Saturday, 10 December 2016

Tapak Bukit Jawa Asalnya Lantai Sungai Perak Di Zaman Kuno

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Semoga sihat-sihat sahaja hendaknya hari nii. Entri hari nii aku nak cerita pasal tapak arkeologi. Kat Malaysia memang banyak tapak arkeologi tetapi kurang popular dengan masyarakat umum kecuali pelajar dan juga penyelidik. Tapak arkeologi yang ada di Malaysia ini juga tak kurang hebatnya dengan Negara luar hingga diikhtiraf oleh pihak UNESCO sebuah badan NGO dunia.


Bukit Jawa merupakan sebuah tapak terbuka yang mendedahkan bukti kebudayaan Paleolitik. Tapak ini berada pada kedudukan latitud 50 07.72’ utara dan longitud 1000 59.55’ timur, dengan ketinggian 104 meter di atas aras laut. Tapak ini telah ditemui oleh Datuk Zuraina Majid pada tahun 1987 dan dijalankan kajian pada 1996.


Tapak Bukit Jawa telah mendedahkan semua lokasi yang mempunyai enapan kelikir sungai pada ketinggian melebihi 72 meter di atas aras laut berpotensi digunakan oleh masyarakat prasejarah.  Bukit Jawa mencapai setengah kilometre persegi, dipenuhi dengan kelikir Sungai Perak Kuno yang berketebalan 50 cm hingga 1.2 meter Batu kelikir di sungai ini juga digunakan oleh masyarakat Paleolitik pada 100,000-200,000 tahun dahulu untuk membuat alat batu mereka. 

Tapak Bukit Jawa asalnya ialah lantai Sungai Perak. Kajian paleoalam mendedahkan Bukit Jawa adalah sebuah pulau di dalam tasik kuno Lenggong. Pembentukan tasik kuno Lenggong adalah akibat daripada keruntuhan Gunung Hong yang telah menyekat aliran Sungai Perak kuno yang membentuk tasik yang tiga kali lebih bedar dari Tasik Chenderoh sekarang (zuraina majid dan tjia 1988) .


Bukit Jawa mendedahkan bukti lapisan kelikir sungai enapan Sungai Perak kuno yang telah digunakan oleh masyarakat Paleolitik untuk dijadikan tempat membuat alat batu mereka pada sekitar 100,000 – 200,000 tahun dahulu. Mereka menggunakan batu pelandas, batu teras dan batu pemukul untuk membuat alat pebel dan alat repehan. Aktiviti ini menghasilkan ratusan ribu sisa kerja dalam bentuk ketulan, repehan dan serpihan batuan.

 
Alat batu Hoabinh yang ditemui diBukit Jawa Lenggong ini adalah bukti wujudnya Zaman Paleolitik yang sama seperti alatan di Vietnam. Warisan Arkeologi Lembah Lenggong telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 30 Jun 2012 lalu amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia terutama penduduk tempatan Lembah Lenggong.


Penganugerahan status tapak warisan dunia adalah bertepatan kerana Lembah Lenggong sudah terkenal sebagai pusat perkembangan tamadun manusia yang paling lama dari zaman Paleolitik ke zaman Neolitik dan zaman Logam. Semua ini terbukti dengan beberapa alas an. Pertama, penemuan bukti peralatan seperti kapak genggam (handaxe), alat peneta (chopper) dan alat repehan (flake tools) di Bukit Bunuh yang didiami sejak lebih 1.83 juta tahun, bukti kewujudan aktiviti manusia terawal di Asia. 


Kedua, penemuan “Perak Man” di Gua Gunung Runtuh, rangka manusia Paleolitik terlengkap yang ditemui di Asia Tenggara yang mewakili kehidupan 10,000 tahun dahulu, dan ketiga, pemilikan kawasan sumber arkeologi dan arkeogeologi yang masih bersifat autentik dan in-situ, iaitu kekal ditempat asal, ditapak terbuka dan tidak terusik oleh gangguan dan arus permodenan semasa.

Rugi tau kalau korang tak pernah sampai kat sini.....


Sekian.

No comments:

Post a comment