Saturday, 8 October 2016

Rumah Kutai Warisan Daripada Tok Sedera Busu

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Hai korang semua. Apa khabar pagi yang indah ini. Semoga semuanya sihat hendaknya yea. Seperti yang aku pernah tulis kat entri yang dulu (Ogos) tentang rumah Kutai....Kutai bermaksud tua atau purba.

Rumah Kutai Tok Sedera Busu ini kepunyaan Puan Hajjah Habsah Nordin. Beliau merupakan pewaris generasi ke enam rumah ini. Rumah Kutai ini dipercayai  berusia lebih dari 120 tahun. Rumah Kutai ini mempunyai sejarah lama dan dikatakan mempunyai susur galur sejarah yang bersangkutan dengan keturunan DiRaja Perak.



Menurut Puan Hajjah Habsah Nordin atau Wan Chu , Rumah Kutai ini asalnya diwarisi oleh Tok Sedera Bongsu (seorang pembesar). Kedudukan Rumah Kutai ini adalah lebih kurang 100 meter dari Tebing Sungai Perak dan agak ke dalam sedikit dari laluan utama jalan raya...So korang memang tak boleh nak nampak dari jalan raya utama.


Rumah Kutai ini mempunyai tiga kompenan utama bangunan iaitu rumah ibu, serambi hadapan dan ruang dapur. Manakala ruang dalam rumah ibu yang masih kekal ialah serambi di bahagian hadapan, ruang ibu dan sebuah bilik anak dara.



Rumah Kutai Tok Sedara Bongsu ini mempunyai 16 tiang utama iaitu lapan tiang panjang dan lapan tiang serambi sama naik. Daripada tiang-tiang utama di rumah ibu itu pula terdapat tiang yang dikenali sebagi tiang seri atau tiang tua. Kedudukan tiang-tiangnya ialah empat baris memanjang dan empat baris melebar. Tiang- tiang ini terletak di atas pelapik tiang yang diperbuat daripada batu (simen).



Rumah Kutai ini masih menggunakan dinding tepas hanya pada bahagian tebar layar di kiri dan kanan bahagian sisi rumah manakala hampir keseluruhan dinding rumah ini telah digantikan dengan kepingan papan kayu yang disusun bertindih. Saiz papan dinding adalah agak lebar tidak seperti papan biasa. Terdapat juga dinding berukir dengan motif bunga yang menarik. Lantai rumah kutai ini lebih tinggi dari paras tanah yang bertujuan untuk mengelakkan dari banjir yang sering berlaku bila tibanya musim tengkujuh.



Ragam hias yang terdapat pada Rumah Kutai ini merupakan lebah bergantung yang disangkut pada hujung alang panjang di rumah ibu, iaitu masing-masing mengandungi sepasang pada sebelah tepi kaki tebar layar. Bentuknya bulat bersegi, kira-kira sebesar labu air. Ia merupakan sekadar hiasan untuk menambahkan seri dan satu simbol kemengahan dan kekuatan Rumah Kutai seharus dijaga dengan baik.
 

  
Rumah Kutai ini menyediakan tiga jenis tingkap untuk memenuhi keperluan pencahayaan, permandangan dan peredaran angin. Tingkap yang terdapat terbahagi kepada tiga jenis iaitu tingkap singkat, tingkap jenguk dan tingkap utama. Tingkap singkap terdapat pada semua sisi dinding. Tingkap ini mempunyai dua daun tingkap manakala tingkap jenguk yang terletak dibahagian bawahnya terdapat satu daun tingkap yang dipasang dengan ensel dan selak bagi membuka dan menutup tingkap. 

Tingkap ke tiga iaitu tingkap utama yang terletak dibahagian atas tingkap singkap, bersaiz agak besar. Terdapat ukiran kerawang di setiap tingkap utama.





Rumah kutai ini dibina dengan dua buah pintu iaitu pintu hadapan dan pintu bahagian belakang. Pintu hadapan mempunyai ukiran kerawang yang bermotifkan bunga. Pintu bahagian belakangnya pula ringkas dan tiada ukiran kerawang.

Rumah kutai ini  mempunyai dua tangga di bahagian hadapan dan juga belakang. Pembinaannya menggunakan kaedah tanggan lubang dan puting serta tidak dipakukan pada struktur rumah ini.





Struktur bumbung Rumah Kutai ini menempatkan enam batang tunjuk langit yang letaknya berpasangan, setiap kakinya terletak di atas alang pendek dan melintang pula dibawahnya kayu naga. 

Kerja-kerja pemuliharaan telah dilakukan ke atas Rumah Kutai ini pada tahun 2006 oleh Jabatan Warisan Negara.



Rumah Kutai ini pernah dijadikan rumah angkat kepada UiTM Seri Iskandar kalau tak salah aku...untuk dijadikan projek kajian pelajar-pelajar kat sana.

Yang menyedihkan rumah ini terbiar kosong dan tiada penjagaan dan mungkin satu hari nanti rumah ini juga akan mengalami nasib yang sama seperti rumah kutai yang lain....roboh menyembah ke bumi.


Sekian.

4 comments:

  1. Assalammualaikum. Saya Ainul Husna pelajar dari UITM Puncak Alam. Saya ada menjalankan penulisan ilmiah tentang Rumah Kutai ini. sekarang saya sedang mengumpul data-data mengenai rumah Kutai. saya tertarik dengan entri ini dimana terdapat rumah kutai dan pewarisnya. Boleh saya tahu dimana lokasi rumah ini dan bagaimana saya hendak berhubung dengan pewaris rumah tersebut. sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Di Bota Kiri Perak. Maaf lambat reply.

      Delete
  2. Sbelah rumah arwah atok ak kg aji bota kiri.. Last tgk dh lawa dh.. Thun 2010 keatas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea rumah nii sangat cantik cuma tiada berpenghuni

      Delete