Wednesday, 28 December 2016

Stres Melampau Cetus Hipertensi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua... Hari nii entri aku ada kelainan sedikit dari kebiasaan. Hari nii aku nak citer tentang tekanan dan cara mengatasinya. Stres dikategorikan sebagai penyakit yang serius tetapi sayangnya ia kurang diambil berat. Hal ini kerana mungkin masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberi kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda. Antara penyakit yang berkaitan dengan stres ialah penyakit darah tinggi atau hipertensis.

Wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami stres dan kemurungan berbanding lelaki. Ia melibatkan pesakit yang tidak dapat menyelesaikan masalah dari peringkat awal lagi. Kadang-kadang masalah di tempat kerja juga memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan sehingga memporak-perandakan sesebuah perkahwinan.


Kebanyakan wanita muda yang kebiasaannya baru mendirikan rumahtangga atau mempunyai anak yang ramai mudah mengalamai masalah stres. Keadaan ini berlaku kerana mereka belum bijak menguruskan hal rumahtangga dan kerja dengan baik. Situasi ini sudah tentu membangkitkan tekanan sehingga memungkinkan masalah tekanan darah tinggi.

Wanita dwi kerja pula berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu penjagaan anak-anak, bebanan kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan prestasi kerja. Namun seandainya seseorang wanita itu bijak melalui setiap stres yang dialaminya mereka mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti.


Berikut adalah 10 cara semulajadi untuk melegakan stres tanpa bantuan ubat-ubatan:
  1. Sukan
    Menurut Gerald Fletcher, MD, seorang pakar jantung dari Mayo Clinic, Jacksonville, Florida, sekali gus juru cakap American Heart Association, bersukan selama 30 minit sehari boleh melegakan stres secara ketara. Latihan aerobik misalnya mampu membuatkan kita lebih rileks dan mengurangkan tekanan darah sistolik. Pilih kegiatan sukan yang korang suka seperti berlari, berenang dan berbasikal.
  2. Atur Kerja Dengan Bijak
    Rancang dengan baik aktiviti korang. Penting sekali untuk membuat perancangan bukan hanya jangka panjang tetapi juga jangka pendek.
  3. Berehat
    Ambil masa untuk merehatkan tubuh dan minda. Korang boleh cuba cara nii... Duduk atau berdiri santai mengadap cermin. Kemudian ambil nafas dalam-dalam dengan perlahan tetapi jangan tahan nafas. Kemudian keluarkan nafas itu secara perlahan-lahan juga. Ulang langkah ini sehingga korang berasa lebih tenang.
  4. Hobi
    Jika sebelum ini korang tidak mempunyai sebarang hobi pada waktu lapang, apa kata 'cipta' hobi untuk diri korang. Lakukan hobi korang seperti memancing, mendaki gunung, menjahit, mengait, melukis atau apa-apa yang korang senangi. Korang boleh juga melakukan pengembaraan yang belum pernah korang alami sebelum ini seperti berakit, jungle tracking, berkhemah dan sebagainya. Hobi merupakan salah satu cara untuk mengusir stres yang membelenggu diri korang. Lakukannya ketika korang dilanda stres nescaya ia mampu menenangkan diri korang kerana 'asyik melayan' hobi tersebut.
  5. Buat Diri Kamu Ketawa
    Di kala korang dilanda stres, cuba untuk menonton filem dan rancangan di televisyen yang berunsurkan komedi dan kartun. Korang juga boleh membaca bahan-bahan seperti komik lucu. Secara tidak langsung ia akan membuatkan korang ketawa sendiri tanpa korang sedari. Masih banyak perkara yang boleh membuatkan kita tertawa seperti menonton video dari youtube dan laman web humor. Percayalah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiaan. Jangan terlalu memikirkannya.
  6. Minum Susu
    Susu merupakan 'pelega' yang paling berkesan untuk meredakan stres. Dipercayai bahawa susu dapat mengurangkan kadar hormon adrenalin dalam darah. Oleh itu...jika korang stres...banyakkan minum susu...tidak kiralah susu suam mahupun yang sejuk.
  7. Cari Sahabat Untuk Mengadu
    Stres tidak harus disimpan sendiri. Bicarakan maslaah korang dengan orang terdekat yang boleh dipercayai. Setiap luahan mampu melegakan korang daripada terus bersarang dalam diri. Malah merupakan cara mengatasi tekanan yang paling mudah.
  8. Dapatkan Tidur Yang Cukup
    Jika kita penant, agak sukar untuk kita mengendalikan stres. Tidak cukup tidur akan menjejaskan keseluruhan hari. Biasanya kita mengalami hari yang buruk kerana kurang tidur. Ini menyebabkan kita tidak boleh menumpukan perhatian dan melihat suatu permasalahan lebih buruk daripada yang seharusnya. Tidur yang baik bagi seorang dewasa ialah tujuh jam sehari.
  9. Menari dan Menyanyi
    Menari dan menyanyi sorang-sorang atau berkaraoke juga boleh mengurangkan rasa stres. Bagi yang suara tak berapa nak sedap tuu...korang nyanyi laa sorang-sorang supaya tidak menganggu insan lain...atau korang bernari laa ikut kesukaan korang. Selain merehatkan minda ia juga dapat melonggarkan otot yang regang.
  10. Solat
    Bagi orang Islam...solat adalah cara yang terbaik untuk meredakan stres. Beribadah, mendekatkan diri dan mengadu kepada Allah SWT akan memberikan korang ketenangan yang abadi. Luahkan apa saja beban masalah yang korang hadapi dan mohonlah petunjuk dari-Nya agar hidup korang tidak lagi menjadi buntu.
    Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Oleh itu penting untuk wanita mengambil berat tentang kesihatan mental agar lebih sihat secara fizikal. Hal ini kerana kedua-duannya saling berkaitan. Sebagai wanita kita perlu bijak mengimbangi kerjaya dan kehidupan agar sihat dan ceria.'
Sekian.

Sunday, 25 December 2016

Ahmad Lahori Arkitek Agung Islam Abad ke – 17

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua...Apa khabar hari nii? Hari nii aku nak citer tentang seorang tokoh yang HEBAT dalam seni bina. Senibina yang sangat mengagumkan aku ialah senibina Taj Mahal. Ketika pertama kali menjejakkan kaki kat Taj Mahal nii......macam tak percaya jerr ada manusia yang memiliki daya kreativiti macam nii...patut laa ramai yang menangis bila masuk ke dalam kawasan Taj Mahal ini. Aku sendiri pun terkedu. Kebetulan pulak masa tuu kami sampai untuk melihat matahari terbenam. Keesokkan paginya pun kami datang lagi ke Taj Mahal ini untuk menerokai keindahan senibinanya.



Tahu tak korang siapa yang bina Taj Mahal nii....??? Sebenarnya ramai yang tidak mengetahuinya sehinggalah terjumpa bukti-bukti mengenai perkara tersebut...Jom kita kenali siapa sebenarnya arkitek Taj Mahal ini.....


Ustaz Ahmad Lahori (1580-1649) adalah merupakan salah seorang arkitek teragung pada abad ke-17. Beliau lebih dikenali sebagai Ahmad Mi’mar (Ahmad – seorang arkitek) yang mempunyai kemahiran dalam bidang kejuruteraan. Arkitek Islam ini pernah mengikuti pengajian dalam bidang sains astronomi, geomatik dan matematik. Beliau menjadi ketua arkitek pada zaman Empayar Maharaja Monghul ke lima Shah Jahan (1628-1658).




Hasil kerjanya yang paling agung ialah Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India dan merupakan salah satu daripada keajaiban dunia. Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan bagi mengenang isteri keduanya, Mumtaz Mahal yang mangkat pada tahun 1631. Bukti bertulis mengenai siapa sebenarnya yang membina Taj Mahal iaitu Ahmad hanya ditemui  pada tahun 1930 an. Bukti itu diperolehi daripada manuskrip bertajuk Diwan-i-Muhandis yang mengandungi koleksi  puisi hasil karya anak Ustaz Ahmad iaitu Lutf Allah. Lutf Allah menyatakan bahawa bapanya telah diarahkan oleh Shah Jahan untuk membina Taj Mahal. Sebelum penemuan bukti itu, tiada sesiapa pun tahu  siapakah arkitek yng bertanggungjawab membina Taj Mahal.


Malah banyak pihak mengatakan Taj Mahal direka bina oleh arkitek Eropah samada pembuat kraf tangan Itali, Geronimo Veroneo (1640) atau tukang emas dari Perancis, Augustin de Bordeaux (1632). Sungguhpun pengarauh Eropah terdapat pada lakaran Moghul Taj Mahal, ia tidak membuktikan bahawa Taj Mahal direka bina oleh kedua-dua individu berkenaan.



