Wednesday, 16 November 2016

Book Review: Mandatori...Case Closed!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Hai korang semua... Apa khabar hari nii? Di harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan baik-baik sahaja hendaknya. Hari nii aku nak buat book review lagi. Mmmmm….kalau korang nak tahu…aku sebenarnya tidak mengenali langsung penulis Ramlee Awang Murshid nii. Aku ni memang rajin pergi bookstore….kadang-kadang selang sehari. Aku rasa seronok dan dapat hilang segala stress kerja. Setiap kali aku ke bookstore…pasti aku terpandang novel karya Ramlee Awang Murshid nii….dan setiap kali itu jugak hati aku selalu tertanya….apasal banyak sangat novel beliau nii??....cover macam old school sangat!!.....best ke novel dia nii??.....Terus terang aku cakap, aku memang tak puashati…apasal aku tak kenal langsung dia nii…macam tak glemer jer….. 


Satu hari tuu…aku pun google laa pasal beliau nii. Malu pulak aku rasa sebab rata-rata mengatakan karya beliau sangat BEST!! Tak boleh jadi macam nii…esoknya aku singgah kat bookstore dan beli novel beliau yang bertajuk Mandatori…..yang sebenarnya aku nak cari novel yang bertajuk Bagaikan Puteri tetapi sold out. Kat online pun habisss…

Awal penceritaan novel ini dibuka dengan pembunuhan kejam mantan ketua hakim bersama isteri yang baru sahaja pulang daripada majlis perpisahan yang diadakan bersempena dengan persaraan beliau. Letupan kereta yang berlaku cukup menggegarkan negara kerana ada pihak yang sedang melancarkan serang kepada sistem perundangan negara.


Bila dirujuk pada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mandatori bermaksud 'mesti atau wajib dilaksanakan'. Istilah itu sering digunakan pada terma hukuman dan perundangan. Mandatori - Hukum Gantung Sampai Mati , itulah ungkapan yang sering kita dengar. Ia membawa maksud hukuman gantung itu harus dan wajib dilaksanakan sehingga penerima hukuman menemui ajal... MATI !
Berikut adalah senarai kesalahan jenayah yang membawa hukuman mati:

  • Melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong - Seksyen 121 Kanun Keseksaan (lihat: Al-Ma'unah)
  • Kesalahan terhadap Raja - Seksyen 121A Kanun Keseksaan
  • Bersubahat bagi (Angkatan Bersenjata) - Seksyen 132 Kanun Keseksaan
  • Pembunuhan - Seksyen 302 Kanun Keseksaan (wajib) (lihat: Mona Fandey)
  • Menyubahati membunuh diri - Seksyen 305 Kanun Keseksaan
  • Dicuba dengan kehidupan banduan membunuh, jika kecederaan disebabkan - Seksyen 307 (c) Kanun Keseksaan (wajib)
  • Menculik atau melarikan untuk membunuh - Seksyen 364 Kanun Keseksaan
  • Tebusan - Seksyen 374A Kanun Keseksaan
  • Geng rompakan dengan pembunuhan - Seksyen 396 Kanun Keseksaan
  • Pengedaran dan penyeludupan dadah - Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (wajib) (lihat: Barlow dan Chambers pelaksanaan)
  • Pemilikan senjata api - Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960



Segala-galanya bermula apabila Tassan (ayah kepada Amran merangkap pemandu Datuk Johari. Datuk Johari pula merupakan ayah kepada Juliana iaitu orang yang paling Amran cintai) dihukum gantung sampai mati atas tuduhan membawa dadah seberat 2 kg. Beliau sering diejek dan dibuli disekolah. Orang kampung juga memandang serong kepada keluarganya.
Sejak peristiwa itu hidup Amran tertekan. Amran berhenti sekolah dan menolong Tua Putih menangkap ikan di laut tapi malang tidak berbau. Bot yang dinaiki mereka dipukul ombak besar yang menyebabkan Amran terlantar di tepian pantai.
Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan dan menguatkuasakan hukuman mandatorinya sendiri. Tiada lagi timbang tara dan tolak ansur. Tiada perbicaraan dan juga juri yang akan mengadili. Bagi Carlos, peguambela sudah tidak diperlukan lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman tanpa perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman MATI MANDATORI! Case Closed!
Apa pula kaitan Tassan dengan Carlos?

Amran, Bogart, Norman dan Carlos dan Bilal Piut adalah orang yang sama tetapi mempunyai watak yang berbeza seperti ada satu kuasa asing terhasil daripada kuasa minda. Di sinilah korang kena pandai menilai sebab ada garis masa kat sini…dan otak perlu berfikir.

Aku suka novel ini... ternyata karya Ramlee Awang Murshid ini memang bagus...Satu kelebihan buat beliau kerana ayahnya bekerja di penjara dan beliau dapat menghayati kehidupan dan persekitaran banduan. Apabila membaca novel ini...aku terasa 'hidup' dan mengambil masa 1 hari setengah untuk menghabiskannya sebab nak tahu kesudahan penceritaannya.
Aku difahamkan...Murshid Awang Ramlee akan serapkan unsur pemikiran di luar kotak supaya pembacanya tidak rasa bosan di setiap bab yang diwujudkan. Sekarang aku dah beli 13 novel karya beliau untuk dijadikan koleksi peribadi kesayangan aku. Selepas Mandatori aku akan mulakan dengan Tombiruo.....Aku bagi 4 bintang untuk novel nii. 

Sekian.

No comments:

Post a comment