Friday, 17 February 2017

Filem Review : Surga Yang Tak Dirindukan

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Apa khabar yea hari ini? Hari nii aku nak bawa korang menonton filem Indonesia yang sangat bagus nii. Aku bukannya peminat citer Indonesia tetapi terus terang aku katakan....filem nii antara filem yang terbaik patut korang tengok. Filem ini akan membuat korang melihat dari sudut pandangan yang berbeza...tidak seperti filem atau drama Melayu di Malaysia. Aku sendiri menontonnya 2 kali...kali pertama aku menonton sendiri dan kali ke duanya aku paksa hubby aku untuk menontonnya.



Hubby aku memang sangat susah nak ajak menonton tv bersama kerana dia suka layan tab...tapi disebabkan aku dok paksa dia...dengan paksa rela dan menyampahnya...terpaksa laa jugak dia tengok. Akhirnya dia sendiri melekat kat depan tv tengok citer nii.....dan suka dengan jalan ceritanya yang lain daripada lain.





Aku dapat citer nii pun daripada kengkawan aku...diorang download. Yang bestnya citer ada sambungan yang ke 2 ditayangkan di Indonesia pada 15 Disember 2016 yang lalu.....selain jalan ceritanya yang menarik...aku juga menyukai latar belakang/lokasi pembikinan filem ini dibuat. Korang memang patut tengok filem nii....
 


Surga yang Tak Dirindukan adalah filem Indonesia yang ditayangkan pada tahun 15 Julai 2015. Ianya merupakan adaptasi daripada novel karya Asma Nadia dengan judul yang sama dan menjadi top dengan 2 juta penonton. 


Filem ini mengisahkan kehidupan berumahtangga bukannya poligami.....Sikap manusia itu boleh berubah dengan sekelip mata apabila ditimpa dugaan. Ada yang tak dapat menerimanya dengan tenang....Pernikahan Arini (Laudya Cynthia Bella) dan Pras (Fedi Nuril) mendatangkan kebahagiaan dengan hadirnya Nadia, puteri mereka. Pras yang baik dan setia selalu menenangkan Arini. Berbagai kisah perselingkuhan di sekelilingnya, termasuk sahabat dekatnya, tidak sekalipun mengusik kepercayaan Arini terhadap sang suami. Arini pun berusaha mengabdikan diri sepenuh hati sebagai ibu dan isteri menurut cara Islam.




 Tak disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..... cinta Arini dan Pras diuji. Suatu hari, dalam perjalanan menuju pejabat, Pras telah menolong sebuah kenderaan yang dalam kemalangan yang mana pemandunya seorang perempuan sarat mengandung dengan pakaian pengantin.




Kandungan Mei Rose berjaya diselamatkan dan diberi nama Akhbar. Mei Rose (Raline Shah) berusaha untuk membunuh diri setelah lelaki yang berjanji menikahi menipunya. Pras tidak sanggup untuk meninggalkan bayi dan perempuan tersebut yang hidup sebatang kara dan tiada semangat untuk hidup. Pras jatuh kasihan pada Mei Rose. Mei Rose meminta Pras untuk menikahinya.

Tidak disangka, Mei Rose sangat berbahagia dengan pernikahannya dengan Pras. Mei Rose merasa terharu dan bahagia apabila dinikahi oleh lelaki sebaik Pras. Pras pula semakin hari semakin merasa bersalah pada Arini.

Saat Pras berusaha menceritakan poligaminya pada Arini, ayah Arini meninggal. Suasana semakin berat bagi Pras saat mendengar pengakuan ibu Arini kalau ayahnya juga poligami. Demi kebahagiaan Arini, ibunya merahsiakan poligami ayahnya dan ikhlas menerima takdirnya.



Akhirnya kenyataan poligami Pras diketahui juga oleh Arini. Bahtera perkawinannya yang ideal, runtuh seketika.
  • Fedi Nuril sebagai Prasetya
  • Laudya Cynthia Bella sebagai Arini
  • Raline Shah sebagai Mei Rose
  • Sandrinna Michelle sebagai Nadia
  • Kemal Palevi sebagai Amran
  • Tanta Ginting sebagai Hartono
  • Zaskia Adya Mecca sebagai Sita
  • Landung Simatupang sebagai Sutejo (ayah Arini)
  • Ray Sitoresmi sebagai Sulasti (ibu Arini)
  • Vitta Mariana sebagai Lia
Jalan ceritanya memang menyedihkan tetapi si suami seorang yang sangat cool dalam mengawal situasi. Isteri ke dua juga seorang yang sangat sabar menghadapi keadaan.
Apa artinya rumah jika tak lagi menjadi pelabuhan yang tenang bagi hati seorang suami? Apa jadinya syurga jika ia tak lagi dirindukan? Benarkah dongeng seorang perempuan harus mati agar dongeng perempuan lain mendapatkan kehidupan?



Aku sangat suka dengan jalan cerita filem ini. Kadang-kadang kita kena buka fikiran kita kepada sudut yang berbeza...mengetahui cerita yang sebenarnya dan bukan menyalahi semua orang. Jika kita menerima...mungkin diri kita akan jadi lebih tenang. Memang pahit tapi Allah lebih mengetahui akan segalanya. Aku bagi 4.5 bintang untuk filem ini.

Sekian.

No comments:

Post a comment