Kompleks Taj Mahal memaparkan seni bina tradisi Moghul iaitu gabungan rekabentuk simetri yang begitu sempurna. Tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupan awal Ahamad termasuk latihan yang diterimanya dalam bidang seni bina. Antara fakta yang diketahui ialah bapanya bernama Yusuf dan mereka sekeluarga menetap di Herat sebelum berpindah ke Lahore, Pakistan.




Ahmad dibesarkan di Lahore dan belaiu telah bekerja dengan Abd. Al Karim yang merupakan ketua arkitek Maharaja Jahangir’s. Sejarah turut menjelaskan bahawa Abd. Karim dan Mukramal Khan merupakan penyelia projek pembinaan Taj Mahal. Ahamd bekerjasama dengan kedua-dua arkitek itu bagi menyiapkan Taj Mahal. Memandangkan Ahmad merupakan jurutera dan arkitek yang terkemuka serta intelek, beliau banyak memikirkan symbol-simbol yang dihasilkan di Taj Mahal. Hasil kerja Ahmad yang lain tidak kurang hebatnya juga dengan Taj Mahal ialah Kota Merah (Red Fort).



Kompleks ini mula dibina pada 12 Mei 1639 dan ketika itu, struktur utama kompleks Taj Mahal telah pun siap. Ini menyebabkan Ahmad mempunyai masa untuk menyumbang idea dan tenaga bagi menyelesaikan tugasan barunya itu.



Red Fort merupakan pusat untuk Shah Jahan mengadakan upacara rasmi kerajaan. Para pelawat Eropah ketika itu menggambarkan Red Fort sebagai sebuah kompleks istana yang terbesar dan terindah di dunia. Pada 18 April 1648, Shah Jahan buat pertama kali memasuki kompleks penuh bersejarah itu. Ahmad meninggal dunia ketika berusia 69 tahun dengan meninggalkan tiga anak lelaki.



Antara hasil senibina Ahmad ialah

1.Makam Mumtaz Mahal, Agra, India (1632-1638)
2.Kompleks Taj Mahal, Agra, India (1632-1643)
3.Istana Asaf Khan, Lahore, Pakistan (1636-1638)
4.Kota Merah (Red Fort) Delhi, India (1639-1648)
5.
Kota Shamshirgarh dan Hasan Abdal, Punjab, Pakistan (1645-1647)



Tak sangka aku arkitek ini sangat lah kreatifnya….dan hasil ciptaannya terkenal sehingga sekarang dan ada yang menjadi keajaiban dunia. aku sendiri pun tak tahu nak cerita bagaimana cantik dan indahnya Taj Mahal nii. Masa aku datang ke sini....sempat juga aku melihat cara bagaimana diorang melakukan kerja-kerja pemuliharaan dan pembaikan ke atas Taj Mahal nii....tak tercapai dek fikiran aku. Diorang masih mengunakan cara tradisional tanpa mengunakan peralatan moden. Betapa diorang sangat menjaga khazanah Negara diorang. Apa pun aku tabik laa dengan kreativiti arkitek Ahmad Lahori ni...

Sekian.

Saturday, 24 December 2016

Drama Review : Hantu Punya Bos!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai korang semua. Apa khabar hari nii. Hari nii aku nak citer tentang sebuah drama Melayu yang akan menjadi hot macam goreng pisang panas. Drama Hantu Punya Boss adaptasi dari novel karya Dekna Lee di Slot Iris TV 3...memang best giler....sempoi dan tidak memberatkan kepala otak. At list...hilang stress lepas balik dari kerja.


MIG Production akan membawakan drama komedi romantik bertajuk Hantu Punya Bos adaptasi daripada novel karya Dekna Lee terbitan Love Novel. Menampilkan gandingan Shukri Yahaya dengan pelakon baru, Intan Najuwa selaku teraju utama. Drama bersiri 20 episod itu diarahkan oleh Feroz Kader. Menemui penonton bermula 28 Disember ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di TV3. Lagu tema/latar, Hantu Atau Buaya artis Nanasheme.




Mengisahkan Abby (Intan Najuwa) yang mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampong setelah sekian lama berusaha untuk mendapatkan kerja. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu itu... 
Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 



Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanya.

Pada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkenalkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberaniannya. Arrayyan memaafkannya sebab baru hari pertama Abby bekerja.

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingannya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf.
 


Seluruh pejabat mentertawakan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua orang sebanyak 20%. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya sahaja.

Dato’ Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatikan sikap garang Arrayyan pada Abby. Dato’ Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato’ Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadinya yang terakhir.



Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinteraksi dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby.

Apakah jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadinya itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatakan?
  


“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?
 

EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Disember 2016

HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3

PENULIS NOVEL : Dekna Lee
PENGARAH : Mohamed Feroz Kader Abdul Kader

TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd

PELAKON : Syukri Yahya, Intan Najuwa, Aizat Hassan, Julia Marin, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor, Vicha Saywho, Serina Redzuawan, Tengku Fiella, Tash Yong, Faried War, Yan Ibrahim, Nur Qistina Raisah, Manan Sulaiman, Airis Yasmin, Ben Ryzlan, Syerinie.

  • Shukri Yahaya sebagai Arrayyan Zainuddin
  • Intan Najuwa sebagai abby
  • Aizat Hassan sebagai Hisyam
  • Julia Farhana sebagai Diela
  • Afiera Riana
  • Fahmy Reza
  • Vicha Saywho
  • Serina Redzuwan

Sekian.

Wednesday, 21 December 2016

Pejabat Daerah Lama Kuala Langat Yang Kini Terbiar Dimamah Usia


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang.... Apa khabr hari nii...semoga sihat-sihat hendaknya. Meh ikut aku pergi tengok bangunan sejarah di negeri Selangor. Untuk pengetahuan korang kat Hulu Langat banyak terdapat bangunan bersejarah.....antaranya Pejabat Daerah Lama Kuala Langat. Tapi sayangnya bangunan ini akan menyembah bumi...bumbungnya juga telah runtuh dimakan usia.

Pejabat Daerah Lama Kuala Langat Jugra merupakan bangunan pejabat daerah pertama dan tertua di Kuala Langat. Mula dibina pada tahun 1876, bangunan ini dulunya merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris. Ia merupakan bukti dan gambaran tentang sistem pemerintahan Inggeris yang dilaksanakan di Selangor. Bangunan dua tingkat ini dibina menggunakan batu granit dan teknologi terkini pada ketika itu. Atapnya pula dibina dari atap genting yang sama dengan yang digunakan bagi bumbung Istana Jugra.


Pejabat Daerah Lama ini telah digunakan sebagai pusat pentadbiran yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan dan perundangan negeri. Di dalam bangunan ini juga terdapat bank dan mahkamah yang bertujuan untuk mempermudahkan pengurusan.

Lokasinya yang terletak di lereng Bukit Jugra dan menghala ke arah Sungai Langat menjadikan kedudukannya amat strategik. Kapal-kapal pedagang yang keluar masuk dapat diperhatikan dengan mudah. Ia juga merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris yang menguruskan hal-hal kewangan dan perundangan negeri.


Bangunan Bekas Pejabat Daerah Kuala Langat terletak di lereng Bukit Jugra dan berhampiran dengan Sungai Langat. Bangunan ini terletak bertentangan dengan kawasan perkuburan Cina dan boleh diakses menggunakan jalan utama yang menuju ke arah Rumah Api Bukit Jugra. Bangunan ini dibina pada tahun 1876 dan merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan dan perundangan negeri.


Ia juga tinggalan monumen penting kerana memberikan bukti atau gambaran berhubung dengan sistem pemerintahan Residen Inggeris di Selangor buat pertama kalinya semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad. Pada ketika itu, Residen Inggeris yang pertama iaitu J.G. Davidson yang ditempatkan di Klang, manakala Penolong Residen iaitu Frank Swettenhem telah ditempatkan di Jugra.

Bangunan ini merupakan bangunan dua tingkat yang menggunakan batu granit dan teknologi terkini pada masa itu. Atapnya pula dibina dari atap genting yang sama dengan yang digunakan bagi bumbung Istana Jugra.



Di dalamnya terdapat juga kemudahan bank dan mahkamah bagi memudahkan orang ramai berurusan. Kedudukannya yang terletak di lereng Bukit Jugra dan menghala ke Sungai Langat menjadikan kedudukannya amat strategik.
Kapal-kapal pedagang yang keluar masuk dapat diperhatikan dengan mudah. Di dalam bangunan ini juga asalnya terdapat bank dan mahkamah yang bertujuan untuk mempermudahkan pengurusan masyarakat setempat. Pada tahun 1920, Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat telah berpindah ke Telok Datok dan semenjak itu bangunan ini terbiar kosong serta semakin uzur.


