Saturday, 5 November 2016

Istana 'Kebal' Milik Toh Sedewa Wahab Domba Di Kampung Kepayang...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua.. Apa khabar hari nii? Jom kita melihat sebuah bangunan istana yang dikatakan kebal nii. Betul ke kebal 'istana' ini? persoalan yang bermain difikiran aku... Untuk melihat 'istana' ini korang kena exit tol Simpang Pulai dan menuju ke Gopeng. 'Istana' ini lebih kurang 5 minit jer dari tol Simpang Pulai ini. Kedudukannya yang berhampiran dari jalan raya...memudahkan korang untuk mencarinya. 'Istana' ini terletak dalam kawasan Kampung Kepayang Mukim Sungai Raia.


Kalau korang nak tahu...sebenarnya kat sini terdapat tiga buah rumah banglo lama kira-kira 100 meter ke utara dari deretan kedai-kedai lama di Kg. Kepayang. Salah satunya adalah 'istana' ini yang dimiliki dan dibina oleh Toh Sedewa Wahab bin Toh Domba bin Toh Tua iaitu Orang Kaya Enam Belas yang dilantik oleh Sultan PerakToh Domba bin Toh Tua meninggal dunia pada tahun 1897. Kemudian tempatnya digantikan oleh anak beliau Toh Sedewa Wahab.


Dua buah banglo lagi terletak di sebelah kiri dan di sebelah kanan jalan menuju ke Bandaraya Ipoh dari Gopeng. Banglo yang ke dua rekabentuknya hampir sama dengan banglo yang ini juga menggunakan bahan kayu dan juga batu. Banglo yang ke tiga pula berbeza sedikit rekabentuknya dan kecil sedikit. Tetapi masih menggunakan bahan kayu dan juga batu-bata.


Kali terakhir 'istana' ini telah disewa oleh sebuah syarikat perniagaan sejak lebih 20 tahun lalu untuk dijadikan sebagai bengkel jentera berat'Istana' yang dibina lebih 120 tahun lalu ini telah mula runtuh terutama sekali di bangunan tambahan bahagian belakang akibat terbiar terlalu lama tanpa penghuni. 


Sebahagian struktur asal 'istana' ini masih dapat dilihat seperti di bahagian bumbung, tingkap, pintu dan juga tangga. 
'Istana' dua tingkat ini dibina mengunakan batu bata dengan ciri-ciri Inggeris dan Melayu dengan rekabentuk sametri. Aku difahamkan istana ini dibina untuk isteri tercinta beliau dan merupakan 'istana' yang paling gah di kawasan Kampung Kepayang ini.


Kawasan persekitaran istana ini sangat luas. Di ruang hall bahagian bawah terdapat tangga kayu menuju ke tingkat atas. Lantai aras atasnya menggunakan lantai kayu dan hampir mereput. Dinding hall bahagian atas masih kelihatan cat berwarna biru muda yang mendamaikan dan sejuk mata memandang.


Tingkapnya jenis tingkap labuh/panjang berkekisi yang terdapat pada kebanyakan rumah-rumah kampung dahulu. Ukiran-ukiran seni tebuk (kerawang) bercorakkan flora dihias pada kepala tingkap bagi menyerlahkan lagi keindahan 'istana' ini yang dikhaskan untuk peredaran udara diwaktu malam.

Bumbung 'istana' ini jenis bumbung limas yang menggunakan genting Cina. Berhampiran ada perabung bumbung... terdapat hiasan berbentuk bunga yang sangat cantik menandakan pemiliknya merupakan golongan bangsawan. Terdapat bangunan tambahan dibahagian belakang yang dipercayai ruang dapur tetapi bangunan ini hampir roboh dimakan usia. 



Pokok ara yang besar bersebelahan dengan 'istana' ini memberi kesan yang suram dan menakutkan. 
Rumah Toh Sedewa Toh Dumba, pernah dijadikan Pusat Latihan Guru (TTC) pada era 1950 an sebelum wujudnya Pusat Latihan Harian (DTC) seterusnya dijadikan Maktab Perguruan IpohKemudiannya 'istana' ini terbiar kosong beberapa tahun sebelum disewakan kepada sebuah syarikat yang menjadikan rumah ini sebagai bengkel membaiki jentera berat.


Cubaan bagi merobohkan 'istana' ini pernah dilakukan beberapa kali tetapi tidak berjaya... setiap kali usaha merobohkan 'istana' ini dibuat... enjin jentera tolak pasti akan mati dan tidak boleh dihidupkan semula.


Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi masih juga tidak berjaya... sebab itu penduduk setempat menggelarkan 'istana' ini 'kebal'. Tak pula aku tahu kenapa perkara ini boleh terjadi... mungkin 'istana' ini ada penjaganya.


Kata orang... zaman dahulu masyarakatnya sering memohon kepada jin bagi menjaga rumah dan juga sawah ladang. Mungkin juga pembinaan 'istana" ini ada dilakukan upacara ritual bagi menaikkan tiang seri dan sebagainya. Itu adalah cerita mulut yang disampaikan daripada generasi ke generasi....


