Wednesday, 7 December 2016

Book Review: Salina

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari  nii aku nak cerita tentang satu novel yang sangat tip top hingga ke hari ini...bukan hanya tip top tetapi memenangi beberapa anugerah hebat. Dah lama aku dengar pasal novel karya A. Samad Said ini....Alhamdulillah bila novel ini dicetak semula dan dijual di MPH. Hepi sesangat aku...sebab aku nak tahu sangat kenapa novel ini sangat tip top dan berjaya. Sebenarnya ini novel yang kedua A. samad Said aku baca...novel pertama beliau yang aku baca ialah Langit Petang.

Novel Langit Petang..bahasa penulisannya bagi aku agak kasar....ada waktunya aku tak boleh nak terima...so aku ingat novel Salina pun macam tu jugak...rupanya sangkal aku meleset.


Ternyata novel Salina ini ada keistimewaan dan sememangnya sebuah novel Melayu yang paling HEBAT. Aku difahamkan ramai pengkaji atau pengkritik sastera menyatakan bahawa novel ini memiliki mutu penciptaan novel yang bertaraf antarabangsa. Aku mengambil masa 5 hari untuk habis membacanya yang sebanyak hampir 600 muka surat (novel ini mengandungi lebih kurang tiga puluh tiga atau tiga puluh empat bab dan dianggarkan mempunyai kira-kira 160, 000 patah perkataan).



Novel ini mengisahkan kehidupan sebahagian daripada mangsa-mangsa Perang Dunia Kedua di sebuah perkampungan kecil di Singapura yang bernama Kampung Kambing kerana dibina di atas tapak lading kambing yang disewakan oleh seorang lelaki india yang bernama Kurupaya. Penghuninya yang tinggal di kampung ini ialah Siti Salina dan kekasihnya Abdul Fakar, Hilmy dan ibunya Khadijah, Zarina seorang janda serta anak tirinya iaitu Nadihah, Mansur dan Sunarto anak yang dipungut oleh arwah bapa Nadihah serta Haji Karman.

Salina adalah seorang pelacur yang menyara dan memelihara Abdul Fakar yang pemalas bekerja dan sering meminta duit daripada Salina untuk pergi berjoget dan minum arak.


Kekuatan novel Salina ini terletak pada gambaran yang terperinci aentang hidup terhadap watak yang terlibat dengan peristiwa serta suasana persekitaran di Kampung Kambing ini. Ini berjaya dilakukan dengan penggunaan teknik yang berkesan dalam aspek-aspek dialog, lintasan kembali dan imbas muka. Hinggakan terasa loya tekak aku bila diceritakan tentang Kampung Kambing nii.


...........“ Sebanyak lima puluh ringgit telah didahulukan sebagai wang kopi masuk ke rumah itu dan setelah berjanji bersedia membayar dua puluh ringgit setiap bulan dengan waktu pembayarannya ditetapkan, maka baharullah bilik yang beratapkan zing-zing tong minyak, daun rumbia dan kulit-kulit kayu balak dengan berlapiskan tikar-tikar getah yang buruk dan di atasnya pula merayap-rayap liar daun-daun labu yang segar, berdindingkan kayu-kayu, peti susu, zing-zing tong minyak, kulit-kulit balak, kadbod-kadbod serta berlantaikan tanah itu menjadi hak milik sewaannya, tempat mereka berlindung daripada panas dan hujan.”



Antara penceritaan yang memberikan aku kejutan dalam novel Salina ini rupanya....Salina adalah merupakan seorang anak yang datang daripada keluarga yang kaya dan berada. Bapanya menjual permata dab Salina mempunyai orang gaji dan juga pemandu yang akan membawanya ke sekolah. Namun, disebabkan oleh Perang Dunia Kedua yang memusnahkan segala harta benda dan ahli keluarganya menyebabkan dirinya tinggal sehelai sepinggang dan perlu bekerja sebagai pelayan bagi menyara kehidupannya.


Yang menjadi persoalan dalam diri aku....kenapa Salina nii beria-ria benar untuk menyara Abdul Fakar sedangkan mereka tiada hubungan persaudaraan pun...persoalan ini sentiasa bermain di minda aku hingga nak sampai ke penghujung novel.




Abdul Fakar seorang yang suka mabuk, gila perempuan dan suka memukul Salina. Walaupun di pukul, Salina tetap menyayangi Abdul Fakar kerana wajah Abdul Fakar seiras dengan wajah arwah kekasihnya yang mati dalam peperangan iaitu Muhammad Yusuf. Salina asalnya adalah anak orang kaya. Walau bagaimanapun, selepas berlakunya perang dan keluarganya terkorban, Salina terpaksa menjadi pelacur untuk menyara kehidupan seharian.