Pada tahun 1920, Pejabat Daerah Kuala Langat telah berpindah ke lokasi baru, iaitu di Telok Datok. Semenjak itu, bangunan Pejabat Daerah Lama Kuala Langat ini kekal dalam lipatan sejarah.

Ada cadangan untuk pemuliharaan dilakukan ke atas bangunan ini tetapi disebabkan bangunan ini kedudukannya terletak di tepi tebing yang terhakis....jadi usaha untuk pemuliharaan terpaksa ditangguhkan memandangkan kos bagi pengukuhan tebing lebih tinggi daripada kos untuk kerja-kerja pemuliharaan ke atas bangunan ini.

Semoga bangunan ini dapat dipulihara untuk tatapan semua sebab bagi aku rekabentuk bangunan ini sangat menarik.

Sekian.

Monday, 19 December 2016

Jambatan Victoria Merupakan Jambatan Tercantik Di Asia Tenggara

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Hai korang...semoga sihat sentiasa hendaknya yea. Hari nii aku nak bawa korang pergi melawat ke sebuah monumen bersejarah di negeri Perak....iaitu sebuah jambatan lama. Jambatan kereta api yang paling cantik aku tengok adalah Jambatan Victoria yang terletak di Kampung Enggor. Kampung Enggor di Karai, Kuala Kangsar dipercayai telah dibuka semenjak zaman British lagi di mana pada zaman itu, pihak British telah membina sebuah jambatan kereta api untuk bergerak dengan lancar dari Taiping ke Beruas.


Jambatan ini sempena nama Ratu Victoria yang memerintah United Kingdom ketika itu. Jambatan disifatkan tercantik di Asia Tenggara yang dibina pada 1897 ini adalah peninggalan sejarah tertua di Negeri Perak dengan peruntukan sebanyak  325,000 ringgit.


Jambatan kereta api ini juga disebut Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Mursyidul Azam Syah pada tahun 21 Mac 1900. Jurutera yang bertanggungjawab membina jambatan ini ialah G.W.Fryer, Divisional Engineer dan C.R.Hanson.


 Walau bagaimanapun jambatan itu tidak dapat disiapkan tepat pada masanya kerana berlaku banjir besar ketika itu. Banjir yang melanda telah menyebabkan air Sungai Perak naik mendadak dan melimpahi sehingga ke tebing. Kemudian, jurutera yang bertanggungjawab telah mengarahkan supaya kerja-kerja pembinaan ditunda buat sementara.



 Pembinaan jambatan ini melengkapkan perjalanan kereta api dari Enggor ke  Kuala Kangsar. Pada tahun 1910, kereta api mula digunakan untuk melalui jambatan ini dari Perai ke Johor Bahru iaitu melalui Bandar-bandar dari Perai, Taiping, Tapah Road, Batu Caves, Kuala Lumpur, Seremban, Tampin, Melaka, Kluang dan Johor Bahru.


Dengan pembukaan rasmi jambatan ini dalam tahun 1900, keseluruhan kawasan Semenanjung Malaya dari Perai ke Johor Bahru boleh dihubungkan dengan perkhidmatan keretapi. Pembukaan jambatan ini telah membawa banyak faedah kepada perkembangan ekonomi dan juga membuka laluan bagi pembangunan pesat serta pertumbuhan bandar-bandar timah di Semenanjung Tanah Melayu. 




Jambatan Kereta Api Victoria ini juga menjadi penyebab kepada kawasan di Pekan Karai pesat membangun kerana terdapat beberapa kesan tinggalan bangunan kuarters yang telah dibina pada zaman tersebut.

Apa yang pasti jambatan ini menjadi titik tolak perkembangan Kampung Enggor, Karai. Kini, jambatan ini telah diganti dengan jambatan konkrit yang tahan lebih lama bersebelahannya. Walaupun begitu, keutuhan Jambatan Victoria ini diakui sehingga ke hari ini dan merupakan jambatan tertua di Malaysia berusia melebihi 120 tahun.
Semasa serangan tentera Jepun di Perak pada tahun 1941, tentera British telah meletupkan jambatan ini untuk melambatkan kemaraan tentera Jepun. Di sekitar Jambatan Victoria ini, masih terdapat beberapa kubu asal yang dibina oleh tentera British untuk mengawal jambatan ini.  
 
