Friday, 13 January 2017

Book Review: Suamiku Paling Sweet

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 
 
Hai korang...Apa khabar semuanya hari nii. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Hari nii aku masih lagi nak buat book review sebab baru jer beli novel niiNovel nii sebenarnya tak de dalam perancangan pun aku nak beli sebab macam ala-ala remaja jer... Tapi tangan nii gatal pulak mencapainya masa pergi ke POPULAR Bookstore sebab harganya murah serta ada diskaun....kalau tak salah aku RM 16 kot.... masa tuu aku memang borong banyak buku sebab ada yang harganya RM 10 jer dan ada juga yang diskaun 25%. Disebabkan suami aku pun kadang-kadang ala-ala sweet gitu...aku pun nak jugak tahu...adalah novel nii sesweet hubby aku...ceeewaaah...

  


Jom kita baca sinopsisnya.....
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS


Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” – IZZ
“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA
“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ


Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya.

Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.



Qisya terpaksa mengikut kata mamanya dalam keadaan paksa rela, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiey. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan.

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.



Bagi aku...ok laa....boleh layan la novel nii. Suami yang sweet dan penyabar dengan karenah isterinya. Dugaan yang berlaku kerana usia yang masih muda untuk mengenali alam berumahtangga.
Rupanya tak lama lagi akan ada drama adaptasi dari novel Suamiku Paling sweet niii.....drama yang bakal menampilkan gandingan hero dan heroin baru iaitu Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal dan Mawar Rashid sebagai Qisha. Diharap juga gandingan ini dapat menghasilkan keserasian yang boleh memikat hati penonton untuk menonton drama ini dan seterusnya menjayakan drama ini.

Details
Tajuk: Suamiku Paling sweet
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 13 Februari 2017
Hari Tayangan:  Isnin - Khamis
Masa Tayangan: 6.58 Petang
Saluran: Slot Akasia TV3
Episod Penuh:  30 Episod
Pengarah: Zul Huzaimy
Waaahhhhh......tak sabar rasanya menunggu kemunculan drama tersebut.

Sekian.

No comments:

Post a comment