Sunday, 9 October 2016

Pembesar Melayu Kesultanan Perak.....Laksamana Mohd Amin Alang Duakap

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai..hai..hai..korang semua. Korang pernah pergi ke Kuala Kangsar tak? Ramai yang tahu... Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja tetapi ramai jugak yang tak tahu bahawa di sini terdapatnya makam seorang laksamana Melayu yang terkenal iaitu Laksamana Mohamad Amin.


Laksamana Mohamad Amin adalah seorang pembesar Melayu Kesultanan Perak. Beliau bersama-sama Ngah Ibrahim Jaafar dan Dato Maharaja Lela, berganding bahu menentang penjajahan British. Laksamana Mohamad Amin adalah bapa mentua kepada Ngah Ibrahim.



Nama Laksamana Mohamad Amin tercatat dalam buku harian tulisan James W. W. Birch dan Frank Swettenham. Di dalam buku Sketches and Stories of Malaya, Frank Swettenham menggambarkan Laksamana Mohamad Amin sebagai seorang bertubuh besar yang memeluk Datuk Syahbandar sementara rakannya menikam Datuk Syahbandar dengan keris.

Tetapi Datuk Syahbandar dikatakan mempunyai ilmu kebal. Menyedari hakikat ini, Laksamana Mohamad Amin mencabut keris Datuk Syahbandar dari pinggangnya dan berjaya membunuh Datuk Syahbandar. Dalam laporannya berikutan pembunuhan James W. W. Birch, Frank Swettenham menerangkan bahawa Laksamana Mohamad Amin mengikhtiarkan supaya beliau (Frank Swettenham) mendarat di Bota, untuk dibunuh.




Menteri Larut, Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohamad Amin tidak dijatuhkan hukuman mati kerana ketiadaan bukti kukuh yang mengaitkan mereka dengan pembunuhan James W. W. Birch. Oleh kerana Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohamad Amin masih menjadi ancaman kepada penguasaan British di Perak, mereka berdua dibuang daerah ke Kepulauan Seychelles bersama-sama Sultan Abdullah Muhammad Shah II.


Setelah membuat rayuan dan bantahan kepada Ratu Victoria, Sultan Abdullah diberi keampunan dan dibenarkan pulang ke Perak tetapi Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohd Amin tidak dibenarkan untuk pulang ke Perak kerana pihak British masih risau akan pengaruh mereka yang akan menjejaskan pegangan British Ke atas Negeri Perak. Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohd Amin dipindahkan ke Sarawak dan kemudiannya ke Singapura.



Laksamana Mohd Amin meninggal dunia dalam tahun 1908 di Singapura dan dikebumikan di sana. Jasad  Mohamad Amin berjaya di kesan sekitar 1980-an oleh warisnya yang menetap di Singapura. Pusara Mohd Amin terletak di Pusara Aman, Chua Chu Kang di Singapura.

Peristiwa membawa pulang wira Melayu ialah pengembalian kembali jenazah dua orang pejuang lama Perak iaitu Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin serta Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim ke negeri tanah-tumpah darah asal mereka yang berlangsung 9 September 2006.

Menurut sumber Jabatan Warisan Negara, aturcara pemindahan dan dokumentasi kedua-dua pusara pahlawan itu akan bermula pada 5 September di tanah perkuburan berkenaan. Ia akan melibatkan kerja-kerja pembersihan, ukuran, lakaran, marking dan krew dokumentasi membuat kerja-kerja montaj, clips dan footage sekitar Singapura.


Pada 6 September, di Pusara Al-Junid, para petugas akan melakukan kerja-kerja mengalihkan kepuk, memisahkan mengikut rekahan, menandakan bata untuk tujuan rekonstrasi dan fotografi kerja-kerja konservasi. Begitu juga kerja-kerja penyediaan prasarana di Pusara Al-Junid, Jalan Kubor dan Pusara Aman digerakkan oleh pekerja WAREES, Singapura. Pada 7 September, sekitar pukul 7.30 pagi rombongan dan tenaga kerja daripada pegawai dan anggota Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Etnologi Malaysia kembali ke pusara Ngah Ibrahim di Perkuburan Al-Junid dan pusara Mohd. Amin di Pusara Aman. Kerja-kerja penggalian akan dijalankan secara serentak di tanah perkuburan berkenaan

Sekitar pukul 3 petang, jenazah kedua-dua orang pahlawan itu akan dibungkus dan dimasukkan ke dalam keranda yang ditutup dengan bendera Malaysia. Seterusnya kenderaan jenazah, kenderaan penumpang, lori membawa kepuk berlepas meninggalkan Jalan Kubor membawa jenazah Ngah Ibrahim menuju ke Lebuhraya Tuas dan bertemu jenazah Mohd. Amin serta kenderaan penumpang dari Pusara Abadi (Aman).
 




