Sekian. 

2 comments: