Friday, 11 November 2016

Penulis Hebat Genre Seram....Ramlee Awang Murshid

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Di harap semuanya ceria-ceria yea hari nii. Hari nii aku nak ajak korang mengenali seorang penulis novel yang sangat HEBAT!! Siapa dia Ramlee Awang Murshid nii...? Aku selalu tertanya-tanya setiap kali aku pergi ke kedai buku dan terpandang novel-novel karya beliau. Femes ke dia nii...banyak sungguh novel yang dia buat. Kulit novel hadapan karya beliau tak memberi impak yang besar kat aku... aku rasa macam old school sikit...hingga tak ada rasa keinginan hendak membeleknya. Mungkin juga lakaran hadapan novel ini ala-ala fantasi zaman dahulu kala.


Sehinggalah pada suatu hari... aku pun google maklumat tentang beliau ini... Oooooo hebat rupanya dia nii. Aku sebenarnya yang ketinggalan zaman. So tanpa berlengah lagi untuk mengetahui betapa hebatnya gaya penulisan beliau nii aku pun try survei novel-novel beliau... tetapi aku tak tergopoh-gapah. Aku just servei dulu kat MPH dan juga Popular Bookstore.

Photo Ramlee Awang Murshid
Aku difahamkan... novel beliau ini ada cerita bersambungan kiranya macam cerita bersiri laa... Sebab tu aku survei dulu...novel yang mana aku patut baca dulu. Aku terbekenan nak baca novel Bagaikan Puteri...tapi novel nii sold out dipasaran dan juga onlineJadi aku sedikit hampa...  

Disebabkan nak jugak tahu gaya penulisan Ramlee Awang Murshid ni.. aku beli dulu novel Mandatori... kemudiannya Tombiruo. Ketika aku berjalan-jalan di pasar minggu... aku terjumpa novel Bagaikan Puteri. Seronok giler aku...akhirnya dapat jugak! Sebelum aku teruskan citer aku... Aku sediakan sedikit maklumat tentang penulis seram yang hebat ini....

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk “thriller” dan seram. Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Tiga novel karya Ramlee Awang Murhid yang aku baru beli
Pelajar Terbaik bidang Komunikasi Massa tahun 2000 di UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepadanya kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah tersebut. Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 30 novel.

Novel Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan beliau teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri ...iaitu Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sunan, Sunan Musafir dan Sunan Cinta Nan Sakti. Tombiruo pula sambungannya Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir.

Daripada google dan juga blog yang aku baca tentang Ramlee Awang Murshid ini...semuanya mengatakan novel karya beliau sangat best... ramai yang bagi 5 bintang. Menyebabkan aku rasa tak sabar nak baca... tapi buat masa ni aku tengah layan novel Manuscript karya Saidee Nor Azam yang membuat jiwa aku agak terganggu sebab sebelum novel nii aku dah baca 5 novel seram yang lain berturut-turut.


So lepas jer habis baca novel Manuscript... aku kena coolkan dulu perasaan dan otak aku daripada kisah seramlicoius ini... aku bercadang nak baca novel Salina karya terbaik A. Samad Said.

Antara novel-novel karya Ramlee Awang Murshid
Biodata Ringkas Ramlee Awang Murshid
  • Nama: Ramlee Awang Murshid
  • Tarikh Lahir:  4 November 1967
  • Asal: Papar Sabah, Malaysia 
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Kerjaya: Penulis novel, kolumnis dan wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur
Kelab Peminat: Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)
URL: http://www.kelabram.com/

Genre novel: Thriller dan seram.

Latar belakang pendidikan
  • Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
  • Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
  • Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
  • Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
  • Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
  • Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3)
  • Anugerah Buku Negara 2012 (Kategori Novel Remaja) menerusi novel 9 Nyawa

Senarai Novel Ramlee Awang Murshid
Bermula dengan karya, Igauan Maut pada 1995, Ramlee berjaya menghasilkan lebih 25 novel di sepanjang penglibatannya

1. Igauan Maut - 1995,DBP
2. Tombiruo - 1998,Alaf21
3. Ranggau - 1999,Alaf21
4. Anugerah Pertama - 2000,CESB
5. Mandatori - 2000,Alaf21
6. Semangat Hutan - 2001,Alaf21
7. Pei Pan - 2002,UPDSB
8. ADAM - 2002, Alaf21
9. Satu Janji - 2003,Alaf21
10. Tombiruo Terakhir - 2004,Alaf21
11. Rahsia Perindu - 2005,Alaf21
12. Bagaikan Puteri - 2005,Alaf21
13. Hatiku Diharajuku - 2006,Alaf21
14. Cinta Sang Ratu - 2007,Alaf21
15. Ungu Karmila - 2008,Alaf21 (dipasaran Dis 07)
16. Hijab Sang Pencinta - 2008,Alaf21 (dipasaran Okt 08)
17. Personal Justice (ADAM versi English) - 2008,Alaf21
18. Mikhail - 2009,Alaf21
19. 9 Nyawa - 2010,Alaf21 (dipasaran Nov 09)
20. Cinta Sufi - 2010,Alaf21 (dipasaran Mac 10)
21. Rayyan Fantasi - 2011,Alaf21 (dipasaran Dis 10)
22. Sutera Bidadari - 2011, Grup Buku Karangkraf (dipasaran Mei 11)
23. Fiksyen 302 - 2011, Grup Buku Karangkraf (dipasaran Dis 11)
24. Sunan Musafir - 2012, Grup Buku Karangraf (dipasaran Mei 12)
25. Aku Bercerita - 2013, Alaf21 (telah berada dipasaran July 13)
26. Mitos - 2013
27. Magis - 2013
28. Raudhah - 2014
29. tetamu Siang - 2015
30. Sunan Cinta Nan Sakti - 2015
31. Imaginasi - 2016 
*Pei Pan dan Anugerah Pertama antara koleksi yang susah nak dapat. 


Sebenarnya aku tertanya tanya.. kenapa novel karya beliau tak sepopular novel Ombak Rindu dan Anugerah Terindah... Macam tak diketahui ramai pun... hanya pada yang pernah baca novel beliau sahaja yang mengetahuinya. Sedangkan novel beliau telah banyak dipasarkan. Aku juga salah seorang yang terlepas pandang tentang hal nii. 

InshaAllah.. nanti aku updated tentang novel beliau setelah aku selesai membacanya. Aku jugak bercadang untuk ke Jualan Gudang Karangkraf yang sedang berlangsung sekarang ini untuk membeli novel-novel beliau bagi dijadikan koleksi peribadi aku.

Novel karya Ramlee Awang Murshid yang aku beli di Jualan Gudang Karangkraf
Shah Alam
Kalau diikutkan aku ni bukan laa peminat novel sangat... cuma kalau ada duit lebih dan keinginan nak baca barulah aku beli.. terutama sekali novel yang femes macam Lagenda Budak Setan.. 5 kali aku beli novel nii... dan kelima-limanya dikebas oleh orang. Sejak dari itu.. aku dah kurang sikit beli novel.. aku banyak beli buku-buku tentang sejarah... biografi dan sebagainya.


Bila gaji aku dah semakin ok....aku adalah sikit peruntukan untuk membeli buku atau novel. Kebetulan pulak housemate aku giler buku dan kerja kat kedai buku... so minat ni timbul semula. Sekarang pulak musim novel seram yang tengah meletop-letop dan juga penerbitan semula karya-karya lama A. Samad Said dan HAMKA. Aku tak ketinggalan untuk membeli dan mengikutinya semula... Lagipun... "Ilmu akan bertambah jika dibelanjakan...sedangkan harta akan susut jika dibelanjakan". Betul tak ? 

Sekian.

1 comment: