Sunday, 20 November 2016

Book Review: Qarin...Aku Adalah Kau, Kau Adalah Aku!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Hari nii jumpa lagi kita dengan book review.....tengah ada mood nak baca novel seram...hik...hik..hik... kali nii tentang novel yang bertajuk Qarin. Aku sendiri pun tak tahu apa itu Qarin...so aku pun guna encik google....
Sedikit maklumat yang aku dapat mengenai Qarin. "Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia." (info dari Wikipedia Bahasa Melayu).




Dah tahu maksudnya...barulah seronok nak membaca. Dalam bahasa yang mudah....'pendamping'. Kebetulan pulak sebelum baca novel nii...aku baca novel seram bertajuk Pendamping karya Zyra Safiya. Mula-mulanya aku ingat ada persamaan tetapi setelah terus membacanya....ternyata banyak perbezaannya antara dua novel seram ini.


.........Aku nampak lagi. Aku nampak lagi pada bayang-bayang lelaki itu. Bayang-bayang yang menakutkan. Dia bangun dan memeluk erat buku-bukunya. Dia ingin berlalu tetapi bahunya berlaga dengan lelaki itu. Buku-buku yang dipeluknya jatuh bertaburan atas lantai. Dia membongkokkan tubuhnya mengutip buku-buku itu semula.

.......Bayang-bayang hitam yang mengekori Faris menakutkan Asmida, seorang gadis yang terbuka hijabnya melihat makhluk-makhluk halus itu. Asmida turut mendapat petanda-petanda ngeri mangsa-mangsa pembunuh kejam itu seterusnya. Faris pula buntu apabila mengetahui bayang-bayang hitam yang sentiasa berbisik di telinga itu adalah Qarin.


Mangsa-mangsanya adalah kalangan penjenayah yang bebas daripada tuduhan salah laku. Cepat atau lambat Qarin ini  akan memburu mereka. Maut menanti mereka. Pembunuhan kejam yang berlaku seperti bukan kerja seorang manusia. Tiada kesan dan jejak ditinggalkan oleh si pembunuh yang licik.

Qarin dahagakan darah manusia. Faris tidak akan mengikut telunjuk Qarin. Dia bukan seorang pembunuh! Apabila rahsia lama cuba disingkap, segalanya terdedah satu per satu. Faris, Qarin dan seorang lelaki yang sudah mati bernama Nazrin Shah saling berkaitan rapat.

“Sorry As,” Faris memohon maaf.

Dia hanya mengorak senyuman kecil. Dia tidak menyalahkan lelaki itu. Dia yang lalai.

Dia yang kelam kabut hingga langkahnya tidak tentu arah.



Faris membantu memungut buku-buku tersebut lalu diserahkan semula kepada Asmida. Asmida gadis yang agak pendiam, tetapi Faris menyenagi tingkah gadis itu.

 “Takpe.
“Kelam-kabut semacam. Awak nak ke mana?”
“Er... saya ada hal sikit.”
“Hal kecemasan ke? mak awak sakit lagi?”
 Asmida menggeleng laju.
“Sa… saya…”
“Faris!” Nadia muncul di antara mereka. Wajah Nadia berubah melihat Asmida bersama Faris. Dia cukup tidak berkenan jika Faris berbual-bual dengan Asmida. Dia tak suka Faris rapat dengan perempuan lain.
Asmida mengambil peluang mengorak langkah panjang. Jalannya menunduk. Gelagat Asmida menjengkelkan hati Nadia.
 “Apa hal cari I?” soal Faris.
 “I nak ajak you join sekali dalam discussion percutian kita tu.”
 “Tak perlulah.”
 “Faris…. you kena release tension you tu.  Kalau you melepak di library ni pun you akan stress. Or you selalu ke sini sebab budak nerd tu.”

Setiap pembunuhan yang berlaku sangat menggerikan........ada yang putus kepala, ditikam berkali-kali, dipotong beberapa bahagian....kesemua jantung mangsanya direbus....kenapa dilakukan begitu kejam sekali pun aku tak pasti.

Nasrin Shah rupanya mangsa dera bapa tirinya dan juga mangsa buli disekolah tetapi...Apakah hubungannya dengan Fariz?? Korang kena laa cari jawapannya....kusyuk jugak aku membaca novel nii....dalam 2 hari dapat khatam!
 

Bagi aku novel ini menggerunkan dengan kejadian pembunuhan mangsa. Kesian jugak pada Nazrin yang mungkin trauma dengan penderaan ke atas dirinya. Aku sebenarnya tak suka tengok cover novel ini sebab sangat menyeramkan...macam ju on plak merangkak rangkak.

Actually part aku suka endingnya.....walaupun dah boleh agak tapi still rasa suspen. Aku boleh bagi  2 setengah bintang.

Sekian.

No comments:

Post a comment