Saturday, 15 October 2016

Rumah Penghulu Md. Natar Paling Cantik Di Malaysia...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar korang pagi nii? hari nii aku nak ajak korang ikut aku ke rumah tradisional Melaka yang tersangatlah cantik nau. Aku begitu terpesona dan kagum dengan senibina Rumah Penghulu Ghani nii. Aku rasa korang pun terpesona melihatnya walaupun daripada gambar sahaja. Apatah lagi aku yang melihat dengan dua biji mata aku nii. Terpegun dibuatnya ketika melangkah masuk ke kawasan rumah ini.


Rumah Penghulu Abdul Ghani bin Abdul Majid ini terletak di Pekan Merlimau, Daerah Jasin iaitu kira-kira 22 km dari Bandar Melaka menghala ke Muar hampir dua abad usianya. Namun, ia masih tegap dan gagah berdiri di tapak asalnya. Sesungguhnya, ia kekal tersergam atas titik peluh dan kemahiran tukang kayu pada zaman dulu yang sangat berpengalaman.




Rumah unik bersenibina campuran ini dibina dalam tahun 1914 oleh Datuk Penghulu Abdul Ghani, Penghulu Kawasan Merlimau dikatakan bersenibina campuran kerana terdapat pelbagai senibina yang mewakili pelbagai bangsa. Rumah Melaka tertua yang masih berdiri megah dan merupakan antara rumah Tradisional Melayu yang tercantik di negara ini. Dibina di tanah seluas 1,350 meter persegi, dengan kos RM23,000. Ia mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.


Ia mempunyai seni bina yang sangat unik dengan gabungan gaya seni bina Melayu, Cina dan Eropah. Skala rumah ini adalah jauh lebih besar dari ukuran lazim Rumah Melaka. Rumah ini pernah didiami oleh seorang ketua masyarakat yang menjawat jawatan Demang atau Ketua Penghulu iaitu Penghulu Abdul Ghani bin Abdul Majid. Setelah Penghulu Abdul Ghani meninggal dunia, beliau telah digantikan oleh anaknya Mohd Natar dan rumah tersebut lebih dikenali sebagai rumah Penghulu Md. Natar.



Rumah ini mempunyai dua buah komponen rumah yang bersambung menjadi satu. Rumah Melaka iaitu Rumah Bumbung Panjang Tiang Enam Belas terletak pada bahagian belakang merupakan kediaman rasmi keluarga Penghulu. Manakala Rumah Limas Johor yang bersambungan menjadi anjung terbuka kepada Rumah Melaka berkenaan. Di sinilah Penghulu Ghani mengadakan pertemuan dengan penduduk kampung di mana bangku panjang gaya Victoria dibina pada sepanjang sisi anjung untuk duduk bermesyuarat.

Rumah ini diilhamkan oleh Penghulu Abdul Ghani sendiri dan dibina oleh beberapa Tukang Cina. Oleh sebab itu tak hairanlah terdapat motif-motif Cina menghiasi dinding, pintu, tingkap dan pagar rumah ini. Pengunjung akan disambut dengan keindahan yang terdapat pada tangga batu Melaka yang sangat elegan berturapkan jubin berhias dengan pelbagai warna yang diimport. Tangga ini diapit oleh dua buah kolah air serta tiang berhias sebiji buah nenas sebagai lambang kemakmuran di kiri dan kanan.


Terdapat sepasang pintu unik dengan hiasan dua ekor naga berlaga terletak di antara ruang verandah dengan anjung. Selain itu juga, motif flora dan burung pada kepala pintu, tingkap serta pelamin yang jarang terdapat pada rumah-rumah Melayu asli menyerlahkan lagi seni pertukangan gaya Peranakan Cina yang dibina kekal di Rumah Ibu.


Rumah Belakang dan Rumah Dapur dipisahkan dari Rumah Ibu dengan sebuah halaman dalam (courtyard). Ia mempunyai dua buah pintu masuk di sebelah sisi dan belakang dengan rekabentuk Cina berbumbung genting Belanda. Di ‘courtyard’ ini juga terdapat sebuah kolah besar untuk membasuh kain serta sebuah bilik mandi tanpa bumbung yang juga mempunyai kolah besar.


