Thursday, 3 November 2016

Resepi Hujung Minggu.....Masak Nasi Briyani Daging

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai..hai..korang semua...Hari nii...entri aku berkenaan cara nak masak Nasi Briyani Daging... Selalunya bila time raya atau hujung minggu aku suka masak Nasi Briyani Daging atau pun Nasi Hujan Panas untuk jamu kengkawan atau saudara-mara yang berkunjung ke rumah aku. Nasi Briyani ini juga merupakan makanan feberet aku.


Kat sini aku sertakan sekali resepi untuk masak Nasi Briyani Daging ini supaya korang boleh cuba...

Resepi Nasi Beriani Daging
4 pot beras basmathi - basuh dan toskan
1kilo daging - batang pinang

Bahan-bahan
2 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
3 biji cengkih
4 biji buah pelaga
4 sudu besar rempah beriani
1/2 sudu cili serbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 inci halia - tumbuk halus
4 biji bawang merah - hiris
3 biji cili hijau - potong kecil2
1 cawan susu cair
2 tangkai daun ketumbar
2 sudu minyak sapi
3 sudu mentega
3 sudu minyak zaiton
gajus dan kismis



Cara memasak daging briyani:
  • Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi, mentega dan minyak zaiton.
  • Masukkan halia, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. Tumis seketika.
  • Masukkan rempah beriani dan serbuk cili yang dah dipeskan (dicampurkan sedikit air). Tumis hingga naik minyak.
  • Masukkan daging, tomato dan susu cair. Masak hingga daging empuk. Tak perlu letak air sebab daging akan keluarkan airnya sendiri.
  • Sementara menunggu daging empuk dan menjadi pekat, sediakan periuk untuk masak nasi pula.
  • Bila pekat, masukkan garam


Cara memasak nasi beriani:
  • Masukkan beras yang dibasuh tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 4 pot air juga. Sama banyak dengan sukatan beras tadi. Masak hingga 3/4 masak.
  • Bila nasi dah masak, masukkan nasi ke dalam periuk yang lain dan berselangkan dengan rempah daging yang dah pekat tadi. 
  • Titiskan beberapa titis pewarna kuning.
  • Taburkan kismis dan kacang gajus.
  • Masak semula nasi tadi hingga betul-betul masak. 
  • Gemburkan nasi perlahan-lahan agar kesemua nasi bercampur dengan rempah daging tadi. Masak lagi dalam 5 minit. Taburkan bawang goreng ke atas nasi tersebut dan bolehlah dihidangkan.

Sebenarnya tak susah pun nak masak nasi briyani ni bila korang dah mula cuba... yang paling bestnya bila masakan korang nii menjadi.. mesti korang nak masak selalu.. samada di hari minggu atau hari-hari yang istimewa. Selain itu boleh juga dimasak untuk jamuan pot luck kat ofis...

Sebenarnya bahannya tak laa banyak sangat...nampak jer macam banyak. Modal paling mahal pun beras Basmathi jer. Atau daging kambing... kalau korang guna daging kambing laa... Beras Basmathi ini boleh juga digunakan untuk masak Nasi Hujan Panas dan Nasi Beringin. Nasinya berderai sebab tu sedap dimakan...

Kalau aku masak 3 atau 4 pot jer....aku tumis terus dalam periuk nasi elektrik sebab tak banyak. Untuk mudah lagi senang...aku guna sup bunjut. Selalunya aku masukkan sedikit daging yang dimasak bersama nasi. Daging tuu kena laa potong nipis-nipis supaya cepat masak. Macam 
chef pulak aku rasa...hik...hik...hik...



Bahan-Bahan Untuk Ayam Masak Merah

1 ekor ayam - lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
3 biji tomato belah 4
2 sudu besar cili giling
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
250 ml air
gula secukup rasa
garam secukup rasa
kacang peas - pilihan
minyak untuk menumis




Bahan Hiris
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
2 cm halia - dihiris jadi 3 keping

Bahan dikisar Halus
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering - direbus sebentar kemudian dikisar
4 biji bawang besar
2 cm halia



Cara Memasak Ayam Merah
  • panaskan minyak dalam kuali. 
  • selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu dan harum. 
  • kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.
  • masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar hingga pecah minyak 
  • masukan air mengikut kesesuaian  
  • Selepas itu masukan garam dan tomato.
  • biarkan sehingga ianya masak kemudian taburkan kacang peas
  • kemudian angkat dan hidangkan bersama nasi briyani. 


Aku selalu padankan Nasi Briyani Daging nii dengan Ayam Masak Merah berbanding dengan Daging Masak Kurma. Daging Masak Kurma buat aku cepat muak sebab ada santan. Nasi Briyani ni pula dah ada susu cair sebab tu aku buat Ayam Masak Merah....ada laa rasa pedas-pedas sikit. Sebab aku nii suka pedas. Selalunya...ramai yang lebih suka makan ayam daripada daging.



Kalau makan Nasi Briyani Daging nii...memang dua, tiga kali tambah laa. Sedap!! Kalau korang tak percaya try la buat. Kawan-kawan aku semua pun sukakannya.

Sekian.

No comments:

Post a comment