 
Pada tahun 2008, Pos Malaysia Berhad ada mengeluarkan siri setem dan juga sampul surat pertama yang bertemakan Jambatan - jambatan di Malaysia termasuklah Jambatan Victoria ini.

Jambatan Victoria sudah tidak digunakan sejak 2002 berikutan pembinaan Jambatan Iskandar yang jaraknya kira-kira dua meter bagi laluan kereta api yang menghubungkan negeri di sebelah utara. Bagaimanapun, ia masih gagah dan indah.

Sekian.

Saturday, 17 December 2016

Masjid Lama Mulong Fungsi Asalnya Sebagai Balairung Seri Raja Dewa (Kediaman Tuan Zainal Abidin)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua...hari nii aku nak story sikit tentang satu masjid lama kat Kelantan yang asalnya merupakan sebuah kediaman yang telah dipindahkan dan ubahsuai beberapa kali....kemudiannya dikembalikan semula kepada rekabentuknya yang asal. Kalau korang nak tahu.....Masjid ini juga telah dipindahkan dari tempat asalnya iaitu di Kota Bharu ke Mulong. Kemudiannya......di tapak Mulong ini pula...masjid ini diangkat secara bergotong-royong bagi mengubahkan semula kedudukannya yang telah terkeluar sedikit di atas lot dan memasuki lot orang lain.


Masjid Lama Mulong atau lebih dikenali sebagai Masjid Ar-Rahman oleh penduduk setempat merupakan salah satu bangunan sejarah. Masjid ini dahulunya berfungsi sebagai madrasah atau pusat pengajian Islam untuk penduduk sekitar kawasan Mulong, Kelantan. Aku difahamkan masjid ini telah berusia lebih 60 tahun dan didirikan kembali di atas tapak asalnya melalui proses pemindahan dan kerja-kerja konservasi.



Sebelum dijadikan sebagai masjid bagi penduduk setempat, bangunan ini dahulunya adalah sebahagian daripada rumah kediaman Tuan Zainal Abidin (yang dikenali sebagai Raja Muda 1897-1944 dan kemudiannya Raja Dewa 1944-1945) yang dibina  sekitar tahun 1900. Kedudukan asal bangunan ini adalah di kawasan perkampungan raja di Kota Bharu yang terletak berhampiran dengan Istana Jahar dan Istana Balai Besar.


 Binaan masjid lama ini pada asalnya bukan dibina khusus sebagai sebuah masjid tetapi merupakan binaan sebuah Balairong Seri yang digunakan untuk aktiviti penghadapan raja yang dimiliki oleh Raja Dewa. Raja Dewa merupakan gelaran kepada Tuan Zainal Abidin yang merupakan salah seorang putera kepada Sultan Muhammad III dan saudara kandung Sultan Muhammmad IV.
  Struktur asalnya telah dirombak untuk pertama kalinya, diangkut dan didirikan semula secara gotong-royong oleh penduduk setempat. Rombakan ini masih mengekalkan struktur asal bangunan tetapi didirikan di tanah wakaf Lot 495, Surau Lama Kedai Mulong, Km 11 Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan.




Kerja-kerja mendirikan masjid ini siap pada akhir Disember 1958. Keluasan masjid lama ini adalah 1200 kaki persegi, dikekalkan sebagaimana asalnya namun ia tidak dapat menampung keperluan jemaah masjid yang kian meningkat lebih-lebih lagi dengan adanya pelajar dari Pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri sekitar tahun 1958. Berdasarkan keperluan itu, satu masjid baru dibina 500 meter dari masjid lama ini dengan keluasan yang lebih besar dan menampilkan senibina yang lebih moden.

 Namun pada tahun 1958, ianya telah dibeli oleh penduduk Kampung Kedai Mulong dengan harga RM 1000 dan dipindahkan ke Kampung Kedai Mulong untuk digunakan sebagai surau hingga ke hari ini.

Gambar Sebelum dan sewaktu kerja-kerja pemuliharaan dilakukan
Struktur lantai dan bumbungnya telah dipotong dua untuk memudahkan kerja pemindahan ke Kampung Kedai Mulong. Balairong Seri itu kemudiannya dipasang semula secara gotong-royong dengan penambahan ruang mihrab dan anjung masuk. Beberapa penambahan baru dilaksanakan dari semasa ke semasa sehinggalah mengubah rupa bentuknya yang sebenar.

