Tuesday, 8 November 2016

Saidee Nor Azam penulis Seramlicious Masa Kini...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Korang suka baca novel tak? Disebabkan sekarang musim aku tengah dok layan novel-novel....so hari ni aku nak story mory tentang seorang penulis yang meningkat naik dan semakin dikenali ramai. Actually.... Aku mula meminati novel seramlicious ini bila aku baca novel Projek Seram Istana...karya Naim Tamdjis...itu pun sebab housemate aku suruh.

Photo Saidee Nor Azam

Zaman aku belajar dulu pernah juga baca novel seram Tamar Jalis... tapi sebenarnya aku penakut nak baca novel-novel macam nii sb mengganggu emosi aku. Minat tu ada tapi ketakutan tuu kadang-kadang menguasai diri....dulu aku tak macam ni... Ok laa sebenarnya aku nak story pasal seorang penulis yang aku dah baca 3 novelnya nii...

Penulis nii berasal dari Terengganu dan seorang yang sangat berbakat. Selain menulis puisi serta deklamator semenjak di zaman persekolahan sehingga laa melanjutkan pelajaran ke UiTM, beliau juga pandai dalam melukis. Karya-karyanya amat menarik. Beliau juga merupakan seorang mentor yang tidak lokek berkongsi ilmu. Juga peramah dengan sikap humornya.


Nama karya beliau ialah.....Saidee Nor Azam. Beliau mula menulis skrip mini teater dalam tahun 2002 dan 2004 dan pernah mendapat pertama.

Novel karya Saidee Nor Azam yang pertama aku beli

Di awal 2007, beliau mula mencari rujukan untuk kisah Margasatwa dan mula menggarap novel cinta tragis pada 2008. Disebabkan kerja yang dilakukan secara saja suka-suka...maka karya tersebut tidak dapat disiapkan sebab beliau rasa tidak kena dan menepati jiwanya. 


Tahun 2011, beliau secara serius menulis Hingga Hujung Waktu. Pada 2013, setelah 7 tahun melakukan research termasuk menjengah sendiri ke Tasik Kenyir, beliau menulis semula novel Margasatwa dan berjaya diterbitkan pada 2014.

Novel karya Saidee Nor Azam yang ke dua aku beli

Pada 2014, beliau menulis pula Topeng Berdarah, Potret dan kisah Thriller dalam satu masa. Tetapi stop sekejap kesemua manuskrip tu bagi menyiapkan novelet Marina untuk Kala Senja Dia Datang.

Siap aje Kala Senja Dia Datang...... Writer's Block menyerang beliau so almost 1 year beliau tak menulis. 

Pertengahan 2015 beliau mula kembali menulis Manuscript tapi kena hold dulu sebab siapkan Margasatwa 2 di atas permintaan kawan-kawan beliau. Di akhir 2015 beliau menulis berkaitan Lombong dan ke LPT2 untuk buat research novelet baru. Novelet-novelet tu telah diterbit pada 2016. Kesemua novelet beliau di bawah label Buku Prima. Selepas Manuscript...menyusul pula Topeng Berdarah.

Novel karya Saidee Nor Azam yang ke tiga aku beli


Itu adalah serba sedikit info yang aku dapat tentang Saidee Nor Azam...

Novel pertama beliau yang aku telah baca ialah Margasatwa... memang best jalan penceritaannya. Kemudian aku tak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya kat novel Margasatwa 2.. Tak sangka betul aku.. novel Margasatwa 2 nii lagi best daripada yang no 1.. 

Yea laa.... selalunya no 1 lagi best daripada no 2. Aku kagum bagaimana beliau boleh mendapat idea dan mengolah penceritaan yang sebegitu. Yang membuatkan aku rasa ingin terus membaca sebab tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya...

Novel yang ke 3 aku beli nii sebenarnya aku sendiri pun tak perasan novel nii karya Saidee Nor Azam sebab aku beli novel nii kerana tajuknya... Manuscript. Aku sendiri pun tak tahu nak olahkan bagaimana bestnya novel Manuscript nii... menakutkan.. menyeramkan dan terbawa-bawa watak dalam novel nii sebab aku terlalu menghayati jalan ceritanya. Berdebar-debar perasaan aku bila membaca novel ini.


Keratan Akbar tentang Saidee Nor Azam

Antara karya beliau yang sudah diterbitkan ialah
1.     Hingga Hujung Waktu
2.     Margasatwa, Buku Prima
3.     Marina, Kala Senja Dia Datang - Buku Prima [2014]
4.     Margasatwa 2, Buku Prima [2015]
5.     Sulur Bidar, Projek Seram Lombong - Buku Prima [2016]
6.     Manuscript, Buku Prima [2016]
7.     Topeng Berdarah, Alaf21 [2016] 

Kebanyakkan novel yang aku baca... boleh diketahui jalan penceritaannya.. Aku tak suka sangat novel percintaan ala-ala fantasi nii. Aku suka novel yang ada moral of the story.. dan tentang kehidupan atau kisah benar. Hidup dibumi yang nyata..bukannya hayalan.

Selain daripada jalan penceritaannya...gaya penulisan Saidee Nor Azam nii pun bagus...bahasa simple dan mudah difahami.. gaya penulisan yang menarik kerana bermain dengan era/zaman yang berbeza... ada diselitkan pelbagai unsur antaranya keagamaan, percintaan, persahabatan, kekeluargaan, kesetiaan, kekecewaan, dendam dan sebagainya. Penulisannya juga tidak terlalu mistik yang keterlaluan dan luar daripada budaya Melayu dan juga Islam.

Hiasan kulit novel ini pun sangat menarik... ringkas dan seram. Selepas ini aku nak beli karya beliau yang lain.... untuk dijadikan koleksi buku peribadi aku.



Sekian.

No comments:

Post a comment