Hilmy, seorang remaja yang masih bersekolah sering mendapat bantuan kewangan daripada Salina untuk membeli buku dan ubat untuk ibunya yang sering sakit. Bantuan ini dilakukan tanpa pengetahuan Abdul Fakar. Ibu Hilmy, Khadijah, banyak menasihati Salina supaya menyimpan wang untuk masa depan sendiri.


Novel ini juga menyentuh cerita tentang Nadihah yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk menjadi pelayan tanpa kemahuannya. Ini disebabkan Sunarto gagal memberikan wang perbelanjaan yang cukup setiap hari kepada Zarina kerana hasil daripada membawa beca semakin merosot dengan wujudnya teksi di tempat mereka. Walaupun Sunarto sering dihalau di hadapan penduduk kampung berkali-kali, Sunarto enggan keluar daripada rumah kerana dia tidak mahu meninggalkan Nadihah yang sering diganggu oleh Abdul Fakar.

Abdul Fakar telah membuat perkara sumbang terhadap Nadihah tetapi  tidak mengetahuinya oleh Salina, begitu juga dengan Zarina, ibu tiri Nadihah.


Hilmy kemudiannya jatuh cinta terhadap Nadihah semasa dia mengikuti kursus dan sambung belajar. Mereka saling jatuh cinta apabila sering berbalas surat. Hilmy meminta Nadihah membacakan surat untuk ibunya kerana ibu Hilmy buta huruf.

...................“ Hilmy jangan susah,” kata Siti Salina menyambung terus, “kakak akan tolong Hilmy. Kalau ada apa-apa kesusahan tentang duit buku seumpamanya, cakaplah kepada kakak. Kakak tahu sekolah orang putih banyak pakai buku dan banyak pakai duit. Cakaplah pada kakak bila sahaja Hilmy perlukan wang sekolah. Kalau kakak ada duit, kakak beri, kalau kakak tak ada kakak tolong carikan,” suara Siti Salina begitu bersungguh-sungguh. Dan Siti Salina juga merasakan bahawa dia tidak berkata-kata kepada orang lain, tetapi kepada adiknya sendiri, adik yang ingin diberinya sebanyak-banyak pelajaran, satu keinginan yang selalu dirasakannya akhir-akhir ini.




Satu malam, Nadihah telah di culik oleh Abdul Fakar atas arahan Cik Salim, seorang lelaki yang gilakan Nadihah. Sebelum ini Nadihah telah banyak kali menolak permintaan Cik Salam untuk duduk di pangkuannya dan melayan dia.


Nadihah mabuk pada suatu hari dan telah di nodai. Dia lari meninggalkan Singapura dan tidak berapa lama kemudian berkahwin dengan seorang buruh. Hilmy sedih kerana kehilangan Nadihah. Ibu Hilmy pula meninggal dunia akibat sakit dan Hilmy tidak menyambung pelajaran kerana ketiadaan wang. Salina pula melarikan diri ke Kelantan untuk melupakan Abdul Fakar kerana Abdul Fakar telah menghalaunya keluar dari rumah sedangkan rumah itu adalah rumah Salina. Abdul Fakar gilakan seorang perempuan joget. Tidak lama kemudian, Hilmy cuba menjejaki Salina di Kuala Lumpur tapi diberitahu oleh Mansur yang Salina sudah pulang ke Singapura.

Abdul Fakar belayar kembali kerana dia gagal mencari Salina. Dia baru mengetahui bahawa Salina betul-betul sayangkan dia setelah di tipu oleh perempuan joget. Hilmy kembali ke Singapura untuk bertemu Salina. Aku bagi 5 bintang untuk novel ini dan merupakan karya yang sangat HEBAT.

Cuma dipenghujung cerita agak tergantung sedikit kerana tidak diceritakan pertemuan mereka semua dan kehidupan masing-masing yang terkini cuma......ada diceritakan bahawa Wak Karman dan juga Razman (kawan Abdul Fakar) telah meninggal dunia akibat kebakaran. Razman cuba selamatkan Wak Karma, namun akhirnya dia pun sama-sama terkorban. Abdul Fakar pula menjadi pelayar semula.

Sekian.

**jangan lupa untuk follow blog aku yea

No comments:

Post a comment