Wednesday, 12 October 2016

Penemuan Manusia Perak Di Tapak Arkeologi Gua Gunung Runtuh...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua... apa khabar ? Entri kali ini agak berlainan sedikit.... Di sini aku mula mengetahui serba sedikit tentang bidang arkeologi. Dulu.... aku pernah berkerja di Lenggong... Di Lenggong nii banyak tempat-tempat bersejarah dan tapak-tapak arkeologi yang boleh diterokai antaranya Gua Gunung Runtuh. Korang tahu tak apa istimewanya gua ini...?? Kat sinilah Rangka Manusia Perak (Perak Man) dijumpai...

Manusia Perak...?? Manusia Perak adalah satu-satunya rangka Paleolitik yang paling lengkap yang ditemui di negara ini.



Untuk ke tapak arkeologi ini korang kena exit tol Kuala Kangsar dan menuju terus ke Lenggong. Korang kena pergi ke Muzium Arkeologi Lembah Lenggong terlebih dahulu untuk memohon kebenaran bagi melawat ke Gua Gunung Runtuh ini. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) kalau korang masuk tanpa kebenaran dan korang dianggap menceroboh. Korang boleh didenda sehingga RM 50 ribu atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya...

Kakitangan muzium ini akan jadi jurupandu korang untuk ke sini. Tiada bayaran yang dikenakan. 
Biarpun teori Out of Africa mengaitkan setiap manusia mempunyai hubung kait turun-temurun dengan sekumpulan Homo sapiens yang merantau keluar dari Afrika, namun migrasi kuno itu mempunyai jejak signifikannya di sebuah tempat di negara ini.

Lembah Lenggong di Hulu Perak mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kerana bahan-bahan prasejarah dan nilai arkeologi yang ada di sini.

Gua Gunung Runtuh dimana Manusia Perak dijumpai terletak pada latitud 5° 7′ 3″ Utara dan longtitud 100° 58′ 3″ Timur di bukit Kepala Gajah serta berada kira-kira 105 meter pada aras laut iaitu satu daripada 8 bukit batu kapur yang terdapat di Lembah Lenggong. Perjalanan ke Gua Gunung Runtuh memakan masa selama 45 minit menerusi Kampung Ulu Jepai berdekatan Kampung Gelok, Lenggong.



Gua yang berusia lebih 54 ribu tahun (Mokhtar; 2005) adalah tapak gua tertua di Lembah Lenggong ini mendedahkan banyak bukti tentang alat batu, sisa makanan dan juga satu rangka manusia Paleolitik Akhir.

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraina Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia pada tahun 1990. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Manusia Perak yang berumur antara 10,000-11,000 tahun. Ekskavasi bermula sekitar 1990 (Zuraina; 1994, 2005) telah mendapatkan bukti Paleolitik Akhir dari 13,000-10,000 tahun dahulu.



Kalau korang nak tahu..... Manusia Perak ini merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Rangka Manusia Perak ini telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuhyang terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.


Manusia Perak ini merupakan rangka manusia yang terlengkap sekali di Asia Tenggara untuk Zaman Paleolitik. Beliau dilahirkan dengan kecacatan genetik (Brachymesophalangia) dan memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied") serta satu jari cacat. Pentarikhan radiokarbonnya ialah 10, 120±110 B.P (Beta 38394).

Manusia Perak ialah seorang lelaki berusia 40-45 tahun dengan ketinggian 154 cm, sihat semasa hidupnya serta memakan makanan berserat dan kerap mencangkung. Beliau dilahirkan cacat anggota badan, tetapi beliau hidup lebih lama daripada masyarakat sezamannya yang hidup selama 20-3- tahun sahaja. Oleh sebab itu beliau sangat dihormati dalam masyarakat zaman itu.

Manusia Perak telah dikebumikan dengan satu upacara amal dalam keadaan berlipat iaitu kedua-dua kakinya dilipatkan ke bahagian badan dan tangannya diletakkan di atas dada dan bahu. Manusia Perak juga dikebumikan dengan alat-alat batu, daging dan beribu siput sedut yang ditaburkan di sekeliling badannya. kepada kedudukan cara pengkebumiannya serta peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Manusia Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.



Perak Woman pula telah ditemui pada 2004. Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong.

Kalau korang on the way ke Grik boleh laa korang singgah kejap kat Muzium Arkeologi Lenggong ini dan di sini juga terdapat tapak eskavasi terbuka untuk korang lihat bagaimana kerja-kerja arkeologi dilakukan. Bagi yang meminati dan ingin menjadi pakar dalam bidang arkeologi... korang boleh dapat banyak pendedahan berkaitan bidang arkeologi ini bermula di muzium ini.

Sekian.

**jangan lupa follow blog aku nii yea

No comments:

Post a comment