Apa pun, kejadian yang berlaku ada penyebabnya. Sekiranya 'istana' ini dapat dipulihara semula dan dijadikan sebuah galeri pasti dapat memberi pulangan kepada industri pelancongan di Ipoh. Namun kos untuk membaikinya bukanlah sedikit dan juga memerlukan kepakaran dalam bidang pemuliharaan supaya ciri-ciri keasliannya akan tetap terpelihara...

Sekian.

**jangan lupa follow blog aku yea

15 comments:

  1. Assalam.. blh tau zuraini ni sape ya.. dri mane bagaimana dpt citer ttg ritual ni.. sahih ke.. sya ni cicit toh sedewa

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam...
    Saya mendapat maklumat ini menerusi keratin surat khabar.Untuk maklumat tuan...mungkin perkataan ritual itu agak kasar bunyinya tapi ianya bukan bermaksud yang tidak baik...sebab masyarakat Melayu dulu sangat kaya dengan adat dan seninya dalam pembinaan rumah. Saya mohon maaf sekiranya penulisan saya ini tersalah ertinya.Cuma nak kongsi tentang banglo yang cantik ini....sebab ramai yang tertanya2 milik siapakah banglo yang ini apabila lalu kawasan ini. Rasa bangga sebab orang Melayu memiliki banglo yang sebigini cantik serta gah di waktu itu....apatah lagi bila melihat rekabentuk dan ukiran yang terdapat di banglo ini. Setiap orang hatinya pasti terusik dan terdetik tentang keindahan banglo ini. Agak sukar di zaman sekarang untuk mencari senibina dengan ukiran yang menyentuh akan perasaan. kadang-kadang tak terucap dengan kata-kata akan kesenian masyarakat Melayu dahulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah benar dah apa yang dinyatakan cuma sedikit sahaja agak tersasar ceritanya. Sy tahu cerita sebenarnya. Daeng selili itu baru cicit toh sadewa , Sy CUCU Sadewa Raja Haji Wahab.

      Delete
  3. Jgn mudah percaya pada akhbar.. sekarang semua orang tau akhbar tak semuanya betul mahal internet juga sering disalahguna.. jika betul niat hendak tau tentang sesuatu peninggalan sejarah itu cuba la cari warisnya untuk ketahui asal usul ceritanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa ada salah faham sikit di sini....sb itu perkataan'mungkin' digunakan...ia umpama bualan kosong masyarakat setempat bukannya satu fakta yang pasti.Memang betul...ada penambahan dan mungkin fakta yang tidak betul didalam surat khabar, internet mahupun fb serta sumber media yang lain. Kita sendiri kena nilai mana yang baik dan buruk. Mungkin pihak tuan boleh mohon atau mencadangkan kepada agensi dan juga university untuk melakukan kajian penyelidikan tentang rumah ini dengan lebih mendalam hingga ke akar umbi supaya masyarakat lebih tahu tentang sejarah rumah ini. Untuk pengetahuan pihak tuan...penulisan blog saya hanya yang umum jer....dan bukan tentang kajian penyelidikan. Blog saya hanya untuk bacaan santai sebab tu penulisan saya tentang pelbagai topik.Sekiranya terdapat fakta yang tidak betuk di dalam penulisan saya ini saya mohon maaf dan pihak tuan boleh membetulkannya (ralat) diruangan komen ini untuk kebaikan bersama. Terima kasih.

      Delete
    2. Memang benar bak bagai dikata si cicit itu, jgn mudah percaya pada akhbar tp sy puji zuraini kerana sekurang-kurangnya perihatin akan bangunan warisan lama tersebut daripada orang yg menjual warisan ini bukan sekadar jual malah tidak amanah lg pula.

      Delete
    3. Sedikit pun tidak sy rasa salah faham akan penulisan anda , si cicit ni sahaja yang kelam kabut . tak salah pun apa yg anda nyatakan cuma pada orang yang takut pada bayang-bayang sendiri sahaja yang cepat terasa. jika anda berminta untuk mengetahui lebih lanjut tentang rumah ini boleh lah menghubungi sy di email : indraqrishnawan@gmail.com

      Rumah itu tempat permainan sy sewaktu usia sy sekitar 10 tahun 50 tahun yang lampau. tiada siapa pun yang duduk disitu ketika itu dan sudah lama ditinggalkan ketika itu sy sendiri pun tidak tahu rumah itu milik keluarga sy. sekarang baru sy tahu kenapa dahulu setiap kali ayah sy apabila pulang ketanah air dari London akan membawa sy dan adik ke situ dan dibiarkan kami berdua bermain didalam rumah itu tetapi beliau tidak pernah pun masuk kedalam rumah tersebut . dia hanya menunggu kedai kopi berdekatan rumah tersebut. apabila ditanya kepada ayah kenapa beliau tidak masuk kedalam rumah tersebut nanti jawab nya hanya " Its Not Mine But Yours For All Of Us " itu sahaja tiap kali kata-katanya.

      Insyaallah , sy cuba kota kan kehendak cik zuriani bt zamri memulihkan warisan tersebut walau pun sudah DIJUAL khabarnya dengan hanya IZIN ALLAH s.w.t ......Insyallah.

