Wednesday, 19 October 2016

Penguasaan Long Gaffar Di Negeri "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kisaran Payung Wilayah Cik Siti Wan Kembang"

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Sihat Tak hari nii? Semoga korang sihat-sihat jer yea. Hari nii aku masih lagi nak bawa korang ke negeri Kelantan untuk melihat tempat bersejarah. Kalau korang lihat batu nesan dan kepok Long Gaffar ini...mesti korang terfikir bahawa Long Gaffar ini bukan sebarangan orang kerana kuburnya terukir cantik dengan batu nesan yang tinggi. Siapa sebenarnya Long Gaffar ini... mari kita selidiki...

Long Ghafar atau disebut juga Long Jaafar ialah seorang putera Raja Reman dari Ulu Perak. Oleh kerana baginda berselisih faham dengan kaum keluarganya di Reman lalu baginda membawa diri ke Kelantan. Di Kelantan baginda berkenalan pula dengan Long Yunus, putera Long Sulaiman yang disingkirkan oleh Long Deraman dari tahta kerajaan Kota Kubang Labu.



Long Ghaffar dan Long Yunus berpindah menetap di Terengganu. Kebetulan pula Long Ghaffar adalah seorang jaguh penyabung ayam yang terkenal. Dalam satu pertarungan ayam di Terengganu Long Ghaffar telah menggunakan ayamnya bagi pihak Panglima Muda Terengganu untuk menentang pihak Panglima Bugis dan pihak Panglima Terengganu beroleh kemenangan. Dengan kemenangan itu Long Yunus dan Long Ghaffar telah mengambil kesempatan meminta bantuan Terengganu untuk melanggar Kota Kubang Labu.

Dalam tahun 1762, terjadilah peperangan merebut Kota Kubang Labu dan dalam peperangan itu Long Ghaffar dapat membunuh Long Muhammad, raja Kota Kubang Labu dan Long Yunus pula dapat membunuh Long Deraman. Di atas kemenangan itu Long Yunus telah dilantik menjadi raja dan Long Ghaffar diberi gelaran Engku Maharaja Perdana Menteri serta diberi pula memerintah jajahan yang sekarang ini dipanggil Pasir Puteh, Sungai Bekelam, Semerak dan sekitar Pasir Tumbuh yang terletak di selatan Kota Bharu.



Selepas mengambil alih Kota Kubang Labu dari mertuanya Long Sulaiman, Long Deraman telah menyerahkan pula Kota Kubang Labu kepada pemerintahan iparnya yang bernama Long Pandak (putera Long Sulung Kelantan). Dalam Tahun 1758 Long Pandak menerima nasib yang sama seperti Long Sulaiman apabila beliau telah dibunuh oleh Long Deraman kerana membalas dendam, sebab Long Pandak membunuh isterinya yang bernama Tengku Tengah (adik Long Deraman). Dengan itu Kota Kubang Labu diserahkan pula kepada adik Long Pandak yang bernama Long Muhammad.

Tahun 1760an dipilih sebagai tahun Kelantan diasaskan dan bermulanya pemerintahan Long Gaffar yang di Kelantan. 3 bulan selepas berakhirnya Perang Kota Kubang Labu I pada akhir 1750an, baginda bersama rombongan yang turut disertai Long Yunus berangkat menyabung ayam di Terengganu. Pada masa itu Terengganu diperintah oleh Sultan Mansur Riayat Shah (Marhum Berjanggut, 1733 – 1793).

Selepas berjaya mengalahkan pasukan Bugis, baginda dan rombongan diraikan oleh Sultan Terengganu selama 6 bulan. Semasa pulang dari Terengganu pada tahun 1760, baginda dan rombong yang turut diiringi oleh pasukan tentera dari Terengganu telah diserang oleh pasukan Long Muhamad (Raja Kota Kubang Labu) di Kuala Besut. Serangan tersebut berjaya dipatahkan. Pada malamnya Kota Kubang Labu diserang oleh pasukan yang diketuai oleh Long Gaffar menyebabkan meletusnya perang Kota Kubang Labu Ke- II.

Kota Kubang Labu berjaya ditawan dan Long Muhamad dan Long Deraman telah berjaya dibunuh dan kedua-dua jenazah mereka itu telah dimakamkan di Gong Chapal (sekarang dipanggil Langgar Buruk) berhampiran dengan tepi Sungai Kelantan dalam Bandar Kota Bharu.



Maka berakhirlah pemerintahan Kota Kubang Labu. Kejayaan ini menandakan bermulanya penguasaan Long Gaffar di negeri yang di kenali sebagai "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kisaran Payung Wilayah Cik Siti Wan Kembang". Long Gaffar telah mengasaskan pemerintahan di Kota Jelasin (Wakaf Che Yeh). Selepas lebih kurang setahun, baginda telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Limbat pada tahun 1762. Perpindahan pusat pemerintahan ke Limbat menandakan bermulanya penubuhan Kelantan yang berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang".

Baginda Long Gaffar menguasai secara mutlak kuasa pemerintahan Kelantan. Sebagai membalas jasa, Long Yunus pula telah diberikan kuasa memerintah di Kota Bharu. Peristiwa inilah yang menyebabkan munculnya nama "Negeri yang Dikerat Lintang", iaitu negeri yang di kerat lintang di antara Baginda Long Gaffar dan Long Yunus. Sempadan bagi kedua-dua kawasan pemerintahan ini ialah Sungai Pasir Tumboh.

Makam ini pernah dilakukan kerja-kerja menaiktaraf oleh pihak Jabatan Muzium Dan Antikuiti pada masa dahulu dengan memasang pagar dawai dikelilingnya untuk faktor keselamatan dan tidak berlaku perkara khurafat.

Sekian.

No comments:

Post a comment