Friday, 9 December 2016

Galeri Kuala Lumpur Asalnya Adalah Pejabat Pengawal Pos Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hai korang.... hari ni aku nak cerita tentang sejarah sebuah bangunan ini yang femes dengan mercu 'I love KL".....yang datang ke sini mesti bergambar kat "I Love KL" nii sebab cantik dan cute...Bangunan ini terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka. Bangunan ini sekarang di jadikan Galeri Kuala Lumpur...tetapi dahulunya ianya berfungsi sebagai Pejabat Pengawal Pos Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jom kita kenali bangunan nii....


Bangunan Pejabat Pengawal Pos Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dibina tahun 1899 dan telah direka oleh A.C.Norman. Manakala kontraktornya pula adalah Ang Seng (Public Works Department Factory). Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak $37,363. Ia mulanya dibina untuk tujuan Pejabat Percetakan pertama negeri Selangor dan kemudiannya Negeri-negeri Bersekutu. Pada masa itu ia bertanggungjawab mencetak warta-warta kerajaan, borang-borang, buku-buku rasmi kerajaan dan tiket kereta api.


Walaupun ia pernah dikritik hebat dan dibaratkan selonggok batu bata yang disusun segi empat sama serta dikukuhkan oleh tiang besi dan alang. Kenyataan itu dibuat berdasarkan keadaan bangunan yang tidak dilepa dengan simen, kecuali tiang dan bingkai gerbang tingkap OrielBangunan yang dibina pada tahun 1909 ini tidak mempunyai unjuran bumbung atau laluan beranda. Bangunan ini bertambah menarik dengan tebar layar bentuk Flemish yang bertakhta acuan konkrit tiga segi.




Kubah kecil bentuk labu bawang putih sebagai pengapit dibina di kiri dan kanan tebar layar. Gerbang tingkap Oriel yang terletak di tingkat bawah pula dihiasi baji batu manakala tingkap atas dibina ringkas bentuk segi empat bujur. Terdapat pendapat yang mengatakan bangunan ini paling praktikal kerana reka bentuknya yang ringkas membezakan daripada bangunan lain yang dibina awal abad ke-20.


Kubah kecil bentuk labu bawang putih sebagai pengapit dibina di kiri dan kanan tebar layar. Gerbang tingkap Oriel yang terletak di tingkat bawah pula dihiasi baji batu manakala tingkap atas dibina ringkas bentuk segi empat bujur.


Terdapat pendapat yang mengatakan bangunan ini paling praktikal kerana reka bentuknya yang ringkas membezakan daripada bangunan lain yang dibina awal abad ke-20. Pada tahun 1940-an, terdapat pengubahsuaian dengan menambah unjuran pada bumbung bagi melindungi tingkap bangunan daripada cepat rosak akibat terdedah kepada cuaca.  Dari tahun 1961 hingga 1977, bangunan ini menempatkan Kementerian Buruh. Namun begitu pada 16 Julai 1977, bangunan ini telah diambil alih oleh Pejabat Pengawal Pos Wilayah Persekutuan yang mana ia juga dikenali sebagai JKR 92.


Pada tahun 1986, kerja membaik pulih bangunan dilakukan oleh Hajeedar & Associates untuk dijadikan sebagai Pustaka Peringatan Kuala Lumpur (1987 hingga 2002) dan pada 2003 bangunan ini dibaikpulih untuk dijadikan Galeri Kuala Lumpur.



Walaupun bangunan ini telah bertukar fungsinya daripada sebuah pejabat pentadbiran ke sebuah galeri tetapi struktur asalnya masih kekal terpelihara. Korang akan dapat melihat rekabentuk tingkap asalnya...pintu asalnya...fasad dan sebagainya. Ada rasa sense of nostalgia bila korang masuk ke dalam bangunan ini.



Galeri Kuala Lumpur ini juga sangat menarik untuk korang lawati...korang boleh berada seharian suntuk dan leka dengan pameran yang ada. Jangan lupa untuk datang ke sini...dan galeri ini sentiasa penuh dengan pelancong. 

Sekian.

No comments:

Post a comment