Saturday, 15 October 2016

Kewujudan Pokok Getah Tertua Di Kuala Kangsar Adalah Tanggungjawab H.N. Ridley

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang. Apa khabar semuanya... Korang tahu tak...kat Malaysia nii masih terdapat lagi pokok getah yang paling tua. Kalau tak salah aku usianya melebihi seratus tahun. Pokok getah ini terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan satu-satunya pokok getah pertama yang masih hidup daripada sembilan pokok getah asal yang ditanam.

H.N.Ridley adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama dan akhirnya menjadi sumber pendapatan penting Malaysia.


Pada tahun 1877, pokok-pokok getah Hevea Brasiliensis yang pertama telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton, Penguasa Botanical Gardens, Singapura. Sebanyak 9 biji benih getah Hevea Brasiliensis telah ditanam di halaman rumah Residen British Perak, Sir Hugh Low.

Bermula dari itu, penanaman pokok getah ini terus berkembang dan sehingga kini dianggarkan tanaman getah negara meliputi kawasan seluas 1.7 juta hektar. Bekalan yang pertama sebanyak 50 biji benih pokok dari Sri Lanka telah dihantar ke Singapura tetapi disebabkan oleh kelambatan di dermaga, usaha ini telah menemui kegagalan.

Bekalan kedua sebanyak 22 biji getah telah dihantar dari Taman Kew, England ke Singapura dalam tahun 1877. Sebahagian daripadanya telah ditanam di Botanical Garden Singapura, manakala selebihnya ditanam di Kuala Kangsar. Kini, selepas lebih seabad masa berlalu, pokok getah yang dahulunya dianggap tidak menarik, kini telah menjadi bahan ekonomi yang penting di Tanah Melayu.

Pada tahun 1898, ladang getah ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini kebanyakan ladang getah terdapat di Asia Tenggara dan sesetengah Afrika tropika. Percubaan untuk menanam Pokok Getah di Amerika Selatan ternyata tidak memuaskan.

Nama saintifik bagi getah ialah Hevea Brasiliensis. Ia merupakan sejenis tanaman yang boleh hidup dikawasan 1000 km utara dengan 1000 km selatan khatulistiwa. Pokok getah memerlukan hujan sebanyak 180 sm - 250 sm setahun. Ia juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius.



Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazonia. Peningkatan permintaan dan jumpaan proses pemvulkanan pada tahun 1839 mendorong perkembangan yang pesat di kawasan tersebut, mengayakan bandar Manaus dan Belem. Nama pokok ini diambil daripada Para, negeri Brazil yang termasuk Belem.

Terdapat juga cubaan dilakukan pada 1873 untuk menanam getah di luar Brazil. Selepas berusaha, dua belas tunas tumbuh di Kebun Bunga Botani Diraja Kew. Pokok-pokok itu kemudian dihantar ke India untuk ditanam tetapi gagal. Percubaan kedua dilakukan dengan sekitar 70,000 benih dihantar ke Kew pada tahun 1875. Sekitar 4% daripada benih-benih itu bertunas, dan pada tahun 1876, sekitar 2,000 anak pokok dihantar, dalam kes Wardian, ke Sri Lanka, dan 22 dihantar ke Kebun Bunga Botani di Singapura. Apabila berjaya ditumbuh di luar negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British.

Pada tahun 1898, ladang getah ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini kebanyakan ladang getah terdapat di Asia Tenggara dan sesetengah Afrika tropika. Percubaan untuk menanam Pokok Getah di Amerika Selatan ternyata tidak memuaskan.



Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877 di Kuala Kangsar, Perak. Anak getah yang ditanam adalah spesis Havea Brasilliensis. Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903.

Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.

Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya.

Ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah ialah 500 meter. Semakin tinggi getah ditanam semakin berkurangan perolehan hasil dan kecergasan pertumbuhannya. Keperluan tanah yang sesuai untuk tanam getah ialah jenis lom yang mempunyai saliran yang bebas, tidak masin, tidak masam atau sentiasa banjir.

Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai 18 meter. Umur pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun. Pokok getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada jenis separuh keras dan boleh dijadikan perabut.

Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk.


Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh dilakukan: goresan-goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks, dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks.

Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya pada tahun 1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai rubber kerana boleh diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada tahun 1823, Soloman Mcintosh telah mencipta kain kalis air daripada getah. Charles Goodyeer pula telah memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya membuat tayar daripada getah asli. Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya mencipta tayar pneumatik yang lebik selesa daripada tayar padu.

Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila kegunaan getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah meningkat, usaha untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan dengan:-

  • Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London oleh Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876.
  • Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil.
  • Sebahagian daripada pokok itu telah dibawa ke Sri Langka dan selebihnya sebanyak 13 pokok dihantar ke Taman Botani di Singapura dan 9 pokok dihantar ke Kuala kangsar.
Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Taman Botani Singapura dan telah banyak meyumbang dalam pembangunan industri getah hingga digelar Bapa Perusahaan Getah Asli. Antara sumbangan beliau ialah sistem eksploitasi getah dan pisau toreh.

Selain daripada susunya, pokok getah juga dijadikan beberapa produk...antaranya batang pokok getah ini dijadikan perabot dan daun pokok getah dijadikan bunga hiasan. Biji getah pula digunakan untuk bermain congkak pada zaman dulu sebelum guli dicipta.

Kalau korang datang ke Kuala Kangsar jangan lupa singgah kat kawasan ini... dan mungkin juga ada yang tak pernah melihat pokok getah dan mesin memproses susu getah. Kawasan ini mudah dilihat di tepi jalan utama tetapi korang tak boleh menyentuh peraltan yang dipamerkan kerana kawasan ini telah berpagar.

Sekian.

**jangan lupa tau follow blog aku nii

2 comments:

  1. tak silap saya pokok getah di belakang mckk tu berusia 800 tahu n lebih semasa saya kecil dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti akan usianya yang sebenar. Terima kasih atas info yang diberikan

      Delete