Sunday, 25 December 2016

Ahmad Lahori Arkitek Agung Islam Abad ke – 17

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua...Apa khabar hari nii? Hari nii aku nak citer tentang seorang tokoh yang HEBAT dalam seni bina. Senibina yang sangat mengagumkan aku ialah senibina Taj Mahal. Ketika pertama kali menjejakkan kaki kat Taj Mahal nii......macam tak percaya jerr ada manusia yang memiliki daya kreativiti macam nii...patut laa ramai yang menangis bila masuk ke dalam kawasan Taj Mahal ini. Aku sendiri pun terkedu. Kebetulan pulak masa tuu kami sampai untuk melihat matahari terbenam. Keesokkan paginya pun kami datang lagi ke Taj Mahal ini untuk menerokai keindahan senibinanya.



Tahu tak korang siapa yang bina Taj Mahal nii....??? Sebenarnya ramai yang tidak mengetahuinya sehinggalah terjumpa bukti-bukti mengenai perkara tersebut...Jom kita kenali siapa sebenarnya arkitek Taj Mahal ini.....


Ustaz Ahmad Lahori (1580-1649) adalah merupakan salah seorang arkitek teragung pada abad ke-17. Beliau lebih dikenali sebagai Ahmad Mi’mar (Ahmad – seorang arkitek) yang mempunyai kemahiran dalam bidang kejuruteraan. Arkitek Islam ini pernah mengikuti pengajian dalam bidang sains astronomi, geomatik dan matematik. Beliau menjadi ketua arkitek pada zaman Empayar Maharaja Monghul ke lima Shah Jahan (1628-1658).




Hasil kerjanya yang paling agung ialah Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India dan merupakan salah satu daripada keajaiban dunia. Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan bagi mengenang isteri keduanya, Mumtaz Mahal yang mangkat pada tahun 1631. Bukti bertulis mengenai siapa sebenarnya yang membina Taj Mahal iaitu Ahmad hanya ditemui  pada tahun 1930 an. Bukti itu diperolehi daripada manuskrip bertajuk Diwan-i-Muhandis yang mengandungi koleksi  puisi hasil karya anak Ustaz Ahmad iaitu Lutf Allah. Lutf Allah menyatakan bahawa bapanya telah diarahkan oleh Shah Jahan untuk membina Taj Mahal. Sebelum penemuan bukti itu, tiada sesiapa pun tahu  siapakah arkitek yng bertanggungjawab membina Taj Mahal.


Malah banyak pihak mengatakan Taj Mahal direka bina oleh arkitek Eropah samada pembuat kraf tangan Itali, Geronimo Veroneo (1640) atau tukang emas dari Perancis, Augustin de Bordeaux (1632). Sungguhpun pengarauh Eropah terdapat pada lakaran Moghul Taj Mahal, ia tidak membuktikan bahawa Taj Mahal direka bina oleh kedua-dua individu berkenaan.



Kompleks Taj Mahal memaparkan seni bina tradisi Moghul iaitu gabungan rekabentuk simetri yang begitu sempurna. Tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupan awal Ahamad termasuk latihan yang diterimanya dalam bidang seni bina. Antara fakta yang diketahui ialah bapanya bernama Yusuf dan mereka sekeluarga menetap di Herat sebelum berpindah ke Lahore, Pakistan.




Ahmad dibesarkan di Lahore dan belaiu telah bekerja dengan Abd. Al Karim yang merupakan ketua arkitek Maharaja Jahangir’s. Sejarah turut menjelaskan bahawa Abd. Karim dan Mukramal Khan merupakan penyelia projek pembinaan Taj Mahal. Ahamd bekerjasama dengan kedua-dua arkitek itu bagi menyiapkan Taj Mahal. Memandangkan Ahmad merupakan jurutera dan arkitek yang terkemuka serta intelek, beliau banyak memikirkan symbol-simbol yang dihasilkan di Taj Mahal. Hasil kerja Ahmad yang lain tidak kurang hebatnya juga dengan Taj Mahal ialah Kota Merah (Red Fort).



Kompleks ini mula dibina pada 12 Mei 1639 dan ketika itu, struktur utama kompleks Taj Mahal telah pun siap. Ini menyebabkan Ahmad mempunyai masa untuk menyumbang idea dan tenaga bagi menyelesaikan tugasan barunya itu.



Red Fort merupakan pusat untuk Shah Jahan mengadakan upacara rasmi kerajaan. Para pelawat Eropah ketika itu menggambarkan Red Fort sebagai sebuah kompleks istana yang terbesar dan terindah di dunia. Pada 18 April 1648, Shah Jahan buat pertama kali memasuki kompleks penuh bersejarah itu. Ahmad meninggal dunia ketika berusia 69 tahun dengan meninggalkan tiga anak lelaki.



Antara hasil senibina Ahmad ialah

1.Makam Mumtaz Mahal, Agra, India (1632-1638)
2.Kompleks Taj Mahal, Agra, India (1632-1643)
3.Istana Asaf Khan, Lahore, Pakistan (1636-1638)
4.Kota Merah (Red Fort) Delhi, India (1639-1648)
5.
Kota Shamshirgarh dan Hasan Abdal, Punjab, Pakistan (1645-1647)



Tak sangka aku arkitek ini sangat lah kreatifnya….dan hasil ciptaannya terkenal sehingga sekarang dan ada yang menjadi keajaiban dunia. aku sendiri pun tak tahu nak cerita bagaimana cantik dan indahnya Taj Mahal nii. Masa aku datang ke sini....sempat juga aku melihat cara bagaimana diorang melakukan kerja-kerja pemuliharaan dan pembaikan ke atas Taj Mahal nii....tak tercapai dek fikiran aku. Diorang masih mengunakan cara tradisional tanpa mengunakan peralatan moden. Betapa diorang sangat menjaga khazanah Negara diorang. Apa pun aku tabik laa dengan kreativiti arkitek Ahmad Lahori ni...

Sekian.

No comments:

Post a comment