Thursday, 24 November 2016

Book Review: Te Amo Sayang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang. Apa khabar korang semua? hari nii pun aku nak buat book review sebab aku baru jer borong buku. Novel nii aku kirim kat member untuk beli kat Jualan Gudang Karangkraf 2016 kat Shah Alam. Dia sendiri yang pilih...harga plak memang berbaloi-baloi...RM 5 jer.... Bagi aku novel nii sempoi dan sweet. Walau pun umur macam aku nii dah tak sepatutnya baca novel macam ala remaja tapi sebenarnya aku baca semua jenis novel. Yang penting adanya moral yang baik kat dalam novel ini untuk dijadikan panduan hidup aku.


Te Amo Sayang yang bermaksud "saya cinta sayang" dalam bahasa Sepanyol. Novel ini berkisahkan penghidupan suami isteri iaitu Faaeq Rifqi dan Sara Irdina . Faaeq Rifqi begitu pembersih dan tidak mampu bertolak ansur dengan sebarang bentuk kotoran walau habuk sekalipun. Kerjaya sebagai pramugara menjadikan dia lebih teliti dalam apa jua keadaan. Namun dapatkah Faaeq Rifqi memastikan dia akan jatuh cinta dengan wanita yang bersikap serupa dengannya?

Taipei menjadi destinasi pertemuan antara anak muda ini dengan si editor cemerkap Sara Irdina. Sara Irdina akhirnya tertawan dengan kematangan Faaeq Rifqi meski jejaka itu muda empat tahun daripadanya. Ikatan pernikahan membuka sisi baru buat mereka. Faaeq si pembersih rupanya berpasangan dengan Sara yang langsung tidak pandai melakukan kerja-kerja rumah.


Lalu bagaimanakah pasangan ini berkomunikasi? Dapatkah Faaeq bertahan dengan sikap isterinya yang ternyata amat kontra itu?

 

Faaeq cuba belajar untuk menerima Sara seadanya...dan Sara pula cuba untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan cara Faaeq tetapi disebabkan sikap Faaeq yang terlalu cepat menilai dan menuduh menyebabkan selalu berlakunya pergaduhan antara mereka.


Keadaan menjadi semakin meruncing apabila anak mereka dimasukan ke hospital yang membuatkan Faaeq menuduh Sara tanpa usul periksa. Faaeq juga telah menghalau Sara keluar dari rumah dan tidak dibenarkan untuk menjaga anaknya sendiri. Sebagai seorang ibu...Sara kecewa dan sedih kerana terpaksa berpisah dengan anaknya.


"............Isteri, ketahuilah bahawa sudah sekian lama ingin aku suarakan segalanya kepadamu. Sudah terlalu lama isi hati ini menanti untuk diluahkan buat kau yang berhak. Namun hingga ke saat ini aku masih belum punya kesempatan. Lapangkanlah hati, senyumlah sekiranya kau mampu mendengar setiap bait yang terzahir di hati suamimu ini.

Percayakah isteri andai kukatakan bahawa masih terasa hingga ke hari ini debaran kencang sekeping hati yang pada mulanya sekadar menaruh suka terhadapmu? Entah bila dan bagaimana, diri ini terlanjur sayang dan mencintai dirimu.

Pada ketika itu aku mula sedar bahawa aku tidak pernah melihatmu sebagai wanita yang lebih berusia daripadaku. Tidak pernah. Sebaliknya, di mataku kau adalah seseorang yang ingin aku jadikan sebahagian daripada diri ini. Kau yang telah dipilih-NYA untuk menyempurnai diriku. Tuan empunya hati yang serba kekurangan.





Dan untuk itu, aku begitu berterima kasih atas kesudianmu menerima lamaranku untuk hidup bersama mengharungi segala suka duka, pahit manis kehidupan. Tiada lagi jurang pemisah setelah pernikahan menyatukan kita, meleraikan segala tanda tanya tentang kesungguhanku untuk memilikimu.


Isteri, terima kasih atas kesabaranmu menelan setiap pahit yang pernah aku berikan selama ini. Juga, terima kasih tidak terhingga atas keikhlasanmu mengasihi keluarga kita seadanya. Kata orang, suram ikatan perkahwinan tanpa cahaya mata. Dan nyatalah aku seorang suami yang sungguh bertuah kerana memiliki isteri sebaikmu; Seorang wanita yang tidak teragak-agak mempertaruhkan hidup demi melahirkan zuriat kita.


Isteri, naifnya suamimu ini. Hanya terima kasih yang mampu aku lafazkan berulang kali. Terima kasih untuk segala pengorbananmu. Aku yakin sayang, sebenar-benar yakin bahawa cinta-NYA yang telah menyatukan kita.



Di kesempatan ini, aku mohon kepadamu agar jangan berputus asa terhadap cinta kita. Andai kata aku tidak dapat untuk bersamamu lagi, maafkanlah diri ini. Teruskan hidupmu sepertimana yang kau mahu. Doaku akan sentiasa mengiringi...."



Suara hati,

Pemilik tulang rusuk yang kau pinjam.


Novel ni sebenarnya berharga RM 18.90 dengan 448 halaman bercetak dan diterbitkan pada 1 Ogos 2012.

Sebenarnya dalam kehidupan berumahtangga...memang akan berlaku perbalahan untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. Perbalahan ini juga akan membuatkan kita lebih mengenali pasangan hidup masing-masing kerana didikan yang berbeza. Novel ini juga mengajar akan erti kesabaran dan saling bertolak ansur. Jangan dicari kesalahan pasangan tetapi carilah jalan penyelesaian sesuatu pemasalahan itu.  Aku bagi 2 bintang.

Sekian.

No comments:

Post a comment