Bumbung Rumah Anjung, Rumah Ibu dan Rumah Belakang dibina dari zink iaitu bahan bumbung yang eksklusif pada masa itu. Manakala bumbung Rumah Dapur adalah dari genting India. Keseluruhan bangunan ini dicat dengan motif mempunyai pelbagai warna. Ini merupakan pengaruh senibina Cina kerana rumah-rumah tradisi Melayu lazimnya mengekalkan warna kayu tanpa dicat.

Rumah tradisional Penghulu Md. Natar dibina sebelum zaman pemerintahan British, direka bukan semata-mata untuk kediaman malah berfungsi sebagai sebuah pusat pengurusan mukim dilengkapi ruang memasak untuk kenduri dan pernah dijadikan lokap untuk penahanan sementara pesalah sebelum dihantar kepada polis.



Bagi menyelamatkan khazanah Negara yang tidak ternilai ini, Jabatan Warisan Negara telah melaksanakan kerja-kerja baikpulih pada keseluruhan bangunan termasuk membaikpulih dan memperkukuhkan struktur tembok dinding dan tiang konkrit yang rosak, mengikis dan mengecat semula, menanggal dan memasang jubin seramik, meroboh dinding tambahan, membaikpulih struktur kerangka dan kemasan bumbung serta lain-lain kerja berkaitan seperti membaikpulih pelamin, kabinet dinding, tempat memasak, kabinet dapur, kolah bilik air serta tiang dan pelbagai motif ukiran. Semoga usaha murni ini dapat meneruskan warisan peninggalan nenek moyang untuk generasi akan datang.

Kerajaan negeri berhasrat menjadikan rumah tradisional Penghulu Md. Natar yang berusia kira-kira 180 tahun di Merlimau di sini menjadi produk pelancongan inap desa sekali gus membantu menambah pendapatan kepada waris keluarga terbabit.



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, keunikan dan populariti rumah tradisional Penghulu Md. Natar wajar dikomersialkan melalui program inap desa selaras dengan imej Melaka sebagai negeri pelancongan.

Menurutnya, usaha itu selain meningkatkan pencapaian industri pelancongan negeri, ia turut menyumbang kepada pendapatan negeri dalam sektor berkenaan. ''Amat wajar keunikan dan keistimewaan rumah ini diketengahkan kepada masyarakat luar terutama pelancong asing yang belum pernah melihat sendiri rumah kampung tradisional seperti yang terdapat pada rumah tradisional Penghulu Md. Natar," katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Jati Diri Seni Warisan Melaka di Rumah Tradisional Penghulu Md. Natar, Merlimau di sini baru-baru ini.


Kata Mohd Ali, selain keunikan jubin lama dan seni bina yang terdapat pada rumah tersebut, saiz rumah tradisional Penghulu Md. Natar yang agak besar dianggap sesuai dijadikan produk inap desa.

"Saiz dalam rumah ini agak besar, sesuai menampung kehadiran pelancong yang ramai untuk bermalam di rumah ini nanti," katanya. 


Malah katanya, rumah tradisional tersebut juga pernah dinaik taraf dan termasuk dalam sebahagian projek pemuliharaan di bawah Jabatan Warisan Negara (JWN) bagi mengekalkan struktur bangunan rumah berkenaan dengan kos sebanyak RM1.7 juta.

Menurut beliau, pihaknya akan mengeluarkan modal perbelanjaan bagi membeli peralatan rumah seperti katil untuk ditempatkan di rumah tersebut.


''Hasil keuntungan daripada peniagaan inap desa ini, kita akan ambil 70 peratus manakala pemilik akan dapat 30 peratus," katanya. (sumber: Utusan Online)

Pewaris rumah bersejarah itu, Md. Ramli Md. Natar, 66, berasa bertuah. Dia telah mewarisi satu hasil seni bina yang dikatakan melampaui zaman dan warisan budaya. Rumah persis Istana Melaka itu mula dibina pada tahun 1895 sebelum menjalani siri proses ubah suai dan siap sepenuhnya pada tahun 1918. Sesetengah penduduk Merlimau memberi jolokan rumah itu sebagai Istana Merlimau atau Rumah Merlimau. 



Datuk saya, Datuk Demang Haji Abdul Ghani Haji Abdul Majid dan ayah saya, Penghulu Natar berjaya melahirkan nilai-nilai estetika dan kehalusan pada rumah yang kami anggap sebagai satu yang luar biasa,” kata Md. Ramli. Ketika kedatangan Kosmo!, anaknya, Rizal, 37, yang merupakan pewaris seterusnya turut serta.