Namun hasil daripada lawatan yang dilakukan oleh Dato’ Pesuruhjaya Warisan pada tahun 2007 dan setelah melihat betapa indahnya seni pertukangan Melayu yang boleh dipaparkan kepada masyarakat hari ini, dan juga dari segi sejarahnya yang merupakan sebahagian Istana DiRaja Kelantan, Jabatan Warisan Negara, telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kerja konservasi terhadap bangunan ini. Kerja-kerja konservasi telah dimulakan pada penghujung tahun 2008 dan telah siap pada awal tahun 2009.


Sebelum dipulihara, bangunan ini telah ditukar fungsinya daripada sebuah masjid kepada institusi ilmiah bagi penduduk sekitarnya. Ini adalah disebabkan kewujudan masjid yang lebih besar dan keadaan  masjid lama ini yang kelihatan agak usang. Memandangkan banyak perubahan dan binaan baru yang kurang sesuai dilakukan secara berperingkat ke atas bangunan ini, pemuliharaan secara keseluruhan dilaksanakan bagi mengembalikan rupa bentuk asalnya.


Hasil yang didapati semasa kerja-kerja dilapidasi dilakukan mendapati kebanyakan kerosakan yang dialami oleh masjid ini adalah disebabkan reput akibat daripada tindakan mekanikal dan biologi seperti tindakan anai-anai, kelembapan hujan, penyahgredan akibat geseran, pancaran UV serta hakisan kawasan persekitaran.


Proses awal adalah mengikis dan mengecat semula pada tiang, dinding dalam dan luar, panel janda berhias, jejala, motif serta menukar bata asbestos bumbung kepada genting jenis singgora Thailand. Beberapa kerja baru juga dilaksanakan iaitu anjung hadapan, papan pemeleh bumbung serta perabung konkrit berbentuk ‘ekor itik’ diperincikan lagi dengan reka bentuk baru berdasarkan ciri seni bina DiRaja Kelantan. Semasa kerja-kerja mengikis cat lama di bahagian atas panel janda berhias atau dinding asal balairong seri, pekerja-pekerja terjumpa lukisan mural berkerawang emas berbentuk bunga. Ukiran bunga ini dikekalkan agar sejarah balairong seri tidak hilang.


Sebanyak tiga batang tiang penyokong yang using ditukar baru dan enam lagi tiang penyokong ditambah bagi mengukuhkan struktur bangunan. Bangunan ini juga dianjakkan ke hadapan sejauh enam meter dan ke kanan sebanyak tiga meter dengan menggunakan kaedah chain-lock berikutan tapaknya terkeluar daripada lot tanah wakaf. Kaki-kaki tiang masjid diangkat dan dilapik dengan batang besi paip untuk menggerakkannya dengan penuh berhati-hati. Bangunan ini juga diangkat dan diletakkan di atas pelapik tiang konkrit untuk menjaga keutuhan tiang-tiang kayu penyokong bangunan ini daripada rosak.


Antara kerja-kerja lain bagi bangunan ini adalah membina tempat wuduk di bahagian sisi kanan dan tandas di bahagian sisi kiri masjid, kerja-kerja memagar kawasan dan mengindah lanskap sehaingga tampak berbeza daripada keadaan sebelumnya. Kini selepas lapan bulan menjalani proses baik pulih Masjid Lama Kedai Mulong muncul dengan wajah silamnya yang indah dan dibuka untuk diimarahkan semula oleh pengunjungnya. Kemuncak legasi masjid ini ia telah dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 5 Julai 2009.



Walaupun telah beberapa kali aku sampai ke masjid lama ini....tetapi keseronokannya masih terasa seumpama pertama kali datang. Kedamaian dan keindahan masjid lama ini sentiasa memukau sesiapa sahaja.

Sekian.

Thursday, 15 December 2016

Kreatifkan 'Workstation' Dengan Gaya Yang Tersendiri...

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang....Apa khabar hari nii? Hari ini aku nak tunjuk bagaimana nak kreatifkan workstation korang dengan gaya korang tersendiri dan dengan modal yang murah lagi menjimatkan. Yea laaa....tahun 2017 akan menjelang tiba, rasa nak ubah sikit mood ruang bekerja. Boleh juga idea ini digunakan untuk menghias ruang study untuk student atau anak-anak korang.



Barang-barang yang korang perlu ialah....gunting, salotape, pen, gam, kadbod dan kertas pembalut hadiah. Kebanyakkan barang nii dah memang aku ada...cuma kertas pembalut hadiah jer yang aku beli. Aku beli pembalut hadiah nii yang jenis bersinar dan tebal sikit. Harga RM 3.50 sekeping di MPH Bookstore....aku beli 4 helai sebab nak guna banyak. Jadi korang beli ikut keperluan korang...nak guna banyak atau sikit. Modal aku hanya RM 14 jer....




Kadbod memang dah ada lama aku simpan...lebihan stok lama. Korang boleh jugak guna kotak kasut atau apa-apa yang korang rasa sesuai atau kertas yang agak keras sedikit.  


Firstly...korang potong kadbod tuu ikut rekabentuk yang korang nak dan saiz yang korang nak. Contohnya aku nak buat bekas tempat letak pen/pensel.... so aku guna saiz 5.5 cm panjang X 5.5 cm lebar  X 8 cm tinggi. Bagi aku saiz nii tak memakan ruang sangat untuk workstation aku...just nice.



Bila dah siap potong ikut rekabentuk yang korang nak buat....korang balut dan gamkan kadbod tadi dengan kertas pembalut hadiah yang korang suka (korang boleh rujuk gambar). Aku pilih pembalut hadiah warna coklat....corak buah pine.

 
Kemudian korang cantumkan kadbod tadi menggunakan salotape....menjadi bentuk yang korang nak....contohnya seperti bekas tempat letak pen/pensel. Setelah dah dicantumkan semuanya menggunakan salotape....aku akan salotapekan juga keseluruhan bahagian luar bekas letak pen/pensel tersebut....tujuannya supaya lebih tahan lama...tahan lasak dan tahan daripada air.



Selain bekas tempat letak pen/pensel....aku juga buat tempat untuk meletak buku-buku note kecil aku....aku buat kulit luar untuk sticky note....balut buku catitan...tempat letak cop dan sebagainya. Macam-macam korang boleh reka....antaranya tempat untuk meletak fail dan juga buku-buku.

Jadi barang-barang aku nampak seragam, kemas dan kreatif.  Tahun-tahun yang sebelum nii...aku pernah juga buat tetapi tidak menggunakan kertas pembalut hadiah...aku guna kain. Menggunakan kain agak mencabar sikit untuk membuatnya. Adalah lebih mudah dan cepat lagi menggunakan kertas pembalut hadiah.


Lagi pun kertas pembalut hadiah banyak pilihan warna, corak dan cantik-cantik. Korang juga boleh buat dan hadiahkan kepada BFF korang...mesti dia suka punya. Yea laa dapat hadiah yang dihasilkan dengan kreativiti korang. Kalau nak beli yang dah siap memang mahal hingga mencecah ratusan ringgit. Taadaaa....korang tengok gambar kat bawah nii....hasil kreativiti aku yang dah siap. Aku buat nii start kul 11 pagi....siap sepenuhnya pada jam 4:30 petang.

Seronok rasanya bila dah siap...tak sabar nak susun kat workstation aku....mesti ramai yang kagum dan rasa jelos....haaahaaahaa.... Silap-silap hari bulan....ada pulak yang nak tempah. Boleh buat bisnes macam nii.... 



Gambar kat bawah nii pulak adalah workstation aku kat ofis....tengok...aku dah susun hasil kreativiti aku tuu...cantik tak korang?? ceeewah....perasan sendiri kan!! Apa pun nii semua untuk kemudahan aku membuat kerja...selain tuu memberi semangat serta mood untuk bekerja.



Buku nota kecil, note pad dan buku catitan harian pun aku balut dengan kertas pembalut hadiah yang sama corak supaya nampak seragam. Tahun 2017...aku lebih banyak menggunakan warna natural berbanding tahun 2015...dimana aku menggunakan warna pinky.


Semoga tahun 2017....memberi lebih semangat dan kejayaan buat diri aku dan juga buat korang semua.  Tahun 2016...banyak memberi kenangan manis dan pengalaman buat diri aku. Selamat Maju Jaya.


Sekian.
**jangan lupa untuk follow blog aku yea