Kenderaan yang membawa kedua-dua jenazah akan melalui Link Kedua ke Pelabuhan Tanjong Pelepas di Johor Bahru. jenazah akan dibawa dengan kapal perang TLDM, KD Laksamana Mohd. Amin. 

Jasad Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan bapa mertuanya Laksamana Mohd Amin Alang Duakap, tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pagi ini, dan disambut dengan penuh istiadat oleh pegawai TLDM sebagai penghormatan ke atas kedua-dua tokoh berkenaan. Waris kedua-dua pembesar Melayu itu berhimpun seawal 8.15 pagi di Jeti Air Cetek, Markas Armada TLDM di sini, menanti penuh sabar detik bersejarah "sirih pulang ke gagang".


Turut hadir Raja di-Hilir Perak Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa, Pesuruhjaya Warisan Datuk Prof Zuraina Abd Majid yang mewakili Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.
 
 



Sebaik Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah tiba ke jeti pada 9 pagi, kapal KD Laksamana Muhamad Amin yang membawa keranda kecil (kotak) mengandungi sisa-sisa jasad kedua-dua wira itu dari Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Johor Bahru semalam, memasuki jeti.


Jenazah Laksamana Mohd Amin telah disemadikan semula di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Iaitu berhampiran dengan Makam Raja Abdullah. Jasad Mohd Amin akan di kebumikan bersebelahan pusara Sultan Abdullah yang berjuang bersama mereka dalam menentang penjajah British. Walaupun beliau bukan keturunan Diraja tetapi Sultan Azlan Shah telah memberi perkenan untuk persemadian tersebut.



Di Kuala Kangsar, kenderaan jenazah tiba di perkarangan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan kira-kira pukul 12.05 tengah hari dan disambut dengan istiadat penghormatan oleh pegawai TLDM sebelum keranda yang mengandungi jasad Mohd Amin diusung ke Makam Diraja berhampiran untuk disemadikan.


Selepas bacaan tahlil, Tajol Rosli menyerahkan bendera penutup keranda kepada waris Mohd Amin iaitu Orang Besar Jajahan Manjung, Mohd Khairi Ahmad Tazalli. Raja di-Hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa kemudiannya mengetuai istiadat menyiram air mawar ke atas pusara, diikuti Tajol Rosli dan waris Mohd Amin.
 




Pada tahun 2007 pula, pihak Jabatan Warisan Negara telah melakukan kerja-kerja menaiktaraf ke atas makam ini denagn membina batu nisan daripada  batu marmar putih, kepok menggunakan batu marmar hitam, mmbina pagar besi dan juga papan penerangan.
Sebagai catatan, Kapal KD Laksamana Mohd. Amin dinamakan sempena nama pahlawan Perak itu yang terlibat dalam gerakan menentang penjajah Inggeris dan pakatan membunuh J.W.W Birch pada tahun 1875. F136 KD Laksamana Mohamad Amin dibina oleh limbungan Ficantieri di Breda, Mestre, Itali pada 22 Mac 1982 dan dilancarkan pada 5 Julai 1983, asalnya untuk Tentera Laut Iraq, namun dibatalkan. Selepas diubahsuai, kapal ini ditauliahkan pada 31 Julai 1999.

Makam Laksamana Mohd Amin Alang Duakap ini terletak dalam Kompleks Pemakaman Diraja Bukit Chandan.... bersebelahan dengan Masjid Ubudiah. Selalunya kompleks pemakaman ini berkunci dan ada penjaga...so kalau korang nak masuk minta izin terlebih dahulu...
Sekian.

No comments:

Post a comment