Md. Ramli dengan rela hati membawa penulis meninjau isi dalam rumah yang penuh nostalgia itu. Rumah yang mempunyai pengaruh Palembang, Kemboja, Champa dan Filipina itu boleh disimpulkan sebagai unik.

Bentuk rumah itu mempunyai ciri Melayu tetapi anjungnya berbumbung limas. Rumahnya besar dua sebandung dengan dapur masaknya berbumbung lintang dan ruangnya juga sangat luas. Rumah besar dan dapurnya dipisahkan oleh sebuah pelantar simen, tiga buah anjung, serambi, dapur memasak dan perigi. Perkara yang menarik dalam rumah itu ialah tiang serinya. Ia mempunyai tiang asas tetapi tiang tersebut telah dilapik dengan papan berlorek yang hiasi kelopak bunga. Tangga di hadapan rumah pula dihiasi dengan jubin yang diimport dari China.



Rumah Penghulu Natar mematuhi prinsip rumah Melayu asli yang mengekalkan tradisi seni bina alam Melayu. Rumah itu cukup luas tetapi tidak berbilik. Kata Md. Ramli, jika ia berbilik, rumah itu akan bertentangan dengan elemen rumah Melayu tulen.


Pada era dahulu, rumah tradisional bukan semata-mata dijadikan kawasan kediaman tetapi fungsinya umpama istanaAntara peranan penting ialah rumah itu juga bertindak sebagai Mahkamah Rakyat. Demang Abd. Ghani ketika itu telah diberi kuasa oleh pihak British untuk menyelesaikan dan membicarakan masalah sosial rakyat. Antara kes yang dibicarakan mengikut pertimbangan ialah kes mencuri, melarikan anak dara dan masalah tanah.



Lazimnya, Mahkamah Rakyat akan bersidang pada sebelah malam. Di belakang rumah itu juga, terdapat lokap untuk penahanan sementara, sebelum pesalah dihantar kepada pihak polis.

Md. Ramli menambah, rumah tersebut juga pernah dijadikan sebagai Pejabat Daerah dan Pejabat Memungut Cukai. “Mesyuarat rasmi kerajaan selalu diadakan di sini. Pegawai British biasanya akan menaiki kuda untuk datang ke sini dan selalu akan bermalam di rumah ini,” katanya.


Perang Naning (1831-1832) dan Perang Rokam (1887) yang meletus di Serkam, Melaka telah menyebabkan British memaksa orang Melaka membayar cukai. Cukai yang dibayar dalam bentuk tunai atau hasil tanaman seperti padi dan kelapa turut berpusat di rumah bersejarah itu. Setiap hari ada saja cukai yang dihantar melalui kereta lembu ke rumah itu.



“Itulah pelamin yang dibina secara kekal. Ia digunakan ketika masyarakat Merlimau melangsungkan perkahwinan,” terang Md. Ramli. Pelamin itu mempunyai dua aras dan lengkap dengan pagarnya sekali. Ukirannya begitu menarik dan teliti. Pada masa dulu, di kiri kanan pelamin itu terdapat ukiran dua ekor naga yang dicat dengan warna emas. Lotengnya sangat luas. Untuk naik ke loteng berkenaan, sebuah tangga kayu disediakan. Menurut Md. Ramli, biasanya ruang loteng itu menempatkan anak-anak gadis ketika majlis perkahwinan.


Baru-baru ini, Kerajaan negeri Melaka berhasrat menjadikan rumah tradisional Penghulu Natar menjadi produk pelancongan inap desa. Memetik kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, keunikan dan populariti rumah tersebut wajar dikomersialkan.


Menurutnya, usaha itu selain meningkatkan pencapaian industri pelancongan negeri, turut menyumbang kepada pendapatan negeri dalam sektor berkenaan. “Amat wajar keunikan dan keistimewaan rumah ini diketengahkan kepada masyarakat luar terutama pelancong asing yang belum pernah melihat sendiri rumah kampung tradisional,” kata beliau.


