Wednesday, 2 November 2016

Book Review: Manuscript... Jangan Biarkan Dia Wujud!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Hari nii aku nak buat book review lagi. Novel Seramlicious yang seterusnya.... Apakah misteri sebenar disebalik manuskrip ini? Apa yang pasti, manuskrip ini seperti menyimpan seribu rahsia yang terpendam... Novel ini merupakan karya Saidee Nor Azam yang ke 3 aku baca. Sebuah novel yang sangat seram dan menggerunkan...citer psiko yang sangat menarik....idea daripada kisah benar...penulis yang terlalu menghayati watak di dalam novelnya....Memang seram siut!!



Dah laa sebelum aku baca novel inii....aku baca novel Wanita Kimono Merah yang sememangnya seram jugak...dan sebelum-sebelum itu aku baca novel Margasatwa 2... Tiga kali berturut-turut aku baca novel seram... memang seram sejuk dibuatnya!


Habis jer baca novel Manuscript ini... aku stop dulu baca novel seram sebab aku nii penakut orangnya. Aku baca novel Salina dulu...karya A. Samad Said...bagi otak dan perasaan aku relax jab...sebenarnya aku ada lagi dua buah novel seram yang belum dibaca iaitu Qarin (karya Illya Abdullah) dan Pendamping (karya Zyra Safiya).



Jom aku ceritakan sedikit betapa seramnya novel ini...

Sinopsis
Jangan biarkan dia wujud!
Iman Zaman seorang novelis seram tersohor, sudah tidak mampu menulis cerita seram lagi. Semuanya bermula setelah dirinya mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Diana. Dalam diam, Iman mengesyaki Diana curang.

Namun, Diana tetap membantu Iman mencari sebuah rumah sewa di kawasan pedalaman semata-mata ingin membantu Iman menyiapkan karyanya.



Di rumah disewanya itu, Iman telah menjumpai senaskhah manuskrip lama yang belum lengkap. Dia mula bercadang untuk memplagiat karya itu. Sejak itu, Iman sering diganggu pelbagai kejadian seram dan aneh. Termasuk kehadiran seorang lelaki yang menyuruh Iman menyiapkan segera manuskripnya.

Siapakah lelaki misteri yang sering mengganggu Iman? Adakah dia wujud?


Kehilangan seorang penulis baru iaitu Faten Suhanna juga menjadi misteri kerana rumah yang Iman Zaman sewa itu merupakan milik asal penulis tersebut. Rupanya Faten telah dibunuh oleh suaminya yang ingin menjual rumah tersebut kerana menanggung banyak hutang dan mempunyai perempuan lain.

Rumah ini mempunyai halaman yang luas... dibelakang kawasan rumah ini terdapat kebun bunga Roselle yang merah dan subur serta menjadi minuman kegemaran Iman Zaman. Di belakang rumah ini juga terdapat sungai yang mengalir jernih airnya. Setiap hari Iman akan memetik bunga Roselle untuk dibuat jus minuman sebagai pembasah tekaknya apabila beliau berkarya.

Selain itu...Lucy kawan baik kepada Diana dan kawan sekolej dengan suami Faten Suhanna sangat cemburu akan hubungan terlarang Diana dengan Badro kerana Lucy juga menyukai Badro.


Sikap yang terlalu dendam dan cemburu menyebabkan berlakunya pembunuhan ngeri dan kejam tanpa ada sifat belas kesian sehingga memakan diri sendiri dan menghantui jiwa. Jus Roselle yang selalu diminum oleh Iman Zaman juga menyebabkan beliau selalu mengalami halusinasi dan sering mendengar kelibat seorang perempuan menyanyi....


“Tidak! Kau tak wujud! Kau iblis! Kau setan! Berambus! Jangan ganggu aku!” -Iman Zaman

“Sudah aku katakan, dia memang tidak boleh dipercayai tetapi kamu lemah dengan mainan nafsu kamu sendiri.” –Yasril


“Kalau aku mati, aku akan bawa kau sekali jantan tak guna!” –Faten Suhanna



Harga : RM 23.00 Halaman : 448 Tarikh Terbit : 01 Mac 2016

Pengakhiran cerita novel ini sangat lain....dan terasa diri nii seram sejuk. Berjayakah Iman zaman untuk menyiapkan novel manuscriptnya ini?? Lebih baik korang baca sendiri untuk tahu kesudahannya....memang psiko. Aku sendiri pun tenggelam dan terbawa-bawa dengan watak-watak yang ada dalam dalam novel ini. Apa pun novel nii memang BEST!!. Aku bagi 4 bintang.

Sekian.

1 comment:

  1. Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi

    Agen Sepak Bola Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola

    Agen Sbobet Judi Bola

    Judi Sepak Bola Terbaik

    Agen Judi Online

    Bandar judi ikan

    Agen sabung ayam

    judi sabung ayam

    judi tembak Ikan

    Agenjudi tembak ikan terbaik

    ReplyDelete