Thursday, 1 December 2016

Book Review: Lengloi..Malam Hantu Lapar. Dia Bangkit.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Hari nii aku nak buat book review tentang Buku Prima Seram yang berjudul Lengloi. Novel ini aku beli sebab member aku kata BEST!....kebetulan pulak masa tu ada sales 25% kat Popular Bookstore. Novel Karya Maria Kajiwa ini bagi aku agak menarik jalan penceritaannya...tidak terlalu straight to the point tetapi beliau pandai dalam menyusunkan ceritanya yang membuatkan aku ingin mencari jawapan apa yang terjadi kepada Lengloi ini.

Yang bestnya novel ini berdasarkan cerita kejadian sebenar yang berlaku di Melaka....jeng...jeng..jeng....Kisah yang diadaptasi dari kisah benar ini bermula dengan kisah dua orang kaki nombor yang menurun nombor ekor di lot kedai yang dikatakan berhantu ini. Demi wang dan kekayaan kesudahannya salah seorang ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. 



Novel ini menceritakan sebuah kedai lot 55 di Melaka yang sering dilanda dengan pelbagai masalah. Penyewa pertama..Muthu membuka kedai makan...kemudiannya disewa pula oleh Terrence yang membuka kedai hardware...penyewa yang ke tiga Nurain yang membuka Butik Zunnurain. Penyewa yang ke empat pula ingin membina hotel budget.
 

Kehadiran Lengloi berbaju kebaya nyonya hitam berkain batik biru dengan bau darah...dan daging terbakar...mengerunkan sesiapa yang melihatnya. Lepas satu...satu kematian terjadi...Apa yang menyebabkan Lengloi ini datang?


Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan kedai di Lot 55 itu semakin digeruni dan dikatakan berpuaka.

Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak dapat dikesan. Siapakah yang dipanggil Lengloi? Dari mana asalnya dan kenapa dia menghuni Lot 55? Apa yang dimahunya? Ke mana Suzy menghilang?


“Kematian seseorang manusia itu tak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat. Apabila sampai masanya, tercabutlah roh dari jasad. Cara sahaja yang berbeza.” – PAK CIK KASIM

“Saya akan cari jalan. Saya mahu bomoh bunuh itu hantu.” LIM

“Gua cinta lu sampei gua mati.” – SUZY


Siapakah Lengloi sebenarnya? Kenapa lengloi menghantui Lot 55 dan apa kaitannya dengan kisah Suzy? Agak suspen dan seram jugak baca novel ini....Tapi disebabkan nak tahu sangat apa yang jadi kat Lengloi nii...aku kuatkan hati jugak. 


Memang aku tak sangka dengan kejadian yang menimpa pada Lengloi ini...sangat tragis. Adanya manusia yang begitu kejam demi wang, kekayaan dan hasad dengki....sanggup membuat apa saja. Kesian pada Lengloi yang menjadi mangsa keadaan dan tak bersalah. Kalau korang nak tahu penghujung cerita novel ini....jangan lupa untuk beli...Memang kesian kat Lengloi nii..



Bagi yang bercadang nak buka kedai untuk berniaga...aku rasa baik korang baca dulu novel ini... Aku pernah mengalami beberapa kejadian yang aneh dalam hidup aku sebab tu perasaan takut kadang-kadang menghantui aku. Kerja aku pulak selalu saja outstation dan menginap di beberapa tempat.... seperti hotel....motel....homestay dan sebagainya. Sejak beberapa kejadian yang aku alami...aku lebih berhati-hati bila berada ditempat yang asing bagi diri aku.


Aku suka novel ini bukan setakat jalan penceritaannya tetapi juga kebudayaan yang dipaparkan...kehidupan bermasyarakat....Melayu, Cina, India dan BabaNyonya. Saling berkawan rapat dan bantu membantu. Kehidupan BabaNyonya dengan baju kebaya sulam dan nyayian dondang sayang...Kepercayaan masyarakat Cina pada malam hantu lapar....
Selain itu...unsur-unsur keagamaan...jangan mudah terpengaruh dan menjadi syirik. Aku bagi 3 bintang.

Sekian.

No comments:

Post a comment