Mohd. Ali sendiri terpesona dengan keunikan jubin lama dan saiz rumah itu yang boleh menampung kehadiran pelancong, termasuk mereka yang ingin bermalam. Sementara itu, tokoh sejarah Melaka, Baharam Azit, 69, berkata, rumah itu perlu diawasi dan dijaga sebaik-baiknya supaya tidak lenyap ditelan zaman. “Sejarah rumah ini harus dipelihara supaya terus menjadi kenangan bangsa dan kebanggaan negara,” katanya. (sumber: Kosmo Online)


Menurut cucu Md. Natar lagi yang menjaga rumah tersebut, Rizal Md. Ramli berkata, rumah tersebut direka moyangnya bukan sekadar sebagai kediaman sebaliknya sebagai pusat pengurusan mukim.



Rumah ini terbahagi kepada anjung, rumah depan, rumah tengah dan rumah belakang. Ia juga dilengkapi dengan pelantar, dua bilik tidur, loteng dan ruang memasak yang besar memandangkan mesyuarat pembesar dan majlis keraian sering diadakan di sini satu masa dahulu,” katanya ketika ditemui krew Jurnal baru-baru ini. Jelas Rizal, 37, rumah depan atau anjung digunakan untuk urusan pentadbiran, perbincangan, perbicaraan dan penyelesaian masalah.


Tidak hairanlah, terdapat banyak kerusi panjang yang terlekap di sekeliling di bahagian ini. Selain itu, tokoknya, deretan kerusi itu menjadi pilihan para pegawai British yang berkunjung ke rumah itu duduk dan berehat dengan lebih selesa apabila canggung duduk bersila.


Semua ukiran di anjung ini bermotifkan flora dan fauna. Motif burung tekukur dan lekapan tanduk rusa asli di muka rumah ini menunjukkan moyang saya yang sangat gemar berburu,” katanya.


Ruang anjung dijadikan tempat untuk bermesyuarat, meraikan pembesar dan membicarakan serta menyelesaikan masalah penduduk kampung. Di ruang ini, pengkayaan ukiran pada kekisi tingkap, jendela dan daun pintu jelas kelihatan. Menggunakan khidmat pakar ukir dari Kelantan, ketelitian memilih corak dan kehalusan menzahirkan ilham di atas kayu resak sekaligus mengadapatasi estetika rumah Melayu tradisional.


Melangkah ke rumah tengah yang menjadi ruang utama teratak warisan ini, pertembungan dua prinsip rekaan seni bina lama iaitu Melayu Melaka dan seni bina limas yang menggabungkan Melayu Johor, Riau dan Lingga jelas kelihatanBerfungsi sebagai ruang tumpuan jika ada majlis keraian mahupun mesyuarat bersama para pembesar, sebuah persemayaman khas untuk penghulu masih dikekalkan di situ. Menurut sesetengah pendapat, selain penghulu, pengantin dari keturunan Demang akan disandingkan di persemayaman tersebut.



Ukiran naga pada bahagian ruang rehat tangan dan warna merah-kuning yang melatari persemayaman itu jelas diambil dari pengaruh China. Kamar tidur untuk Demang pula ditempatkan berdepan dengan tempat persemayamannya. Di ruang itu juga terdapat satu tangga khas untuk ke loteng yang menempatkan anak-anak gadis Demang serta khazanah warisan keturunannya. Tiang seri yang terletak beberapa langkah dari tempat Demang mempengerusikan mesyuarat pula sarat dengan ukiran hiasan secara tidak langsung menjadi titik fokal yang mengindahkan rumah tengah.



Menuruni tangga di sisi rumah tengah, kelihatan rumah belakang yang dipisahkan dengan pelantar simen. Kata Rizal, pelantar tersebut digunakan untuk tujuan menjemur padi, kuih, ikan dan pelbagai aktiviti lain. Ia juga menjadi tempat penyediaan hidangan dalam majlis tertentu. Di sisi kiri tangga, sebuah kolah buatan disediakan untuk tujuan minuman dan kegunaan harian.



“Rumah belakang pula biasanya digunakan oleh wanita khasnya kaum ibu untuk berbincang, berhibur dan beristirehat. Atap genting asal untuk rumah ini masih digunakan hingga sekarang. “Di hadapannya pula ada dapur yang bersambung dengan lokap untuk pesalah-pesalah ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” ujar Rizal.


Minat pemiliknya kepada budaya seni bina tradisi Melayu hampir dua dekad lalu memberi peluang kepada generasi sekarang untuk menyaksikan warisan budaya ini. Aku sendiri pun cukup berbangga kerana warisan ni masih kekal hingga sekarang dengan inisiatif daripada semua pihak.

Sekian.

No comments:

Post a comment