Wednesday, 2 November 2016

Suria Hot Spring Resort Bentong Yang Mendamaikan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai... apa khabar korang kat sana? Hari ini aku nak bercerita tentang sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang aku menginap nii... Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Suria Hot Spring Bentong, Pahang. Kalau dari Kuala Lumpur taklah jauh sangat perjalanannya hanya 69 km...lebih kurang sejam dengan menaiki kenderaan sendiri.  Mula-mula sampai aku terasa cuak juga...yea laa dalam hutan. Line telefon pun tak ada kecuali Digi. Bila dah masuk kawasan hotel nii..aku rasa teruja dan seronok. Walaupun hiasan dalamannya simple tetapi terasa tenang dan pandangan jadi luas.



Hotel tiga tingkat nii tak laa besar sangat tapi mendamaikan...Stafnya pun sangat friendly dan bagus. Hotel ini sangat strategik dan terletak berhampiran dengan Air Terjun Ulu Tampit, Taman Hutan Rekreasi Lentang, Air Terjun Chamang, Taman Rusa, Kuala Gandah Lanchang dan Genting Highlands.

Kemudahan yang terdapat di hotel ini ialah 80 buah bilik menginap dengan harga yang berpatutan yang terdiri daripada villa, double dan juga triple. Bilik villanya terdapat kemudahan jakuzi didalamnya. Biliknya walaupun kecil tetapi terasa luas dengan hiasan dalaman yang ringkas. Di sini juga ada disediakan 4 buah bilik seminar yang boleh memuatkan 14 hingga 428 orang dalam satu masa. Selain itu, terdapat juga kolam renang, kolam air panas, taman permainan, meja pool dan juga carom.


Aku ke sini disebabkan ada kursus... layanan yang diberikan staf di sini sangat bagus...cepat dan kadang-kadang tak minta lagi tapi diorang dah sediakan awal-awal... sebelum sempat bagitahu..diorang dah sediakan. Stafnya pula sentiasa tersenyum dan mesra.



Yang membuat aku paling suka dan menariknya hotelnya ialah.... berhampiran dengan lobby ada disediakan buku-buku dan novel-novel untuk dibaca... bukannya sedikit...ala-ala mini library. Tapi aku tak sempat pun nak baca... just belek-belek jer sebab kursus aku nii sampai ke malam. Aku pulak jadi urusetia... stay kat dewan pun hingga 1, 2 pagi...mana sempat nak baca.



Oh yaa... lupa pulak aku nak cerita pasal lobby hotel ini...lobbynya kecil saja...lebih kurang 4m X 6m keluasannya. Walau pun begitu... nampak menarik kerana ianya menggunakan perabot kayu... diruang menunggu ada disediakan kerusi ala-ala kayu jati. Reka bentuk hotel ini aku sangat suka kerana setiap ruang tuu.. kedudukannya macam tersembunyi... setiap ruang tuu tidak akan mengganggu ruang yang lain.


Bilik seminar yang terdapat di sini.. sangat berhampiran dengan tandas dan juga surau...so aku tak perlu jalan jauh. Bilik seminarnya juga sangat selesa.



Bilik penginapan kat sini...korang tengok sendiri kat gambar-gambar yang aku sediakan nii...memang selesakan...kemas...walaupun yang katil triple... masih rasa selesa. Hiasan dinding yang ringkas tetapi memberi maksud yang sangat mendalam serta positif. Tandasnya juga selesa dengan reka bentuk moden.



Di bahagian belakang hotel..berhampiran dengan bilik penginapan dan juga parking bahagian belakang...ada disediakan taman permainan untuk kanak-kanak. kalau yang menginap di aras bawah tuu...buka tingkap jer dah boleh nampak taman permainan nii.



Kolam air panas kat sini ada dua...kolam satu kepanasannya 40 darjah celcius dan kolam dua 60 darjah celcius. Selalunya kolam dua tak ada orang nak mandi sebab panas sangat. Kolam ini dibuka sehingga jam 10 malam... tuu yang bestnya. Kat luar kawasan hotel ini juga terdapatnya kolam air panas untuk pengunjung tempatan dan juga pengunjung yang tidak menginap di hotel ini. Kolam renang juga terdapat kat sini dan lebih sesuai untuk kanak-kanak.



Nii adalah alamat penuh hotel...
Suria Hot Spring Resort Bentong
Lot 2527, Mukim Bentong,
26700 Bentong, Pahang
Tel : +609 221 0200
Fax : +609 221 0299



Sebenarnya Suria Hotel ini juga terdapat dibeberapa tempat yang lain...antaranya Suria Hill Country House Janda Baik (aku dah sampai), Merang Suria Resort Terengganu, Suria City Hotel Johor Bahru, Suria Cherating Beach Resort dan Merang Suria Camp Terengganu. Di London pun ada iaitu Royal Cambrigde Hotel.



Terus terang aku katakan...tempat ini memang memberikan kedamaikan dan sesuai dijadikan tempat istirehat bersama keluarga...yang nak menulis novel dan sebagainya kerana jauh dari kesibukan kawasan bandar. 



Makanannya pula sedap walaupun ringkas tapi cukup berasa hingga menjilat jari laa.... Semua jenis masakan ada di sediakan di Restoran Bunga Padi ini. Restoran ini jenis terbuka dan mengadap ke kolam renang dengan pemandangan bukit bukau yang hijau lagi mendamaikan...dengan hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan korang nak duduk bersantai lama kat sini.


Pejabat Jualan
Suria Resorts & Management Sdn Bhd (507184-D)
3a07, Level 4 Block A, Kelana Centre Point, No. 3, Jalan SS7/19, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
T: +603 7806 4752
F: +603 7806 4753
H: 1-800-88- SURIA (78752)




Aku pasti akan datang lagi ke sini kerana aku suka akan suasana persekitarannya yang mendamaikan serta stafnya yang mesra pelanggan.

Sekian.

No comments:

Post a comment