Monday, 10 October 2016

Percubaan Pertama Membuat Kuih Puteri Ayu...

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang... Apa khabar hari nii? Entri kali ni aku nak citer pengalaman pertama aku buat kuih Puteri Ayu. Aku suka juga nak try-try buat kuih-muih di masa lapang dan bila mood tengah rajin. Selalunya aku akan buat makanan yang aku suka makan laa... Dah lama juga aku nak cuba buat kuih Puteri Ayu nii.... tapi sebenarnya aku bukanlah jenis tangan yang berseni nak buat kuih nii... apatah lagi bakat memasak....memang tak de langsung. Minat nak cuba tuu memang kuat..so aku pun google laa dulu resepi nak buat Kuih Puteri Ayu nii...


Esok paginya aku pun pergi la mencari bahan-bahan tetapi kat area rumah aku nii susah sikit nak cari kelapa parut... tapi aku usahakan jugak hingga dapat hingga aku terlupa nak pesan kat makcik kedai tuu untuk parut yang putih jer... sebab tu inti kelapa kat atas kuih nii nampak kurang menarik dan tak putih. Haa..haa..haa...

Bahan-bahan
2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 ½ sudu kecil ovalett
2 sudu besar pewarna hijau
2 sudu besar perisa pandan
kelapa parut putih (tak mahu hitam)
sedikit garam halus
sedikit tepung jagung

Cara-cara membuatnya
  • Tepung dan baking powder diayak bersama dalam satu mangkuk/bekas.
  • Gula, ovalett dan telur dipukul hingga kembang dalam mangkuk/bekas yang lain.
  • Masukkan susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan ke dalam bekas gula, ovalett dan telur yang sudah kembang, kacau hingga sebati.
  • Bila dah sebati, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi, gaul dan kacau rata maka siaplah adunan seri ayu.
  • Sediakan mangkuk lain pula khas untuk gaul kelapa parut dengan sedikit garam halus dan sedikit tepung jagung untuk bagi kelapa tu rasa lebih berlemak.
  • Panaskan pengukus, sementara itu acuan kuih seri ayu disapu minyak masak.
  • Masukkan kelapa yang sudah digaul dengan garam halus dan tepung jagung tadi ke dalam setiap acuan yang sudah disapu minyak masak, gunakan jari untuk tekan kelapa tersebut sampai padat. Anggaran kelapa tu kurang sikit dari setengah acuan.
  • Masukkan adunan seri ayu ke dalam acuan yang sudah diisi dengan kelapa yang telah ditekan sehingga padat.
  • Apabila air pengukus sudah mendidih, lap air dalam penutup pengukus dan kukus adunan seri ayu. Selepas 10 minit mengukus, lap penutup pengukus supaya tiada air yang jatuh atas adunan kuih. Selepas mengelap, sambung kukus lagi 5 minit. Siap satu round kuih seri ayu.
  • Ulang langkah 7 hingga 9 sampai habis adunan seri ayu.
  • Dah siap!


Kat rumah aku....memang tak de periuk kukus tetapi periuk nasi aku boleh dijadikan periuk kukus cuma saiznya kecil laa...so boleh kukus sikit-sikit jer. Disebabkan kat google aku lihat gambar Kuih Puteri Ayu nii berwarna-warni...aku pun nak jugak buat color-color macam tuuu... nampak lagi menarik dan ceria....hik...hikk..hikk... konon kreatif laa...

Kalau korang nak buat color-color macam aku nii....korang kena bahagikan bancuhan tepung tu kepada 3 warna atau ikut korang suka. Acuan kuih nii ada dijual kat kedai dan harganya tak lah mahal sangat...tak sampai RM 10 pun untuk 20 biji acuan.



Acuan tu setelah dibasuh dan dikeringkan...aku sapu sedikit dengan minyak masak supaya kuih tu mudah tertanggal dari acuan apabila masak. Kemudian barulah aku masukkan kelapa parut dan ditekan-tekan sedikit hingga padat supaya kelapa parut tuu tak jatuh terlerai.

Last sekali barulah aku masukkan bancuhan tepung yang aku dah color-color tuu...ikut laa corak macam mana korang nak tapi jangan terlampau penuh sebab kuih ni akan mengembang bila masak nanti. Pastu ketuk-ketukkan sedikit supaya bancuhan itu padat dan tak ada gelembung udara didalamnya.

Dah siap...korang kukuskan dalam periuk kukus lebih kurang dalam 15 minit...Bila dah masak tuu memang aku seronok sesangat sebab ini pertama kali aku buat dah jadi dengan cantik dan gebu pulak. Aku bagi famili dan jiran-jiran aku rasa... Lain kali boleh buat lagi..

Sekian.

** jangan lupa tau follow blog aku nii

No comments:

Post a comment