      Delete
    4. Alhamdulillah...semoga ilmu ini dpt kita kongsi untuk manafaat semua. Walau pun rumah ini bukan milik keluarga saya tetapi disebabkan senibinanya yang cantik...membuatkan saya jatuh cinta kepada rumah ini. Saya sangat kagum sebab pemiliknya dulu sangat pandai dan memiliki citarasa yg tersendiri. Kawan2 saya selalu bartanyakan tentang rumah ini...tetapi memang tiada info yang diperolehi dan tiada kajian mendalam dilakukan. Kalau pemuliharaan tidak dapat dilakukan atas faktor peruntukkan atau pemilikan...mungkin pendokumentasian dapat dilakukan terlebih dahulu supaya maklumatnya terpelihara. Mungkin satu hari nanti...rumah ini dapat dijadikan galeri keluarga Toh Sedewa Wahab Domba...mesti byk gambar2 klasik yang blh dijadikan pameran utk tatapan semua.
      Saya tertarik bila tuan mengatakan ayahanda tuan minum kopi di kedai berdekatan...rasanya dah tak ada kedai kopi yang tuan maksudkan dulu. Cuma saya membayangkan...bagaimana yea keadaan kedai kopi dan persekitaran kawasan ini waktu dulu...
      saya juga sangat mengkagumi pakaian tradisional dulu-dulu terutama kaum wanitanya...penuh dengan adat sopan dan maksud yang tersendiri. Saya suka melihatnya dari gambar2 lama. Bukan itu saja...penggunaan pinggan mangkuk dulu2 pun sangat menarik...
      Niat saya menulis blog ini hanya untuk berkongsi dengan cara baik dan positif...untuk dijadikan bacaan santai. Terima kasih banyak kerana tuan sangat memahaminya. kalau ada salah dan silap saya mohon maaf dan tuan boleh membetulkan kesilapan saya di ruangan komen ini atau pun email kepada saya. Saya sangat berbesar hati atas perkongsian tuan dan sekali lagi saya mohon maaf...kerana saya baru saja dalam penulisan blog ini.

      Delete
    5. tak perlu meminta maaf, dan bukan satu kesilapan yg besar pun dan tidak menjejaskan apa2 dari penulisan suadari. satu usaha yang baik. yang penting apabila menulis pastikan sesuatu apa yg kita tulis itu adalah perkara yang benar. Wlw bagaimana pun sy puji diatas keprihatinan dan ketajaman deria saudari kepada permata yang terbilang. Hanya manusia jiwa yang berserabut dengan kehitaman sahaja yang tak boleh menilaikannya. Namun sudah lumrah hidup, kalau tiada yg busuk takkan ada yang wangi, sudah ketentuan tuhan setiap yang ada dimuka bumi berpaksi kepada hanya dua pilihan, sebagai contohnya apabila adanya hitam pasti ada putih dan adanya malam sudah tentu membawa kesiang. bukan kah begitu saudari?

      Delete
    6. tahukah saudari siapa pemilik rumah ini sebenarnya? Dan apakah sumbangan yang pernah dan telah dibuat oleh baginda ketika hayatnya masih ada untuk negeri perak?Dan kenapa nama nya tiada didalam catatan sejarah?

      Delete
    7. Saya kurang pasti tapi kalau tak salah saya...pemilik asalnya Toh Domba bin Toh Tua (kalau salah mohon diperbetulkan). Beliau seorang yang sangat hebat dalam perdagangan bijih timah. seorang yang energetic chief dan friendly...dari catatan Resident Hugh Low di dalam buku Kinta Valley oleh Khoo Salma Nasution & Abdur-Razzaq Lubis. Memang tiada banyak maklumat tentang beliau yang saya perolehi.
      Sebagai insan di muka bumi ini...memang tak lepas daripada melakukan kesilapan. Walaupun dengan niat yang positif...ada juga yang menilainya dari sudut negative. Itu lumrah kehidupan. Saya cuba terima dengan sebaiknya. InsyaAllah.

      Delete
    8. Kihkihkih.. disitu nampak kelam kabut ayatnya.. setelah 50tahun tapi boleh tanya sape pemilik.. bagaimana 50tahun dahulu boleh dibiarkan bermain dlam kwsn tersebut sedangkan masa itu ada 2 orang yang menjaga rumah itu.. itu la lumrah dunia sekarang.. masing2 lagak pandai ngaku diri ada pertalian.. cakap putar alam utk mengorek sejarah supaya kelak boleh ngaku diri itu ada pertalian.. keyboard warrior

      Delete
  4. Ya benar, nama pemiliknya asalnya Toh Domba Bin Tok Tua atau lebih tepat nama gelar tubuh badannya ialah Dato Domba Sadewa Raja Allang ZainalAbidin @ Uda Bidin (Panglima Kinta Ke 9) bin Tok Tua Raja Pandak Jamal @ Abdul Jalil.

    ReplyDelete
  5. https://sakakinta.blogspot.my/p/blog-page.html

    ReplyDelete
  6. https://www.facebook.com/SakaKinta

    ReplyDelete